Wednesday, October 10, 2012

Dirogol Kejam 10 Lelaki, Hudud, Bila Lagi?


SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bila lagi cadangan laksanakan undang 'Hudud' akan terlaksana? PAS nak buat, UMNO pun kenonnya nak buat, tapi tak jadi-jadi. Memang kerajaan BN/UMNO tidak berniat nak laksanakan Hudud, PAS nak buat, UMNO yang ada kuasa tak bagi..

Orang Islam tidak dibenarkan laksanakan agama sendiri di negara sendiri. Itulah antara kezaliman UMNO menindas agamanya sendiri. Semoga Allah makhbulkan doa orang yang kena zaim dengan segera. Hancurkan BN!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Tuesday, October 09, 2012

Bank Negara Rugi RM30 Bilion Angkara Menteri?



KL 8 OKTOBER: Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilion akibat skandal matawang oleh spekulator tempatan.

“Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

“Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,”

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, Tan Sri Nor dikenal pasti sebagai watak utama dalam menguruskan urusniaga matawang untuk Bank Negara ketika itu dengan pertaruhan besar.

“Ia melibatkan beratus-ratus juta Dolar Amerika untuk setiap lot pertaruhan dan sehingga kini beliau enggan menjelaskan penglibatan beliau atau mengapa beliau memperjudikan dana negara dengan begitu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.”

Dalam perkara yang berkaitan, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan melindungi spekulator matawang Malaysia seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?

“Lebih teruk lagi, Kerajaan BN bukan sahaja gagal menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar atau menuntut kebertanggungjawaban sepenuhnya, tetapi telah menaikkan pangkat spekulator mata wang forex seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada jawatan Menteri Kabinet.” ujar beliau.

Tambahnya, kegagalan untuk menjelaskan kepada umum berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan BN hanya berpura-pura dalam komitmennya terhadap kebertanggungjawaban awam dan ketelusan.- Roketkini.com

Larangan Homoseks Disokong Masyarakat Ukraine

KL: 8 OKT 12: Ukraine akhirnya mengesahkan larangan atas promosi homoseks di wilayah negaranya dengan sokongan penuh dari parti maJoriti dan juga pembangkang  di parlemen.

Koresponden Euronews di Kiev Angelina Kariakina melaporkan pada 3 Okt, “Penggagas rang undang-undang mengatakan masalah homoseksual telah mencipta suasana persatuan yang langka di kalangan ahli politik Ukraine, dan itu disebabkan masyarakat Ukraine sendiri siap sedia untuk menyokong insiatif legislatif semacam itu.”

Lilia Hryhorovych salah satu penggagas undang-undang  yang kini telah menjadi undang-undang itu mengatakan, dengan sahnya aturan hukum tersebut maka kegiatan promosi homoksual merupakan suatu tindakan kejahatan yang dapat dikenai hukuman penjara.

“Apa yang kami maksud dengan 'promosi' misalnya adalah parade gay. Contohnya, membahagi-bahagikan selebaran di depan sekolah yang berbunyi 'jadilah dirimu sendiri' dengan gambar dua anak lelaki berciuman. Sementara di sana ada murid-murid yang akan masuk kelas, usia mereka baru 8-10 tahun dan bahkan belum mengerti apa itu sex. Produk tv juga dimasukkan ke dalam daftar itu,” jelas Hryhorovych.

Para aktivis Hak Asasi Manusia menyebut undang-undang anti homoseksual itu sebagai diskriminasi, di negara yang telah mengakui homoseksual sejak tahun 1991. Undang-undang akan segera dilaksanakan setelah diteken oleh Presiden Ukraine Voktor Yanukovich, yang sepertinya dilakukan sebelum pilihan raya mendatang. (IH)

Ahli Silap Mata Beraksi Maut Paling Bahaya!


BLAINE lengkap berpakaian pengalir elekrik.
BLAINE lengkap berpakaian pengalir elekrik.
BLAINE berdiri di tengah-tengah aliran aliran eletrik sejuta voltan selama tiga hari.

BLAINE berdiri di tengah-tengah aliran aliran eletrik sejuta voltan selama tiga hari.

JOM KREATIF
NEW YORK: Ia diiklankan sebagai aksi ngeri menempah maut, pertunjukan paling berbahaya yang akan mengejutkan jutaan manusia. Namun, pertunjukan terbaru David Blaine, ahli silap mata terkenal itu dianggap sebagai tidak berbahaya oleh seorang ahli fizik terkenal.

Profesor John Belcher berkata, dia bersedia mengambil tempat ahli silap mata itu walaupun sudah berusia 69 tahun dan bencikan risiko. Blaine berdiri di tengah-tengah aliran elektrik sejuta voltan untuk aksi ngerinya yang bertajuk, Electrified.

Pertunjukan selama tiga hari di New York itu berakhir malam tadi. Satu-satunya perlindungan Blaine ialah pakaian berperisai dan topi keledar yang direka khas. Bagaimanapun, Belcher, pakar ruang angkasa berkata, satu-satu kebimbangannya jika melakukan aksi seperti Blaine ialah tidak cukup tidur.

“Dia mempunyai pakaian pengalir elektrik. Semua tenaga elekrik mengalir menerusi pakaian itu, tidak ada yang menerusi tubuhnya.
“Saya tidak nampak bahayanya. Saya sudah berusia 69 tahun dan tidak sukakan risiko. Saya lebih suka tidur,” kata profesor itu.

Menurutnya, Blaine memakai pakaian Faraday yang dibuat daripada keluli tahan karat beraliran tinggi. Pekerja menggunakan pakaian seumpama itu jika memasang talian elektrik bervoltan tinggi. Ahli fizik amatur juga memakainya ketika mengkaji gelung Tesla.

Ahli fizik di Universiti Columbia, Allen Zajc, juga tidak tertarik dengan aksi Blaine. Menurutnya, apa yang menarik ialah ahli silap mata tu terpaksa berdiri selama 72 jam. Setakat ini, acara itu berlangsung seperti yang dijadual, meskipun Blaine terkena kejutan elektik ketika berlatih selepas visor pada topi keledarnya terkena hidungnya. - DM

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Rhoma Irama Guna PPP Tanding Presiden 2014?


HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Satu sidang pleno Persatuan Ahli Muzik Melayu Indonesia (PAMMI) melantik Raja Dangdut, Rhoma Irama, untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden 2014. Beberapa cawangan PAMMI yang lain, dalam satu kenyataan yang dibuat pada mesyuarat pleno itu berkata, mereka akan menyokong pencalonan Rhoma.


Pengerusi PAMMI cawangan Sumatera Selatan, John Hadi berkata, “Dalam mesyuarat ini kami mahu sepakat dan akan menyokong (penamaannya sebagai calon).”

Begitu juga Pengerusi PAMMI cawangan Jakarta, Laras Sugianto yang berkata dalam satu mesyuarat dalaman, majoriti anggota menyokong cadangan berkenaan.

“Anggota PAMMI cawangan Jakarta, menyokong pencalonan beliau,” kata Laras.

Namun begitu, katanya, Rhoma perlu mencari parti politik bagi membolehkan dia bertanding. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rhoma mempunyai hubungan rapat dengan Parti Persatuan Pembangunan (PPP). - tribunnews

Cipta Helikopter Dengan Barang Buangan


 
Chinese farmer builds a working wooden helicopter 

JOM KREATIF

Ketika kita menghadapi masalah remaja yang merempit, melepak, seks bebas, meragut, dadah dan sebagainya, cuba pula diatasi dengan program PLKN, remaja di China yang juga merupakan seorang petani telah mencipta helikopter dari bahan buangan, enjin skuter 150 cc, kepingan papan dari pokok yang dipotong sendiri dan boleh terbang setinggi 2600 kaki pada kos $1600 dan dibuat dalam tempoh 3 bulan.

Chinese farmers probably have a knack for creating DIY flying machines. Wu Zhongyuan, a farmer from China’s Henan province has built himself a helicopter, using wood from an elm tree, a motorcycle engine and steel pipes. The 150cc engine powers the wooden blades, while the steel tubes provide structural rigidity. 

Wu has had no formal education in aviation or aeronautics, and says he built the helicopter relying on the Physics he learnt in middle school. He spent three months and nearly $1600 in creating the helicopter, which he claims can go as high as 800 meters. He won’t be able to fly it though, the Chinese government has stopped the flight for safety reasons.
 

(IH/Tranungkite) 



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
 

Bersama 2 Tok Guru, PAS Ganti UMNO

YAB. Tuan Guru merasmikan program PAS Ganti Umno (PGU 5.0)peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di Pekan Jabi, Setiu,Terengganu. Majlis ini juga telah diberi kejutan dengan 3 orang tokoh Umno yang menyerahkan borang ahli PAS kepada YAB.

Tuan Guru sendiri,turut hadir pada majlis ini YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS serta beberapa yang lain,Jabatan IT PAS Terengganu mengangka kehadiran orang ramai pada PGU 5.0 kali ini menjangkau 60 ribu orang. (IH/AKOK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails