ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu.Berfikir bukan cra Islam..
Aktivis minta kerakyatan wanita Mesir berbogel ditarik
KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman
 kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa 
memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, 
Sweden baru-baru in.
Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang 
aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa 
raya berhubung perbuatan Alia. Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu. Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai 
orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki 
Mesir.
Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang 
menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis 
wanita daripada kumpulan FEMEN. Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi 
membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan 
payudara termasuk berbogel.
Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu. Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita. Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam 
pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember 
tahun lalu.
Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.
"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin 
terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya 
kepada akhbar Al-Watan.
  
Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan 
perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia 
akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini 
digugurkan. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden. Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.
- Agensi

 
 

2 comments:
Bodohnya Alia ni...tanpa disedari dia telah merampas hak akalnya untuk bermaruah dengan membiarkan badanya menjadi santapan mata lelaki jahat...dia berusaha untuk menyesatkan manusia lain dari jalan yang benar..maka adalah hak insan lain yang bimbang tentang penyesatan yang dilakukannya untuk `menidurkannya`....
Bodohnya Alia ni...tanpa disedari dia telah merampas hak akalnya untuk bermaruah dengan membiarkan badanya menjadi santapan mata lelaki jahat...dia berusaha untuk menyesatkan manusia lain dari jalan yang benar..maka adalah hak insan lain yang bimbang tentang penyesatan yang dilakukannya untuk `menidurkannya`....
Post a Comment