Sunday, October 13, 2013

Wawa Zainai: Hak Kebebasan Cinta & Perkahwinan Dihalang?

Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!

HALAMAN HIBURAN
“SAYA dilarang keras untuk menjalinkan hubungan bersama Aeril!,” itulah luahan pelakon, Wawa Zainal, ketika sidang media yang diadakan bagi memberi penjelasan mengenai statusnya kini.

Tegas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril Zafrel, tidak disenangi pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar K David Teo sejak awal lagi. Menurut Wawa, faktor utama dia bertindak menyembunyikan pernikahannya itu adalah untuk menghormati pendirian David.

“Pada awal hubungan kami, saya pernah berjumpa David dan memberitahu hal sebenar. Namun, saya teruk dimarahi dan dia cakap perkara buruk pasal Aeril.
“David tidak suka jika saya bersama Aeril dan dia pernah kuarantin saya sebulan di Ijok agar kami tidak  berjumpa. Ketika itu, saya menjalani penggambaran filem, Sumpahan Kum Kum.
“Jika bercinta pun tak boleh, apatah lagi berkahwin. Sebab itulah kami rahsiakan terlebih dahulu pernikahan ini. Biarlah apa orang nak kata, mereka tidak rasa tekanan yang kami lalui,” luah Wawa.

Sebelum ini, baik Wawa mahupun Aeril, masing-masing cuba menutup rahsia itu dengan menafikan khabar angin mengenai hubungan mereka. Namun, setelah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), mendedahkan bukti yang ada, barulah Aeril dan Wawa tampil memberitahu perkara sebenar.

Menerusi sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu di Western 114, Neo Damansara, mereka mengakui bernikah dua kali pada 25 Februari 2012 dan 5 Februari 2013. Pernikahan kedua dilakukan setelah pernikahan pertama didapati tidak sah dari segi undang-undang Malaysia dan tidak didaftarkan di pejabat agama Islam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa Mejar K David Teo? Mengapa sekuat itu kuasa pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG),ke atas individu pelakon ini?  Tidakkah tindakannya berlawanan dengan hak asasi manusia atau menyekat kebabasan beragama seseorang? Wajarkah dibiarkan peraturan ini?

Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails