NEW DELHI - Sebuah perkampungan
 terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana 
memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh. Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.
Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu. Menurut beberapa penduduk di 
perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, 
bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah 
hospital di lokasi tersebut.
Lebih daripada 90 anak kembar 
yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana
 kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.
"Bayangkan betapa indahnya jika
 semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang
 penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.
Perkampungan itu mempunyai 80 
peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. 
Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti 
tersebut. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patut dibuat kajian mengapa terjadi begitu? Anugerah Allah SWT, sesuai dengan kehendak Nabinya, "Berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya aku gembira dengan umatku yang ramai."


1 comment:
tuan tiada twitter?
Post a Comment