Monday, November 01, 2010

'Kakak' Lwn 'Abang Sulung' Di Batu Sapi


Calon BN Batu Sapi bagi parlimen P.185, Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dijulang-julang. Menariknya ada berita melaporkan dia tidak pandai berbahasa Melayu. Bagaimana nak ke parlimen? Kalau betul begitu, maruah UMNO jatuh teruk. Mana perjuangan kebangsaannya? UMNO kena buktikan, dedahkan interbiau dengannya dalam bahasa Melayu..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8ZVuODBJIFLt-IAirKzu84GeTH20Vykw0BtXl_i1AFcaH7G5vLrLn_1oClqEqBUldLjpuhgbS1kplUhEy2dA9RSWbQcId9YPZ_Glg_FeDecei17a-WCtxd0xJRySIS-8bUnL4iXSxyA_h/s1600/5129618667_72669e7ca4.jpg
Tak ada projek mee segera di Batu Sapi? Gambar ini menafikan..





Ansari Abdullah,56, calon PKR dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi, merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.


KL 31 OKT 10: Persaingan untuk memikat hati 9,737 pengundi Cina, yang merupakan 38.06 peratus daripada keseluruhan 25,582 pengundi pada pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, amat sengit hari ini apabila ketiga-tiga calon turun padang untuk menemui orang ramai.

Dalam persaingan yang disebut oleh banyak pihak sebagai 'Battle of Super Sunday' itu, setiap calon cuba memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk menemui sebanyak mungkin pengundi, terutama di kawasan majoriti kaum Cina. Kebanyakan penduduk Cina di kawasan ini terdiri daripada mereka yang bertutur dalam dialek Hakka, Kantonis dan Hokkien. Kumpulan yang menggunakan dialek Hokkien kebanyakannya tinggal di kawasan Karamunting, Kantonis di Bandar Ramai-ramai, Kampung Pukat, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung, manakala Hakka pula di Taman Mawar.

Pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah. Oleh kerana Yong dan Tsen adalah daripada suku Hakka, maka tidak hairanlah banyak pihak menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai medan pertempuran antara 'Hakka Mui' dan 'Hakka Taiko'. Bagi orang Cina, 'Mui' bererti kakak, manakala 'Taiko' bermaksud abang sulung.

Dalam perebutan untuk memanfaatkan hari kelepasan ini, calon-calon berkenaan dan jurukempen mereka kerap bertembung ketika berkempen kerana masing-masing mempunyai jadual ketat dan memberi tumpuan di kawasan serupa. Ketika BN berkempen di kawasan Cina dan Bumiputera pagi tadi, Yong dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terserempak di Taman Mawar, kawasan yang mempunyai banyak anggota suku kaum Hakka.

Sementatra itu, sekurang-kurangnya dua perdebatan dijadual diadakan. Pertama antara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan satu lagi antara tiga calon yang bertanding anjuran calon PKR Ansari Abdullah. Pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi 4 November ini, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin menghadapi pertandingan tiga penjuru berdepan dengan Yong dan Ansari. Bagaimanapun, tiada satu pun yang diadakan apabila pendebat yang dicadangkan tidak turun padang. (AK)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails