
APRIL7 10:Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.
 Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun  untuk  meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk  merujuk  Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa  hak dan  kebebasan parlimen.
Speaker Tan Sri  Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk  menolak notis  berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus  meminta  penjelasan. Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian  supaya duduk, namun Karpal pula  menghidupkan mikrofonnya dan berkata  speaker telah melanggar keputusan  yang pernah dibuatnya sendiri sebelum  ini.
Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak  enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'. Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang  dipatuhi Karpal. Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar  mengarahkannya keluar dewan.
"Saya menggunakan  kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong  keluarkan Bukit  Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara  menolak kerusi roda  Karpal keluar dari Dewan.
Pandikar juga memutuskan  Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh  10 hari. Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil   pembangkang. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur)  kemudiannya bangkit dan berkata keputusan  speaker itu tidak adil.
Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil  dan memutuskan  untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul  yang dibawa oleh  Tian. Usul itu bagaimanapun  ditolak apabila hanya 56 ahli parlimen menyokong  usul berkenaan,  berbanding 82 yang menentang.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada orang tanya, mengapa? Ada pula yang jawab, tentu kerana dia pembangkan? (AK)
1 comment:
yup.saya juga akan kata sebab dia pembangkang..sikap double standard ni adalah biasa bagi bn..jika anda adalah pembangkang bersedialah menerimanya..kalau nak dimanja,dibelai,jangan jadi pembangkang..jadi pak turut.
Post a Comment