Monday, July 20, 2020

Solat Jumaat dua sesi terserah negeri



KUALA TERENGGANU: Keperluan menunaikan solat Jumaat dua sesi di negeri-negeri disebabkan kesesakan jemaah dan ruang terhad masjid semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tertakluk kepada pentadbiran agama di setiap negeri berkenaan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian selepas Majlis Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Pasca Musa’adah COVID-19 Bersama Nelayan Terengganu, di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering, di sini semalam.
Bagaimanapun katanya di peringkat Wilayah Persekutuan, solat Jumaat cuma diadakan satu sesi seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
“Justeru sekarang ini kami telah mengambil ketetapan bagi pihak contohnya Wilayah Persekutuan, kita tidak akan buat dua sesi, kita hanya buat satu sesi sahaja. Negeri lain tertakluk kepada pentadbiran agama negeri.
“Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada saya, mereka (negeri-negeri) buat satu sesi sahaja. Ini (solat Jumaat satu sesi) yang diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, terpulang kepada negeri masing-masing,” katanya.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu turut membenarkan solat Jumaat diadakan di kawasan tepi masjid termasuk pemasangan khemah di pekarangan masjid, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit 

13 comments:

  1. Ini pun akan menimbulkan kemarahan dap seperti hudud yg tiada kena mengena dengan dap.

    ReplyDelete
  2. semua salah DAP?...ini yg dikatakan Melayu, tak muhasabah diri dan seringkali menghukum orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah muhasabah diri. Supaya tidak tertipu berkali kali. Bila dah buat salah takkan nak kata betul. Scammer dari cina takkan nak sanjung. Muhasabah diri yg betul dan yang salah.

      Delete
    2. Mengapa puak kafir dalam DAP sibuk campurtangan dalam hal ehwal Islam dan umat Islam ??? Jika Kita campurtangan dalam urusan evangelis, bukankah puak kafir DAP akan meroyan histeria ???

      Delete
    3. Puak kapir dap cmpur tgn kat mana? Meh bg link. Aku nak buat report polis. Aku nk ko jadi saksi utama.

      Delete
    4. Kafir dappig la. Sapa lagi?

      Delete
    5. Baguslah kalau tiada campur tangan. Nanti buat minggu jawi jangan bising pulak.

      Delete
    6. DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

      https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

      Delete
    7. RBA 7:57 meroyan histeria cuba menegakkan benang basah.

      Delete
  3. Jata negara siapa yg hina.

    ReplyDelete
  4. Ulama puak Melayu/Islam DAP ialah Ambiga, Mereka benci dan salahkan Menteri Agama kerajaan M'sia. Bahlul jahiliah sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak melayu islam dap : ambiga? Ko fitnah tabung haji pun x larat nak pikul dosa. Lagi nak tmbh fitnah baru

      Delete
    2. Masih dalam siasatan. Belum kategori fitnah.

      Delete