MARANG: PAS menyifatkan mana-mana kerajaan yang ‘sihat’ akan bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan dari rakyat. Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata himpunan aman
merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan.
Sebagai
contoh, katanya di negara barat seperti England dan Amerika himpunan
aman dibenarkan dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan. Namun,
kata Ustaz Abdul Hadi, himpunan aman yang dianjurkan di negara ini
sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak
kerajaan.
“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman.
Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia,
orang kritik dia.
“Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan)
tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia
(kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan
Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan
boleh buat perubahan.
“PAS menghormati demokrasi. Di England
umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita
(Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia
(barat).
“Di sana, dibenar demontrasi cuma jangan pecah pasu
bunga, taman-taman, pecah kedai itu tidak boleh. Polis kawal dan orang
buat demontrasi, dilepas dia (rakyat) punya perasaan dia…habis.
“Ini
belum apa-apa lagi sudah dihentam dengan gas dan provokasi. Saya tahu
ada provokasi dan saja hendak buat huru-hara,” tegas beliau pada satu
sidang media di kediamannya di Rusila Marang, hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas tindakan penganjur Pakatan Rakyat dan NGO
Black 505 yang akan mengadakan Perhimpunan Aman Black 505 di Padang
Merbok, ibu negara esok. Menurutnya, tidak ada sebab kerajaan
enggan membenarkan perhimpunan aman tersebut yang bertujuan mendesak
kerajaan menjalankan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus.
“Saya
difaham perundingan sudah dibuat dari masa ke semasa dan perhimpunan
itu adalah perhimpunan aman. Tak ada sebab mengapa perhimpunan aman itu
tidak dibenarkan.
“Saya dimaklumkan ada ‘permainan’ juga
kerajaan pun, umpamanya minta (mohon) situ tak boleh, minta sini tak
boleh…(akhirnya) minta Padang Merbok. Tarikh asal 15 Jun terpaksa
ditunda kepada 22 Jun.
“Tiba-tiba, kerajaan pun ada cadangan
hendak guna tempat yang sama dengan pihak penganjuran (Black 505)
ini..tak bolehlah (kerajaan) buat macam itu,” ujarnya kepada pihak
media.
Hadir sama pada sidang media tersebut bekas Ketua Hakim
Negera, Tun Dr Salleh Abas dan sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi turut
menerima kunjungan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji
Mohd Baqi Othman. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment