Wednesday, August 21, 2013

Pelajar Di Mesir Pulang Hari Ini. Lari Dari Tarbiah Jihad & Syahid?


PUTRAJAYA - Urusan membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam tadi menggunakan pesawat komersial, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, urusan penempahan tiket turut bermula malam tadi dan penerbangan akan melalui Amman di Jordan dan Istanbul di Turki serta beberapa tempat lain.

"Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
"Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apa tidak perlukah pelajar kita ditarbiah secara praktikal mengenai ilmu berjihad dan mati syahid di sana? Tidak perlu dibawa pulang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails