Thursday, May 10, 2012

Siapa Syarip Dol Samseng Felda? -Tuan Ibrahim

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man 

Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

“Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain,” katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, “Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!”

Serentak jawapannya “TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol.”

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....
Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah contoh cerita di Felda. Siapa Syarip Dol samseng dalam cerita di atas? Tidak lain, BN?

4 comments:

Anonymous said...

menari cerita ni...boleh bikin filem..

Cikli said...

syarip dol seronok dikelilingi orang yang terdesak dan tak mahu berfikir sendiri

Anonymous said...

Masaaslahnya bila para peniaga bangsa sendiri berniaga ramai yang mengambil sikap negatif dan tidak petcaya. Aoa saja yang dibuat oleh pemuda sebangsa ini akan sering di serong. Saat ada peluang walau sebesar ketulan pasir mereka pasti bersatu tenaga untuk menjatuhkannya. Sebesar jasa dengan $100,000 pun tidak akan dikenang walaupun mulutnya kuat bertempik Hidup Syarip Dol!!. Inilah barah yang masih kuat menular di kalangan kita. Cintohnya siapa yang mulakan inisiatif FELDA? Diciptakan oleh bapa seorang Perdana Menteri yang cukup rapat dengan rakyat dengan idea 1 Malaysia, yang cukup sinonim dengan keperluan rakyat. Sepatutnya dikenang kebaikannya namun jasa inisiatif ini dijadikan sebab untuk menjatuhkannya. Selepas belau jatuh pemimpin penerusnya tiada formula untuk menandingi legasi beliau. Kini ramai yang tergeletak di lantai tidak betmaya untuk terus hidup di zaman kontemporari yang kekal susah lagi menyusahkan.. fitnah dan kepimpinan tanpa formula jitu terus menghantui kehidupan rakyat lebih labih lagi buat masyarakat marhean yang bagai terperankap dalam bubu ikan berlapik dawai mata punai…. Sedar dan bangkitlah dari sifat negatif kamu. Generasi penerus ramai yang cerdik pandai. Namun jika tiada formula terbaik, tanpa disiplin, tanpa dinamika minda & tidak prolifik dalam hasil kerja.. selamat hidup dalam kekyrangan terus mengomel dan hidup dalam takuk lama yang bagai Cave Man di gua sendiri…

Anonymous said...

AnonymousJuly 6, 2025 at 12:15 PM
Masaalahnya bila para peniaga bangsa sendiri berniaga ramai yang mengambil sikap negatif dan tidak petcaya. Aoa saja yang dibuat oleh pemuda sebangsa ini akan sering dipandang serong. . Saat ada peluang walau sebesar ketulan pasir mereka pasti bersatu tenaga untuk menjatuhkannya. Sebesar jasa dengan $100,000 pun tidak akan dikenang walaupun mulutnya kuat bertempik Hidup Syarip Dol!!. Inilah barah yang masih kuat menular di kalangan kita. Cintohnya siapa yang mulakan inisiatif FELDA? Diciptakan oleh bapa seorang Perdana Menteri yang cukup rapat dengan rakyat dengan idea 1 Malaysia, yang cukup sinonim dengan keperluan rakyat. Sepatutnya dikenang kebaikannya namun jasa inisiatif ini dijadikan sebab untuk menjatuhkannya. Selepas belau jatuh pemimpin penerusnya tiada formula untuk menandingi legasi beliau. Kini ramai yang tergeletak di lantai tidak betmaya untuk terus hidup di zaman kontemporari yang kekal susah lagi menyusahkan.. fitnah dan kepimpinan tanpa formula jitu, terus menghantui kehidupan rakyat lebih labih lagi buat masyarakat marhean yang bagai teroerangkap dalam bubu ikan berlapik dawai mata punai…. Sedar dan bangkitlah dari sifat negatif kamu. Generasi penerus ramai yang cerdik pandai. Namun jika tiada formula terbaik, tanpa disiplin, tanpa dinamika minda & tidak prolifik dalam hasil kerja.. selamat hidup dalam kekyrangan terus mengomel dan hidup dalam takuk lama yang bagai Cave Man di gua sendiri…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails