Thursday, November 28, 2013

Kakak Mahu Jumpa Aishah Sebelum Mati


HASNAH yang memegang gambar lama Aishah mengharap dia akan menemui semula adiknya itu. 



JELEBU - Rindu Hasnah Abdul Wahab, (gambar) 88, untuk berjumpa semula adiknya, Siti Aishah yang terpisah sejak 30 tahun hampir menjadi kenyataan apabila wanita itu ditemui semula di London pada 25 Oktober lalu.

"Saya tahu ini adik (Aishah) saya, saya kenal dan masih ingat sangat dengan Aishah. Aishah sangat bijak dan bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah di Seremban dahulu," kata warga emas itu sambil memegang sekeping gambar lama Aishah yang merupakan adik kesebelas daripada 12 adik-beradik.

Hasnah yang ditemui di Kampung Binjai, Kuala Klawang, kini menaruh harapan untuk berjumpa semula Aishah, 69, sebelum dia meninggal dunia.

"Saya berharap dapat bersatu semula dengan Aishah dan adik-beradik lain sebelum pejam mata," kata Hasnah.

Kosmo! semalam melaporkan misteri seorang wanita yang menjadi hamba selama 30 tahun di London terungkai apabila seorang pesara guru dari Jelebu mengesahkan wanita itu merupakan adiknya yang hilang selama 30 tahun. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails