Monday, August 10, 2020

Bukan Asri Saja, Polis Pun Disiasat. -Menteri Dalam Negeri.

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama pengadu, Asri Janggut, meninjau sendiri lokasi yang didakwa menempatkan premis perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama pengadu, Asri Janggut, meninjau sendiri lokasi yang didakwa menempatkan premis perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh

Asri disiasat bukan untuk dihukum

SUNGAI BULOH: Siasatan ke atas pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, yang mendedahkan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, bukan bertujuan menghukum.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata langkah itu adalah tindakan biasa bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan yang dibuat Mohd Asri.

Beliau berkata, dalam masa yang sama tindakan dan siasatan juga diambil ke atas polis.

"Kita mengambil tindakan dan menyiasat Mohd Asri bukan untuk menghukum beliau, kita hendak pastikan segala tuduhan itu benar atau sebaliknya, supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Beliau memberitahu media demikian ketika ditemui selepas turun padang melakukan tinjauan sendiri sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini, petang tadi.

Dalam tinjauan itu, Mohd Asri menunjukkan beberapa lokasi yang didakwa beliau menjadi lokasi perjudian haram dan jualan rokok seludup seperti didedahkan di dalam video yang menjadi viral, baru-baru ini.

Hamzah turut memberi amaran kepada polis mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau juga menggesa orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat mengenai jenayah menggunakan saluran yang betul dan berhati-hati dalam membuat tuduhan.

"Jangan sewenang-wenang membuat viral...yang nanti akan membahayakan keselamatan diri dan keluarga," katanya.(BH)

4 comments:

  1. Berdasarkan pelbagai komen netizen, orang ramai menyokong tindakan En Asri mendedahkan pusat judi haram dll dan sikap MBSA dll.

    Kita juga memuji SPRM, menteri Kem Dalam Negeri dan KPN kerana sudi memberi perhatian kepada maklumat yang didedahkan oleh En. Asri.

    Kita mohon pihak berkuasa melindungi En Asri jika wujud ancaman ke atas beliau sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namun malangnya, Kerajaan Selangor seakan tidak peduli. EXCO PBT hilang suara. Kawasan Sungai Buloh berada dalam Negeri Selangor dan mempunyai majoriti penduduk melayu Islam. Apa sudah jadi. Diam seribu bahasa ibarat singa yang mandul hilang taringnya.

      Us Syarhan Humaizi Halim
      Ketua Penerangan
      Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

      20 Zulhijjah 1441H | 10 Ogos 2020

      Delete
  2. Takbir...semoga saudara asri dilindungi allah..

    ReplyDelete