Saturday, July 09, 2011

Bersih 2.1: Hingga 12 Tengahari 321 Ditangkap

Salah seorang lelaki yang ditahan di stesen KTM lama di Jalan Kinabalu pagi tadi, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0. - Foto oleh Jack Ooi Salah seorang lelaki yang ditahan di stesen KTM lama di Jalan Kinabalu pagi tadi, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0. - Foto oleh Jack Ooi

KL, 9 Julai 11: Beberapa jam menjelang perhimpunan yang Bersih 2.0 rancang untuk adakan, polis telah memulakan tangkapan sejak awal pagi tadi.

Pergerakan Pemuda Umno juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas petang ini. Maklumat diterima dari ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukkan 321 orang telah ditahan termasuk 17 wanita setakat 12 tengah hari, termasuk lapan wanita

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka. Pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi. Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi tersebut. Polis juga menahan sekumpulan orang, dipercayai peserta perhimpunan di stesen kereta api lama di Jalan Kinabalu.

Polis dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memperketatkan kawalan dengan memeriksa semua penumpang LRT, Komuter dan Monorel diperiksa. Selain itu, polis juga memeriksa semua kenderaan yang memasuki ibu negara.

Seramai 21 individu telah ditahan sejak malam tadi. Di kawasan Pasar Seni, seramai lima lima remaja ditahan kira-kira 11.35 pagi.Pengarah Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu bahawa mereka yang ditahan masih disoal siasat. Bagaimanapun beliau menafikan khabar angin bahawa gas pemedih mata dilepaskan dekat KLCC.

“Tidak, semua itu laporan palsu, sehingga kini kami tidak menggunakan apa-apa,” katanya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails