Kl, 2 Mac 12: Sebentar tadi, Harakahdaily.net melaporkan, seluruh pimpinan  PAS Pusat akan turun ke Kedah esok bagi  mengadakan pertemuan mahabbah dengan  pimpinan parti di negeri itu  berhubung kemelut yang melanda. Keputusan  itu dibuat selepas mesyuarat AJK PAS Pusat malam tadi.Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta, supaya seluruh ahli PAS bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda Kerajaan Negeri Kedah.
Beliau berkata, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.
"Saya menyeru kepada seluruh ahli  dan penyokong PAS  supaya bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan  untuk menyelesaikan beberapa  isu yang melanda negeri Kedah mutakhir  ini.
"Insya Allah ia akan selesai  sehari dua lagi atas usaha  kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang  mendukung perjuangan  ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada  Harakahdaily lewat  petang ini.
Presiden PAS itu kini masih di luar negara  dan dijangka pulang ke tanah air esok.
Mesyuarat AJK PAS Pusat malam tadi, kira-kira empat  jam itu dipengerusikan Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu diadakan bertujuan  menyelesaikan kemelut di Kedah selepas  Phahrolrazi enggan dilantik semula  sebagai exco kerajaan negeri.
Pada  sidang media semalam, Naib  Presidennya, Salahudin Ayub  berkata,  pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul  Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan  kedua-dua pihak  iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan  Exco,  Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Difahamkan sebelum ini, Mohamad  Sabu,  Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad  Nawawi telah  mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan  Phahrolrazi secara  berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka. Hasil pertemuan tersebut  dibawa ke mesyuarat malam tadi.
Pada  Selasa lalu, lapan daripada 10 Exco  Kedah mengangkat sumpah jawatan  masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku  Sultan Kedah Datuk  Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Dua lagi exco  iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung  jawatannya.  (IH/Hrkh)
Lihat sebelum ini..
- Dialog Dg Azizan Razak, Akhiri Krisis PAS Kedah?
 - Azizan patut tahu bila perlu berundur
 - U/M'sia, Azizan Tumbang Sebelum PRU13?
 - Syabas Phahrolrazi, Terima Exco Bersyarat
 
No comments:
Post a Comment