Friday, July 27, 2018

M/Pendidikan Kena Tarik Telinga, Semalam Disergah DAP, Hari Ini Lulus.



Selepas dikritik oleh DAP semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.

Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA.

Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operas dan perbelanjaan pembangunan SMPC.

Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.

"Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.

"Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain," katanya.

Maszlee kemudiannya dikritik dua anggota parlimen DAP, Wong Kah Woh (Ipoh Timur) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.

Menurut Maszlee kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Katanya ia dapat dilihat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor apabila kerajaan HARAPAN menyediakan peruntukan kewanngan kepada SMPC berdasarkan kemampuannya.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee berkata, peruntukan kerajaan HARAPAN kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.

"Berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memutuskan keperluan dan bentuk peruntukan," katanya.

Kenyataan Maszlee turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut mengongsi kenyataan Maszlee yang disiarkan Oriental Daily dan Sinchew Daily di Facebooknya.

Bagaimanapun semakan mendapati tiada media berbahasa Melayu atau Inggeris memuatkan kenyataan itu semasa berita ini ditulis.

Ini yang dikritik oleh MCA kenyataan hanya dibuat dalam Bahasa Cina untuk mengelak isu ini dikalngan pengundi Melayu.

MR : Macam-macam cara PH nak kencing pengundi mereka terutama pengundi Melayu.... 

MINDARAKYAT

http://mindarakyat.blogspot.com/ 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau 'abang besar' dah marah dan tarik telinga, 'ayah ibu pun tak boleh buat apa-apa.. Haaa nasib kamulah PH..

Cuba fikir, bagaimana mengatasinya?

21 comments:

  1. GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited untuk terus berlaku adil kepada semua rakyat bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya.
    Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Kayuhan Amal 1Malaysia 2011 Untuk Pendidikan anjuran Kwong Wah Yit Poh di sini, sebentar tadi.
    Pada majlis itu, Najib yang turut mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer turut menyampaikan sumbangan RM15 juta kepada 15 sekolah menengah kebangsaan dan persendirian Cina sumbangan 1MDB dan orang awam.

    ReplyDelete
  2. Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.

    Daripada jumlah itu, 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) mendapat RM10 juta, lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mendapat RM5 juta, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta) dan Sekolah Kebangsaan St. Mary Sibu (RM1 juta).

    Sumbangan itu disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 1,500 wakil daripada Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu di sini, hari ini.

    Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi persatuan itu, Tan Sri Tiong Hiew King
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm emak ibnu. dh jelas berita tu masa zaman najib.. tp puak walaun pekak jd kayu tunggul mass tu sbb dedak.

      sekarang meraung2 marahkn ph. ini doktrin syiah dendam kesumat.

      Delete
  3. 250 profesional serah borang sertai AMANAH
    MALAYSIADATELINE
    250 profesional serah borang sertai AMANAH
    Anuar Tahir bersama 30 wakil kumpulan menyertai AMANAH hari ini

    Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menerima kemasukan seramai 250 ahli baru dari sekumpulan profesional terdiri dari majoriti kaum India dan sebahagiannya dari Melayu dan Cina.

    Antara yang turut menyerahkan borang penyertaan termasuk Yamuna Nayar dan Prasad Nayar, iaitu anak kepada pengasas Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Ganga Nayar – yang kemudian diambil alih oleh sekumpulan pimpinan AMANAH dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara pada 2015.

    Penyerahan borang keahlian mereka dibuat dalam satu pertemuan bersama 30 wakil kumpulan itu yang diketuai Dr. Prakash Varatharajoo kepada Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir di Wisma Amanah Negara hari ini.
    at 7/27/2018 02:00:00 PTG

    ReplyDelete
  4. Emak ibnu hashim adalah satu lagi contoh tentera siber dap bertujuan perlekeh pengundi melayu beragama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan.. dia tentera Amanah utk perlekeh pembangkang pas penunggang islam

      Delete
  5. PAN - aka amanah yang tak amanah--penjilat2 DAP dan cina lge/lks mahaguru mahadev kutty and man sabun dah marah jangan comment apa2 pasal parti suci dap dan amanah/dap ni berdosa ingat tu pak ibnu...adoi suka hati korang la labu...

