Thursday, February 02, 2023

Cina, bukan asing -Abd Hadi. & Dayangku Intan, ahli PAS.

 

Abdul Hadi berkata, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam ataupun tidak. - Facebook Abdul Hadi Awang

1. Masyarakat Cina bukan asing dalam kehidupan saya - Abdul Hadi


SHAH ALAM: "Kaum Cina bukanlah asing dalam kehidupan saya," kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam ataupun tidak.
"Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya.
“Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.
“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu beliau merupakan seorang penghulu kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Jelas Abdul Hadi, salah seorang menantunya juga daripada kaum Cina, menunjukkan hubungan keluarga beliau dengan masyarakat kaum itu bukan perkara baru.
“Selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan Perikatan Nasional dan Gerakan pagi tadi, saya terus pulang ke Kampung Rusila bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama anak menantu sekeluarga.
"Jadikanlah perayaan ini sebagai salah satu cara untuk kita mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
2. Dayangku Intan terima sijil keahlian PAS 
KUALA PILAH: Artis popular era 80-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 56, adalah antara empat penerima sijil keahlian PAS.

Beliau yang pernah menyertai PKR pada tahun 2012 mengumumkan menyertai PAS dan menyerahkan borang permohonan keahlian pada Disember lalu.

Selain Dayangku Intan, tiga lagi penerima sijil keahlian PAS ialah mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin; mantan Ketua Pemuda Umno bahagian Seremban, Zool Amali Hussin dan dan mantan Ketua Umno cawangan Kampung Tengah, Anwar Omar.

Sijil tersebut diserahkan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Majlis Semarak Gemilang Rakyat Bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, semalam.

Terdahulu, Dayangku Intan menjadi ahli panel program Bual Bicara Santai bersama aktivis Bersatu, Che’gu Bard dan Zool Amali, manakala Badzli Bakar bertindak sebagai pemudah cara. – HARAKAHDAILY 

Komen Weblog Ibnu HasyimCina, bukan asing dalam kehidupan Abd Hadi. & Dayangku Intan, ahli PAS.

PAS bukan asing bagi masyarakat Malaysia yang berbagai kaum dan golongan kerjaya. Al-hamdulillah!

11 comments:

  1. Dap membangkitkan islamofobia. Sementara orang Islam sangat gerun dengan arak dan judi. Mereka amat takut jika anak anak terlibat dengan arak dan judi. Kerana beratus tahun penduduk di sini bersih dari arak dan judi.

    Kerana itu isu arakfobia dan judifobia menghantui penduduk peribumi. Bila hendak menormanalisasikan arak dan judi merupakan satu jihad bagi majoriti umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Judi Online SKMM bole aje sekat sambil gentel gentel telo masa tengok tarian Singa ni....

    Buat satu kaunter aduan judi online untuk kumpulkan laman link dan link laman web web judi online kat SKMM tuhhh..

    Dah kumpul laman web judi online suruh aje kerani dan jaga yang jaga kaunter tekan button enter sekat laman laman web tsb...

    Tekan button enter sambil gentel gentel telo ajer nonton tarian singa makan bual limau manderin kat pejabat tu...

    SKMM nak sibu daya tak nak sibu dalih...

    Harap Brother dan Rafizi Formula suma nya ke laut dalam..!!


    #genteldansekatsusahsgtnakbuatke

    ReplyDelete
  3. Babi pun jadi isu. Sungai jadi busuk. Negara Islam jadi pengeksport babi terbesar. Tapi teloq takdak.
    Mana bro an dan rapizi pormular. Takkan no komen. Berilah sedikit patwa.

    ReplyDelete
  4. Tenyata datuk TGHH lebih baik dr dia dr segi perkauman.

    TGNA terbaik

    ReplyDelete
  5. Ternyata wak jahid terburuk. Tapi bro an lagi terburuk.

    ReplyDelete
  6. Ngapa bro an biarkan dap campur urusan agama Islam. Adakah kerana ini reformasi yang ingin dibawa oleh bro an. Supaya reformasi meniadakan Islam sebagai agama persekutuan. Reformasi dengan membawa penasihat dari singapura untuk pulau pinang. Atau reformasi memajukan arak dan judi.

    ReplyDelete
  7. Hebatnya TGHH. W/pun difitnah kononnya beri rasuah untuk beli undi, namun rakyat majority percaya ia adalah satu lagi siri untuk menjatuhkan TGHH. Rakyat percaya, itu bukanlah cara TGHH untuk mendapat sokongan.

