Tuesday, August 17, 2010

Gambar Ini.. Bangkitkan Gelombang Protes

Tentera wanita Israel dan tahanan Palestin. Begitu juga gambar di bawah...

17 AUGUST 10: DALAM gambar yang dipaparkan oleh seorang tentera wanita Israel.. nampak dia sedang berlagak bagai seorang wanita pekerja seks komersial di hadapan tiga tahanan Palestin tertutup matanya. Laporan ini terdapat dalam akhbar Inggeris Daily Telegraph dan dinukil oleh situs INN hari ini.

Menurut akhbar tersebut, seorang tentera wanita Israel menyiarkan photo-photonya sedang mengolok-olok tawanan lelaki Palestin dengan mata tertutup dan kedua tangannya terikat. Hal ini membangkitkan kemarahan warga Palestin. Ada juga paparan gambar tentera wanita ini sedang duduk di sebelah seorang tahanan Palestin, sambil memangku kaki di mana wajahnya dihadapkan seperti ingin mencium lelaki Palestin itu.

Di photo yang lain pula, tentera wanita ini berada di depan tiga tahanan lelaki Palestin yang matanya tertutup, juga dalam keadaan terikat. Tentera wanita Israel itu kemudian berlagak seperti seorang wanita pekerja seks komersial di hadapan mereka.

Sekaitan dengan hal ini, Ghassan Khatib, Jurucakap Otorita Ramallah mengutuk publisiti gambar-gambar ini dan menyatakan photo-photo ini menunjukkan betapa tentera Israel mengidap penyakit jiwa yang cukup teruk. Penjajahan mereka selama 43 tahun atas Palestin membuat mereka melakukan kerja-kerja rendah dan memalukan seperti ini.

"Photo-photo itu membuktikan keadaan kejiwaan dan cara pandang penjajah dalam menyiksa warga Palestin," tegasnya. Khatib menambahkan, "Penjajahan ini tidak adil dan tidak bermoral. Untuk itu gambar-gambar seperti inipun dipublikkan.. menjadi bukti problem kejiwaan yang sangat parah, termasuk aksi-aksi pelecehan seksual."

Berdasarkan laporan ini, gelombang protes segera muncul memaksa tentera Zionis Israel mengeluarkan kenyataan mengritik tentera wanita ini dan menyebut photo-photo itu sebagai "skandal memalukan". Namun diujung pernyataannya, tentera Zionis Israel menyebut masa 'wajib tentera' telah selesai dan tidak jelas apakah samada ketuanya dapat ajukan pengaduan itu atau tidak.

Tentera wanita Israel ini mempublikkan sebanyak 26 photonya selama menjalani wajib tentera di laman facebooknya. Photo-photo itu dimuat dalam album bertitel "Tentera; Hari-Hari Terbaik dalam Hidupku". Dua photo yang menjadi berita kontroversial termasuk dari ke-26 photo-photo itu.

Namun yang menarik, setelah kritikan tentera Zionis Israel terhadap tentera wanita ini, menyebabkan dia terus mengatakan kecewa mengabdi kepada tentera dan menyebut tentera Zionis Israel sebagai terburuk di dunia.

Daily Telegraph dalam laporannya melanjutkan, "Publisiti gambar-gambar ini tidak kurang buruknya dari gambar-gambar tahanan Abu Ghuraib di Irak. Kerana tentera AS juga melakukan pelecehan seksual terhadap tahanan Irak."(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails