Oleh : PAPARAZZI SK (sabahkini)  PERDANA  Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja  cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa  majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.
Petang  tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib  terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat  menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel  sebagai tempat memadu kasih.
Menteri berkenaan pula sering  melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong  bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit  dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk  seks.
Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks  di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan  rapat dengan Najib.
Menurut maklumat yang Paparazzi terima,  seorang berpangkat Dato’ memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita  Cambodia berkenaan.
Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan  Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang  merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman  video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan.
(Diangkat dari Sabahkini 22 Sept)
4 comments:
sape la pulak menteri tu......dah teruk sangat dah menteri2 malaysia, gulingkan ja
ala.....nak cover up kes liwat dan seks anwar la tue....x payah la nak create benda yang membawa fitnah nie....yg dah ada bukti tak nak percaya ....nie kan pulak benda yang x ada bukti.....spa nak percaya....
Hentikanlah politik selak kain seperti ini. Malu kita rakyat Malaysia seolah-olah mempunyai pemikiran kemetot. Banyak lagi perkara positif sebenarnya yang boleh dilakukan oleh pemerintah dan juga pembangkang untuk membangunkan pemikiran rakyat. Mensensasikan perkara berkaitan seks ini hanya akan membuang banyak masa dan hanya akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja bukan semua rakyat.
Yang penting kini kita sebagai rakyat perlu tumpu kepada perkara positif bukan perkara negatif yang sengaja disensasikan bagi membodohkan kita semua.
Lihat sahaja kes Anwar. Berapa banyak masa telah dibazirkan untuk melemahkan pembangkang dan rakyat.
sebenarnya saya ada mendengar cerita semacam ini. Tapi bukan monggolia atau cambodia. Tapi gadis filipin.... seawal usia 15 tahun. Tapi mana kita boleh lawan dia. Dia berkuasa besar tau...
Post a Comment