    Tapi rakyat lebih percaya parti kris sentiasa berurusan dengan membeli undi. Sementara bro an sentiasa berurusan mengagihkan jawatan untuk dapat kerusi pm. Inilah parti yang kuat menggunakan rasuah untuk dapat sokongan.

    ReplyDelete
  8. Geng geng rasuah sangat tak setuju jika kedah hapus judi. Ekstreme katanya.
    Jika babi dibincangkan dalam kabinet, itu tidak ekstreme.
    Jika eksport babi meningkat, itu tidak ekstreme.

    Tahniah ustaz. Pandai memeriintah.
    Premis judi tiada. Rasuah tiada.

    ReplyDelete
  9. Jom tolak liberal ekstreme.
    Konon pandai perintah.
    Tapi lantik yang banyak kes mahkamah.
    Lantik yang perkauman yang main isu islamofobia.
    Lantik yang drop out.
    Lantik yang teroris.
    Lantik yang aljubri.
    Lantik yang balun duit persekutuan.

    Jom sokong pas.
    Yang pandai perintah.
    Yang tak lantik yang ada kes mahkamah.
    Yang tak lantik yang terlibat kes rasuah.
    Yang tak lantik bekas banduan.
    Yang tahu hukum berpolitik.

    Jon berubah ke arah politik yang bersih.

    ReplyDelete
  10. Perodi MP Hassan Karim Otai PKR

    Demi Daulah Ini Kau dah Kenapa Samdol..!?

    Atas nama kestabilan
    Jangan digoncang perahu ini oopss jangan goncang katil CinaDoll itu lagi

    Jangan, jangan
    Nanti karam semua ... karam keghairahan
    Ingat ya,
    Jambatan kamu jambatan kami
    Bukan Jambatan konkrit Jambatan LGBT

    Ingat itu.. haah silap Saya Ulangggg..
    Lalu, diam semua kamu macam kayu daa
    Sebaiknya
    Jangan lagi
    Jangan lagi bicara hal-hal geli geli rasuah ..

    Jangan, jangan
    Jangan diungkit-ungkit geli geli rakyat
    Ketirisan itu
    Kebocoran ini walaun akan terkinja lagi
    Jangan
    Jangan disebut lagi
    Kes itu, Kes ini
    Perkataan-perkataan kluster dan Mahkamah
    Semua itu, sensitif waktu kini.. kena sebut Formula.. formula.. formula..300x

    Membisulah kamu sebaiknya Saudara Rapiji

    Jangan
    Jangan bising-bising lagi.. Oops salah quote Saya Ulangg..

    Nanti karam perahu ini
    Nanti tercabut skrew-skrew lutut Cinadoll
    Jambatan bailey ini bukan baju Brioni
    Ini petua dariku Saudara
    Membisu itu baik di kala ini
    Ya, membisu itu Pilihan terbaik kini

    Jangan
    Jangan kamu terlalu idealis Saudara kok gitu
    Pragmatislah sedikit
    Opoligislah sedikit.. Demi barua LeeKwanYew@DAP

    Kita kan terpaksa segalanya
    Hidup lemas dalam dilemma ini?

    Ya, terimalah hakikat Saudara Kluster
    Timbulnya kamu
    Tenggelamnya aku
    Kan kita kembar LGBT?

    Jangan
    Jangan digoncang perahu ini .. kondo itu

    Nanti kita semua karam
    Lemas dan tenggelam

    Option kita Saudara guna password..
    Hanya Satu atau Dua saja
    Pekakkan telingamu
    Buat-buat tidak dengar
    Mereka memunggah harta Negara

    Jangan,
    Jangan Saudara
    Jangan buka matamu sambil 'Can I Fuck u'

    Buat-buat buta Saudara
    Pura-puralah tak kelihatan
    Mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island

    Nah, ini saja Pilihan yang ada
    Untuk Selamat bernyawa
    Ayuh, matikan segera nuranimu
    Kita korbankan segalanya
    Demi kestabilan Daulah Minoriti ini

    Jumaat 20 Januari 2023
    Pasir Gudang

    ReplyDelete
  11. Dulu dulu bro an selalu tibai bossku.
    Dah tiba masanya cari jho low.
    Sucikan politik malaysia.
    Dari pengaruh rasuah.
    Atau mungkin tidak mampu.
    Sebab geng rasuah berada dalam team.

    Jom sucikan politik malaysia.
    Bersama kelompok suci.
    Yang majoriti.
    Kita kikis si keparat rasuah.
    Kita kikis si keparat lgbt bersama ketua turusnya sekali.
    Kita kikis si keparat islamofobia.
    Kita kikis si keparat yang keparat.

    Ayuh kita bersama parti.
    Membersihkan politik kotor.

    ReplyDelete