Thursday, July 02, 2020

Pemimpin 12 Parti Setuju Bentuk PN, Tolak DAP, Faktor Utama


PRU15: PN Yakin Menang Besar, Sebulat Suara Tolak DAP


Kuching – Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak DAP menjadi sebahagian daripada ahli gabungan.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing berkata, persetujuan itu menjadi faktor utama pembentukan PN.
Beliau turut menjelaskan mesyuarat pemimpin 12 parti yang diadakan Rabu lepas turut bersetuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan datang.
Jaminan itu telah dinyatakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Walaupun Bersatu dan Pas ada mempunyai cawangan di Sarawak tetapi mereka tidak akan bertanding pada PRN12 nanti.
“Jaminan ini memberi laluan jelas kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melawan pembangkang selain ia petanda baik bahawa parti komponen PN komited membantu GPS pada PRN12,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Antara parti dalam blok pembangkang di Sarawak terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan lain-lain.
Seterusnya beliau berkata, Muhyiddin bersama barisan pemimpin parti yang lain turut yakin PN akan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dalam pada itu, Masing turut mendedahkan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS pada mesyuarat tersebut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan mengetuai PRU15.
Katanya, Abang Johari turut memaklumkan, GPS bersama empat parti komponen sudah bersedia untuk mengharungi PRN12 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.
Empat parti komponen GPS ialah PRS; Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
-S.TV

8 comments:

  1. calon PM

    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus.

    Menurut Perdana Menteri ketujuh itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti untuk menang dalam pilihan raya.

    "Ya, dia tidak begitu popular dengan orang Melayu. Sekarang, telah ditunjukkan bahawa sokongan orang Melayu sangat penting bagi mana-mana parti untuk memenangi pilihan raya.

    Dr Mahathir sedia keluar PH Plus
    "Kerana dia tidak popular, sebagai pemimpin parti berbilang kaum, dia memerlukan seseorang yang menjadi pemimpin orang Melayu untuk memenangi pilihan raya ini.

    "Dengan diri saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kita akan mendapat sokongan orang Melayu," kata Dr Mahathir dalam wawancara yang disiarkan CNBC hari ini.

    Dr Mahathir mengatakan perkara itu ketika ditanya mengapa beliau tidak akan menyerahkan jawatan pemimpin negara kepada Anwar walaupun mengatakan sebaliknya pada tahun 2019.

    Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal untuk mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

    Otai reformasi terkedu lagi, sekadar sedap kan hati Anwar jawab berlapik dengan nada sindiran sahaja. Mana jeritan suara " Saya ulangg..!!"

    ReplyDelete
  2. Bukankah Atok Kerala dan Atok Non telah gagal mendapat sokongan Melayu ? Bukankah ini bererti kedua-duanya tidak layak ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trend 5 PRK terbaru menunjukkan PAS dan UMNO mendapat sokongan majoriti kaum Melayu Islam.

      Delete
  3. melayu bodoh mcm 2 anonymous atas senang dobodohkan atad dasar kaum dan agama oleh umnopas

    ReplyDelete
    Replies
    1. RBA roket meroyan histeria kepanasan sebab parti gonna end tumbang baham tanah.

      Tepuk

      Kah kah kah kah kah

      Delete
  4. Rba makin panas.

    ReplyDelete
  5. Jangan jadi sekutu dap nak menjahajam Kan melayu islamImalaysia kembali bersatu party2 melayu umno pas bersatu amanah pkr dan lain2 demiDmelayu islamI

    ReplyDelete