Tokyo: Lincah seperti tiga watak penyiasat terkenal dalam filem Charlie's Angles.
Ia dapat menggambarkan tiga wanita warga emas di daerah Miyama, Fukui, Jepun yang menjadi pengawal sukarela demi melindungi kampung mereka daripada ancaman monyet liar.
New York Post melaporkan, tiga wanita berkenaan, Masako Ishimura, 74, Tatsuko Koshita, 68 dan Miyuki Li, 67, adalah petani dan menamakan kumpulan mereka sebagai Monkey Buster.
Pada siang hari, mereka yang juga pesara menjalani rutin harian seperti memasak dan mengemas rumah.
Namun, mereka sentiasa bersiap sedia meninggalkan tugas di rumah setiap kali mendengar bunyi penggera.
Ia demi mempertahankan kampung daripada serangan monyet liar.
Setiap kali turun ke lapangan, ketiga-tiganya membawa senapang di samping memakai baju petani dan mengenakan topi.
Difahamkan, ketiga-tiga wanita itu pernah mengikuti kursus membanteras ancaman monyet dianjurkan kerajaan pada Mac lalu. Agensi
Jika monyet liar mengancam kampung, RBA ternakan Dajjal Action Party pula sibuk menyebarkan fitnah dalam blog, FB, WhatsApp dll.
ReplyDeleteElon sebab itu adalah lebih baik menempatkan monyet dan RBA dalam zoo sahaja supaya mereka tidak mengancam orang ramai.
Pembetulan Komen 10:59
DeleteOleh sebab itu adalah lebih baik menempatkan monyet liar dan RBA dalam zoo sahaja supaya mereka tidak mengancam orang ramai.