    ReplyDelete
  6. sini lah silap nya orang Melayu.. Sepatutnya hentam DAP yang mendesak peruntukan untuk sekolah cina. MCA dengan DAP bukan satu gabungan tapi dalam hal kaum cina mereka tanpa segan silu bersama dalam isu tersebut.

    pemimpin parti Melayu sebaliknya cepat-cepat ambil peluang hentam menteri Melayu.

    Hentam lah pemimpin cina dengan membalas memang ikut sistem ke.. atau peruntukan sekolah cina tak dapat..

    Mengapa benda yang tak ada mereka mintak jugak...

    Jika mereka telah meminta dan ada sebab-sebab munasabah maka kena lah bagi.. itu pun pemimpin PAS dan UMNO sepatutnya terus berdegil mengatakan tidak perlu peruntukan kepada sekolah cina..

    ReplyDelete
  7. TERLAMPAU TERUK MEROYAN, PUAK2 ANTI iSLAM NI. Sabarlah ibnu, Kita ada Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau saja ada Allah.. dok tutup rapat rompakan sahabat kau...kau nk guna Allah cover. kau ingat Allah tu adik2 kau ke.

      Delete
  8. Anom 3.00

    ALLAH BUKAN MILIK KAMU DAN IBNU HASYIM......

    ReplyDelete
  9. Macam kat sekolah berasrama, kena sergah dek senior terus kecut dan masuk ke dalam. Berapa hari berikut baru keluar. Tiada yang melucukan tapi itulah hakikat yang perlu dipendam dalam2. Apapun, khahkhahkhah! Ooops sory, bukan sengaja tapi otomatik.

    ReplyDelete
  10. amano n melayu pakatan smam saja perangai dalam abab ni
    tundok kat cina
    tkaut pertahan hak tm
    melolong saja lebih

    ReplyDelete
  11. Teka-teki Malaysia Baru:

    Bermula dari tol Simpang Renggam bersepatu hitam.

    Ah Cow terkam terus bungkam.

    Dalam diam-diam buat pusingan sebelah malam.

    Siapa?

    ReplyDelete
  12. Selepas menyamar Ibnu Hasyim palsu,
    buat ibu ibnu hasyim palsu pulak..

    ke budak hingusan.. ha ha ha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibnu mnyamar anon blh pulak...

      jgn lah jahat tp bodoh ... nk jht pandailah sikit.

      Delete
    2. nama emak ibnu hasyim pun ibnu nk ngaku hak dia juga.

      klu atuk ibnu hasyim atau nenek ibnu hasyim ok tak.

      semua kau nk sapu. sampai islam dn Allah pun kau org walaun nk hakmilik persendiriankn.

      apa punya sesat kau org ni. dok marah dap sampai sanggup jd sesat. perjuang secara professional tknk.

      355 tu dh jadi hantu pocong tau tunggu walaun teruskn. dok maki dap hari2 kau ingat org makin sokong ke.

      kau ingat org pun tersedar...oooh yela dap mkn babi lupa pulak.

      nk jd pejuang islam biar berakal bijaksana profesional dn berani kedepan secara berhemah.

      kau ingat dgn maki dap iman kau bertambah ke. setiap maki dpt pahala ke.

      yg paling h.m.jdh kenapa jenayah najib kau diamkn malah sokong. itulah assobiyah.

      Delete
    3. why not walaun wirid je sehari 100 kali ... dap babi.. dap babi...klu lum kyusuk tambah lg lepas tahajud sampai subuh. byk pahala tu. islam pun blh kuat cara itu. dap pun hancur tiba2.

      mudahan blh mati syahid masa zikir tu.

      Delete
  13. Ada jugak duit 1mdb masuk kat skolah persendirian cina tak beku akaun ke.

    ReplyDelete
  14. Begitu kejahilan puak Islam dalam PH, menghina agama sendiri dan istilah-istilah agama. Ya lah, guru mereka Lim Kit Siang, Guan Eng, Tok Kong itu pemimpin dan tuhan mereka.

    Tapi kita ada Allah, Allahu 'akbar! Lain semua kecil! Apa lagi musuh Islam dan barua balacinya macam sampah halus.

    ReplyDelete