Tuesday, December 24, 2013

Kelab Peminat Perlu Ditubuhkan Bagi Bantu/Bimbing Artis.


Izara Aishah
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap dia tidak perlu untuk menubuhkan kelab peminat bagi menyokong kerjayanya dalam industri seni tanah air.

Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berpendapat, kelab peminat yang ditubuhkan untuk seseorang artis hanya akan menimbulkan banyak masalah berbanding faedah kedua-dua belah pihak.
"Saya tidak ada kelab peminat kerana bagi saya ia hanya akan menimbulkan masalah sesama mereka dan akan melibatkan saya secara tidak langsung.

"Saya lebih suka peminat menyokong kerjaya seni saya secara terbuka dan bukan melalui mana-mana kelab," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran telefilem Oh My English!-Hello America, di Hotel Hilton, di sini, Isnin.

Sementara itu seorang peminat pelakon Izara Aishah sewaktu dihubungi oleh Weblog Ibnu Hasyim pagi ini, merujuk kepada perkara di atas, beranggapan perlu ditubuhkan 'kelab peminat' bagi menyokong dan membimbing kerjaya seseorang artis dalam industri seni tanah air.

"'Pada saya 'kelab peminat' perlu ditubuhkan bagi menyokong dan membimbing kerjaya seseorang artis dalam industri seni tanah air. Khidmat bantu-bimbing perlu bukan sahaja di bidang kerjaya artis, bahkan di peringkat keagamaan, pemikiran mereka,dan pembangunan negara.

"Kalau perlu, keterlibatan pegawai-pegawai berkaitan, samada dari kerajaan,NGO atau badan-badan sukarela sangat dialu-alukan, terutamanya bahagian agama!" Saran peminat yang namanya tidak mahu namanya disebutkan itu lagi. (IH).

Lihat sebelum ini...
Forum Usahawan 1

Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails