Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Monday, January 14, 2019

‘Jangan main api’, Amaran Hamas Kepada Pengganas Israel.



SEMENANJUNG GAZA, 8 Jamadilawal 1440H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada rejim pengganas Israel supaya tidak terlalu angkuh menyerang wilayah Gaza, yang menyasarkan penduduk Palestin.
Jurucakapnya, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan hari ini berkata, Hamas tidak akan berdiam diri membiarkan umat Islam berterusan ditindas Zionis, dan berjanji akan mempertahankan negara daripada terus dijajah.
Beliau turut memberi amaran kepada Israel supaya tidak ‘bermain api’ dan membiarkan kekejaman menjadi agenda mereka.
“Rejim pengganas Israel patut menanggung akibat kerana menunjukkan kebodohan mereka terhadap penunjuk perasaan aman. Mereka sengaja membunuh dan bom tempat tahanan,” katanya. ‘
Beliau berkata demikian respon kepada serangan pengganas Zionis semalam, apabila jet perang Israel mengebom kawasan selatan, utara dan timur Semenanjung Gaza.
Dilaporkan, seorang wanita ditembak mati manakala lebih 25 orang yang tercedera.
Agensi berita Palestin Ma’an menegsahkan, pesawat Israel turut menembak markas tentera milik Hamas di Timur Kota Gaza. – Agensi
Jahannam Israel! Jahannam Israel! Jahannam Israel!
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

Ibnu Hasyim at Monday, January 14, 2019
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.