Sunday, January 22, 2017

Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru. Bukti Dasar Pelajaran Gagal..


Hasil carian imej untuk Video rakam dalam kain
KUALA LUMPUR – Seorang guru Bahasa Inggeris membuat laporan polis kelmarin selepas video dalam kain melibatkan dirinya yang diambil secara curi oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini tersebar.
Difahamkan, guru wa­nita berusia 36 tahun yang sudah mendirikan rumah tangga itu membuat laporan polis selepas berasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.
Perbuatan itu terbongkar selepas seorang guru disiplin merampas telefon bimbit salah seorang pelajar itu pada Rabu lalu yang mempunyai rakaman bahagian dalam kain baju kurung guru berkenaan. Video berkenaan berdurasi selama 10 saat.
Selepas membuat rakaman, kumpulan pelajar biadab itu me­ngenakan pula bayaran kepada rakan-rakan lain yang ingin menontonnya.
Susulan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar Tingkatan Tiga berkumpul di dewan sebelum mengesan lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Guru disiplin itu kemudian memaklumkan kepada mangsa mengenai video tersebut.
Ini lagi bukti kegagalan dasar pelajaran Malaysia dalam melahirkan manusia profesional yang bertaqwa Allah SWT, bukan manusia sekular. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat


5 comments:

  1. Hanya kerana kes ini, tidak adil dituduh seluruh sistem pendidikan kita gagal. Kebijaksanaan blogger Ibn Hashim juga boleh dianggap gagal.

    ReplyDelete
  2. Ianya bukannya gagal, tapi para pelajar tu sedang merakam "kajian" mereka, apakah ini?

    ReplyDelete
  3. Termasuk la yg pondok juga ker?

    ReplyDelete
  4. Budah buat perangai x senonoh pun nak bela.. komen bangang..

    ReplyDelete