Wednesday, June 20, 2018

KWSP Menerusi 10 Syarikat Rugi RM6.1 Bilion.



KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelaburan yang dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi 10 syarikat tersenarai awam (PLC) mencatatkan kerugian sebanyak RM6.09 bilion setelah jatuh kepada 12 peratus dalam tempoh sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut laporan The Edge, nilai pelaburan menurun secara mendadak daripada RM51.21 bi­lion kepada RM45.12 bilion dalam tempoh sebulan.

Laporan tersebut menyebut, sektor pembinaan adalah yang paling teruk terjejas ekoran pe­ngumuman kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka mahu mengkaji semula projek-projek mega yang dimulakan di bawah pentadbiran bekas Barisan Nasional (BN).

Laporan itu memaklumkan, 10 saham utama yang mencatatkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP sepanjang tempoh itu ialah Cahya Mata Sarawak Bhd. (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB), IJM Corp Bhd., Gamuda Bhd., Telekom Malaysia Bhd. (TM), Axiata Group Bhd., Tenaga Nasional Bhd. (TNB), CIMB Group Holdings Bhd., Malayan Ban­king Bhd. (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

“Harga saham CMS telah jatuh 37 peratus menghapuskan kira-kira RM1.7 bilion daripada nilai pasaran.
“Saham MRCB dan IJM yang masing-masing jatuh 32 peratus mencatatkan kerugian RM1.4 bi­lion dan RM3.1 bilion,” kata laporan tersebut.

Menurut laporan tersebut, saham Gamuda juga merosot sebanyak 28 peratus dan me­ngurangkan modal pasarannya sebanyak RM3.7 bilion. Selain itu, laporan The Edge juga menyebut, saham KWSP dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Maybank, CIMB, TM dan Axiata juga merosot menyebabkan KWSP kehila­ngan RM3.86 bilion dalam tempoh sebulan.

“Tetapi penurunan harga saham TNB menjejaskan nilai pelaburan KWSP yang paling ba­nyak. Gergasi utiliti itu menyaksikan RM8.5 bilion dihapuskan daripada modal pasarannya,” katanya.

Laporan itu juga berkata, laman sesawang KWSP menunjukkan bahawa nilai pelaburan dalam ekuiti turun sebanyak RM5.63 bilion daripada RM344.35 bilion pada suku keempat 2017 kepada RM338.72 bilion pada suku pertama tahun ini.

13 comments:


  1. Rejim pakatan baru perintah negara selama 28 hari, pelabur asing didakwa mengeluarkan RM7 billion keluar dari negara kita dan sekarang KWSP Hilang RM6.09 Billion Dalam Masa Sebulan !

    Tahniah dan syabas kepada semua barua, penyokong dan pengundi pakatan dan rejim pakatan kerana berjaya melingkupkan ekonomi negara! Dahlah semua janji pakatan telah ke laut dan pengundi pakatan kena tipu dengan pelabagai janji palsu pakatan !

    Sekarang pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja. Oh kasihan !

    ReplyDelete
  2. Nampaknya berniaga cara menipu lagi untung dari cara yang halal.

    Mungkin di sebalik itu semua ada hikmah yang Allah sahaja mengetahui Nya.

    Kalau tak buat macam ini hutang negara terus bertambah dan yang rugi ialah rakyat.

    ReplyDelete
  3. Dari awal lagi sepatutnya KWSP tidak melabur dalam projek mega yang tidak bermanfaat dan sesuai dengan kedudukan kewangan negara.

    Tetapi pemimpin UMNO termasuk beberapa pemimpin PAS tutup mulut dan telinga apabila Rafizi mendedahkan tindakan Najib mengeluarkan duit KWSP.

    Jika tidak di perbetulkan lubang yang Najib buat ini akan bertambah besar.

    Najib bukan buat pelaburan untuk pencarum tetapi untuk orang luar. Seperti biasa orang luar akan melabur apabila melibatkan KWSP. KWSP hanya sebagai jaminan. Bila rugi KWSP yang tanggung. Cara begini hendak lah dihapuskan.

    ReplyDelete

  4. Barua-barua pakatan adalah pesakit mental yang kronik kerana mereka sentiasa menyalahkan PAS untuk menutup kelemahan, kebodohan dan kezaliman rejim pakatan. Mereka tetap akan menyalahkan PAS kerana kononnya PAS bertanggung-jawab ke atas kepupusan dinosaur, peningkatan suhu bumi, banjir besar, kemarau, letusan gunung berapi, tsunami , kebakaran hutan dll.

    Inilah akibat buruk apabila barua-barua pakatan makan dedak pakatan.

    ReplyDelete

  5. Kisah Pemandu Teksi Luah Sedih Ditipu Kerajaan PH!

    http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/kisah-pemandu-teksi-luah-sedih-ditipu.html

    ReplyDelete
  6. Kah kah kah,, baruah2 dan anjing kurap balaci dap yg terdiri drod puak2 pan,pkr dan ppbm yg mana kesemua mereka adalah pengkgianat kpd bangsa dan ugama,,dah tak senang duduk terpaksa menelan fitnah. Allah swt bayar cash,, satu persatu kegagalan tun yg terbukti zalim telah timbul,,bala tuhan menimpa2 kerana fitnah baruah2 dap ini. Siapa yg bersekongkol dgn org zalim? Pas ka, mereka kah? ...sekarang mereja jadi mcm org gila,,

    ReplyDelete
  7. Kpd barua n balaci umno bn khasnya blogger ibnu hancing, udah2lah meratap melara atas kecundangan dan kecurangan memang patot diganyang sampai lumat, pastu haboknya tabor kat kubor memali. kah kah kah kahhhhhhhhhhhhh...........

    ReplyDelete
  8. nony 7:30,

    yg bersesondol dan bersekongkol dgn org zalim (BN DUMNO) ialah PASSSSSSS SPISSSSSS SPUSSSSSS hokeyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph dah mula kalut saham jatuh duit jatuh ekonomi makin tenat islam ditindas org melayu makin terpinggir raja2 melayu digangu dan perompak masih tak didakwa rasuah makin menjadi2

      Delete
    2. Baru tak sampay 2 bln dah macam2 alasan macam2 korek sana korek sini rakyat makin tetekan terutamanya org melayu dan umat islam. Hasil tangan puak2 penabur fitnah.

      Delete
  9. Pasal apacsalah ph....yg melabur dah tak melanur...kita mana boleh nak sekat...

    ReplyDelete
  10. 6:48, yg kena tipu dgn umno bn najib kad rm800 utk pemandu teksi tu ari tak cerita ke? sampai betumbok begasak nak berebut kad, last2 dpt plastik kosong.....ha ha ha hah!

    ReplyDelete
  11. belum sampai 3 bulan memerintah ekonomi huru hara..tabung haram jadah tdk cukup utk membayar ganti rugi kpd rakyat yg pelbrn rugi..kerajaan sebegini boleh disaman krn cuai dlm mentdbir negara..tggu pru15..org yg kurang akal masih menyokong idea tdk waras pemimpin kerajaan sekrg..yg paling rugi adalah usahawan2 bumiputera Islam..cina Kaya raya day baik kerajaan mana yg memerintah

    ReplyDelete