Kerajaan PN masih sah dan tidak terjejas
PERMAISURI: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang masih sah dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau menegaskan walaupun Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menarik diri daripada menyokong Kerajaan PN, kedudukan kerajaan tidak terjejas.
“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.
“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di sini, hari ini.
Semalam Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong Kerajaan PN, selepas meletak jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.
Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Datuk Liew Vui Keong (WARISAN-Batu Sapi). – BERNAMA
IHtv
Pemimpin2 umno yg agung KEPALA BAPAK KAU!
ReplyDeleteUMNOlah TALI BARUT PERTAMA PENJAJAH ZIONIS YAHUDI yg menjahanamkan semua KESUCIAN melayu islam selama 60 tahun memerintah Malaysia tercinta ini!
SEKARANG IALAH MASA MENUAI APA YANG UMNO SEMAI SELAMA 60 TAHUN LALU SEBAGAI PEMERINTAH KERAJAAN MALAYSIA BERASASKAN UNDANG2 TOUGHUT KASIR JAHILIYYAH LORD REID!
DAN SEKARANG, PAS PENDUKUNG UTAMANYA!
Kahkahkah......Gajag sama gajah berjuang, pelandok mati di tengh.
ReplyDeleteBetul kata Dr.Faizal Tahrani, semua pemimpin politik jadika rakyat alas kaki. Kita diapi-apikan mengguna alasan agama, bangsa dan tanahair. Kamu pun bukan main bersemangat menyokong mereka.
Nak tanya kamu semua, kamu bertekak-berperang mempertahankan party kamu, apa kamu dapat....?????
Dapat jadi Menteri atau MenteriBesar ke ?
Dapat projek juta-juta dan billion ke...?
Anakanak kamu dilantik jadi CEO ke...?
Kamu dapat keta Mercedec ke...?
Dapat jalan-jalan keluar negara ke..?
Kalau kamu curi telor di Mydin, kamu boleh lepas dari tuduhan mencuri ke...?
Kamu ditangkap khalwat, boleh lepas ke...?
Dah, tak payahlah, mempertahankan party dan pemimpin. Kamu semua cuma alat untuk mereka menang PRU. Bila mereka menang, ada mereka kisah apa jadi kat kamu... ?
Kamu beri mereka kuasa, dengan kuasa itu, mereka boleh tangkap dan penjarakan kamu kalau kami merusuh, tak.puas hati. Daripada
jadi alas kaki, elok lamu semua berusaha membangunkan diri dan keluarga kamu sendiri. Jangan buang masa, menyokong mereka. Takda siapa berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Retorik kosong je untuk apiapikan kamu. Mereka berjuang utk tembolok sendiri.