Friday, October 19, 2018

Dr Halimah Menulis: Apabila Hujan Renyai Di Luar Pejabat. 2 Perkara..


Rakan pengajian TG Abdul Hadi serah borang PAS
DENGAN menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hujan renyai di luar pejabat. Memang lumrah musim hujan di hujung tahun.
Tapi mudah mudahan hujan ini hujan rahmat yang menjadi saksi. Dua perkara penting yang berlaku dalam pejabat ini. Dulu dikenali sebagai pejabat Adun N45 Dun Selat Klang YB Dr Halimah Ali. Sekarang dijenamakan semula sebagai Pusat Komuniti PAS Selat Klang.
Takdir Allah, insan yang mengaku dirinya sebagai sahabat satu pengajian dengan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Universiti Madinah dulu berkunjung di pejabat hari ini dan menyatakan keinginan beliau ikut serta berjuang dalam PAS. Beliau menyatakan sudah lama beliau memendam hasrat tetapi takut dengan komitmen mengajar seluruh negara beliau tidak boleh menyumbang kepada PAS.
Alhamdulillah, baru-baru ini beliau telah berjaya berjumpa dengan sahabat sepengajiannya yakni Tok Guru Presiden PAS di Rusila, maka semakin berkobar keinginan beliau bersama mendukung perjuangan Islam ini.
Maka kunjungan beliau berjumpa saya di pejabat PUSKOM hari ini mencatatkan sejarah penting dalam hidupnya dengan mengisi borang PAS. Alhamdulillah, akhirnya dipermudahkan oleh Allah.
Saya menghadiahkan diari terakhir mantan Adun Selat Klang dan payung kerana hujan kepada insan istimewa, Al-Fadhil Ustaz Isa Salleh warga Vietnam yang telah mendapat warganegara Malaysia. Majlis spontan itu diakhiri dengan doa yang dibaca oleh bakal ahli PAS dari golongan ulama yang mudah-mudahan diberkati oleh Allah.
Terima kasih ya Allah kerana mendatangkan hamba soleh-Mu sebagai penguat perjuangan menegakkan syariat-Mu di negara ini insya-ALLAH.
Bagi sahabat seperjuangan berimanlah dengan apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad: 7.
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Dr Halimah Ali
AJK PAS Pusat
Pengarah, Pusat Komuniti PAS Selat Klang
9 Safar 1440H / 18 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 18/10/2018


14 comments:

  1. apabila hujan renyai di luar pejabat aku pun ponteng la datang parlimen..

    ReplyDelete
  2. Dah tak da modal nak leter.. tanya la yang cerdik sikit.
    Ikan makin lalut.. makin nampak bodoh.

    ReplyDelete

  3. Dah tua...

    kudrat pun terhad..

    Tak tahu bersyukur datang ke bumi orang... berdakwah dan berjuang lah di Vietnam..

    ReplyDelete
  4. Lobai hadi mengaji di madinah..geng wahabi ni... Bahaya ni

    ReplyDelete
  5. Baru pecah lobang..lobai hadi wahabi rupanye?..

    ReplyDelete
  6. Dt halimah dah kalah....rakyat sebelah pantai barat cedik...tak mudah makan putarbelit lobai wahabi..

    ReplyDelete
  7. PUSKOM dekat2 dgn Puspakom..hihihi..

    ReplyDelete
  8. Saya nak jumpa mp pas di Puspakom....hahaha..

    ReplyDelete
  9. Ostad vietnam nak tolong Pas..baik bukak pas di vietnam..

    ReplyDelete
  10. Boleh kenal ted palsu dan ted tulin.
    Ted tulin takde roh, ada nyawa. Macam kafir dap, takde roh, ada nyawa. Hidup, tapi tiada makna.
    Kafir jadi bahan bakar untuk orang islam yang buat dosa. Biar jadi muslim, jangan jadi kafir.

    ReplyDelete
  11. Brown Flesh Vibrator says: kah kah kah jadik ostad ngaku kawan TGHA the nak jadik ahli PAs sini lak, haku pun heran, tak boley ke jadik orang Pas cawangan Saigon? Dah ngaku jadik ostad kenapa tak dakwah di Vietnam & dudok disana kalu dah sah orang Vietnam? Otak setaraf Nik Abduh! aku orang Mongolia... laen laa

    ReplyDelete
  12. Puak ph anti pas sebab pas perjuangkan islam.

    ReplyDelete