Tuesday, January 15, 2013

Boleh Guna T/Boleh Terjemah nama ALLAH -N/Aziz


KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura, dipetik Harakah Daily hari ini.

Majlis itu mengadakan mesyuarat malam tadi.

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails