Friday, February 07, 2014

Tak Habis-habis Along, Salah Simbah Cat..

...tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan

Dua lelaki dipercayai peminjam wang haram atau Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan dalam kejadian kira-kira 3.15 petang ini.

Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank.

Menurut seorang lagi pengawal keselamatan, lelaki terbabit sebenarnya mahu melempar cat itu ke premis sebuah syarikat bersebelahan bank tersebut tetapi malangnya terlempar ke pintu masuk bank. Mereka turut melempar beberapa salinan kad pengenalan seorang lelaki yang dipercayai pemilik syarikat itu, katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails