Sunday, August 21, 2011

K'tan: Guru Pasti Terima Tunggakan & Duit Raya -A/Latif


PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos 11: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 621 guru Pasti apabila menerima tunggakan elaun dan duit raya baru-baru ini.

Setiap mereka menerima antara RM550 sehingga RM640 melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM331,440. Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan elaun guru-guru Pasti di negeri ini dibayar setiap bulan.

“Pasti negeri mahu elaun guru-guru Pasti dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela,” katanya di majlis penyampaian elaun tersebut di Putik.

Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan mengingatkan guru-guru Pasti hendaklah mengekalkan penampilan kerana mereka menjadi ikutan pelajar-pelajar Pasti. Katanya juga pendidik merupakan golongan yang dimuliakan dalam Islam kerana memberi ilmu dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails