
Azan [kiri] dalam sidang medianya bersama Khalid Samad
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini tampil membuat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke parti BN pada tahun 2010.
Azan dari PKR berkata, beliau ditawarkan jumlah tersebut dalam satu pertemuan di hotel lima bintang di ibu negara pada 27 Januari 2010. "Ia berlaku di siang hari, di hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Siri-siri tawaran ini sudah berlaku sejak 2010 lagi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Azan juga mendakwa lebih "setengah dozen" ahli Parlimen PKR diberi tawaran sama malah sudah ada yang menerimanya dan lompat parti. "Siri perundingan diatur dengan kemas dan orang yang terlibat yang mewakili pemimpin yang berjawatan tinggi," katanya lagi.
Menurutnya juga, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya perundingan itu dan akan didedahkan untuk pengetahuan masyarakat. "Saya rasa ini perlu dijadikan iktibar lebih-lebih lagi pilihan raya makin dekat. Rakyat pun semakin minat dengan integriti," katanya yang ditemani Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Khalid sebelum ini membuat dua siri pendedahan video dan audio berhubung pembelian ahli Parlimen PKR. "Saya akan terus buat pendedahan demi pendedahan tentan pertemuan dan perundingan pembelian MP ini dan kita tengok siapa yang akan respons," katanya. (Hrkh)









GAMBAR bertudung di taman, tapi nampak melampau kan.. duduk atas riba?
Maaf sebenarnya gambar di atas adalah gambar yang telah diedit dengan menggunakan Photoshop oleh rakan FB. Di bawah ialah gambar asal yang telah diupload ke Facebook.
Ini pula gambar yang telah diedit, perempuan tadi duduk di atas pangku remaja lelaki tadi.
Jadi, terutama untuk kaum wanita berhati-hati untuk upload gambar ke facebook. Jangan sampai mengundang fitnah.
So..? Sendrik mau ingat!
(Disaring dari isuhangat net)
Firman Allah SWT maksudnya:
- “Dan orang-orang yang menyakiti
orang-orang mukmin dan mukminah
- tanpa kesalahan yang mereka perbuat,
- maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”.
- (al Ahzab 58)
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:- “Siapa yang merasa pernah
berbuat aniaya kepada saudaranya,
- sama ada berupa kehormatan badan atau
harta atau lain-lainnya,
- hendaknya segera meminta halal (maaf) dari
orang itu,
- sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau
dirham,
- jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut
penganiayaannya,
- dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan),
- maka
diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu
- untuk ditanggungkan
kepadanya.”
- (H.R. Bukhari-Muslim)
Lihar sebelum ini...E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet