Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Saturday, June 11, 2016

14,000 Hadir Jenazah Ali, Pejuang Kulit Hitam & Juara Heavyweight Dunia.


REUTERS - JENAZAH Muhammad Ali dibawa masuk ke arena Freedom Hall sambil disaksikan oleh ribuan pengunjung di Louisville, AS kelmarin.

LOUISVILLE – Beribu-ribu pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat menziarahi jenazah petinju le­genda, Muhammad Ali di bandar kelahirannya di Louisville, Kentucky kelmarin.
Dianggarkan seramai 14,000 orang mewakili pelbagai kaum dan ajaran agama meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ali yang mereka sifatkan sebagai juara rakyat.
Ali, juara heavyweight dunia tiga kali yang dikenali kerana aksi lincahnya di gelanggang, suara politiknya dan penglibatan dalam kerja amal kemanusiaan meninggal dunia Jumaat minggu lalu di sebuah hospital di Arizona pada usia 74 tahun.
“Pemergian Ali membuatkan kita rasa lebih sunyi di dunia ini. Seseorang yang utuh, hebat dan hidup dengan penuh tujuan telah meninggalkan dunia ini,” kata seorang ilmuwan Islam daripada Universiti Southern California, Sherman Jackson.
Jackson memuji Ali kerana memperjuangkan nasib orang kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) semasa dan selepas pergerakan hak sivil pada 1960-an. Malah, beliau juga berusaha untuk menjadikan agama Islam lebih diterima di negara kuasa besar itu.
Solat jenazah Ali yang diletakkan di dalam sebuah keranda diselubungi kain baldu tertera sepotong ayat al-Quran diketuai oleh Imam Zaid Shakir, pengasas sekolah seni liberal Islam, Zaytuna College di Berkeley, California.
Presiden AS, Barack Obama turut memuji Ali melalui dalam satu siaran langsung di laman sosial Facebooknya dari White House. Obama menunjukkan buku “GOAT: A Tribute to Muhammad Ali dan sepasang sarung tinju yang ditandatangani petinju itu dan dihadiahkan kepadanya.
“Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang tokoh dapat meraih perhatian masyarakat di seluruh dunia. Beliau salah seorang daripadanya dan Ali sentiasa menjadi yang terhebat,” katanya.
Majlis ziarah itu bertempat arena KFC Yum! Center dan turut dihadiri bekas presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan pelawak, Billy Crystal
“Ali tidak mati. Semangatnya sentiasa hidup,” kata promoter tinju, Don King di arena Freedom Hall kelmarin, kompleks di mana beliau menewaskan Willi Besnanoff pada 1961 dalam perlawanan terakhirnya di Louisville.
Tidak ketinggalan, pemimpin hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi, Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens turut hadir pada majlis tersebut. – AFP
Sila lihat..
  • Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekar...
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.
Ibnu Hasyim at Saturday, June 11, 2016 No comments:
Share

Apabila Kajian 80% Pengguna Twitter Sokong Hudud.. Lihat 10 Perkara Ini.

Oleh : Ketua Pemuda PAS Malaysia
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


APABILA satu hasil kajian mudah oleh seorang tokoh anak muda negara yang melibatkan undian lebih 20,000 pengguna twitter menunjukkan lebih 80% rakyat Malaysia menyokong pelaksanaan hukum hudud (apatah lagi jika sekadar meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355) untuk orang Islam..  

Maka kita boleh meneguhkan beberapa hakikat berikut:

1) Arus kesedaran Islam di kalangan rakyat adalah semakin bertambah baik dan kuat berbanding dulu.

2) Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Adalah nyata liatnya pihak kerajaan sebelum ini untuk menyokong pindaan ini. Tekanan tinggi oleh rakyat di samping faktor-faktor politik dan selainnya akhirnya memaksa kerajaan untuk bersetuju meminda akta ini melalui rang undang-undang persendirian Presiden PAS.

3) Arus kesedaran Islam adalah paling ketara di kalangan penjawat awam dan para ilmuan muslim. Merekalah sebenarnya yang berjaya meyakinkan orang-orang politik tentang tuntutan dan keperluan sistem Islam diperkasakan di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat.

4) Fenomena ini menguatkan hakikat bahawa perubahan atau islah sesebuah kerajaan, sebagaimana ia bermula dari atas oleh pemerintah sendiri, ia juga boleh bermula dari bawah oleh rakyat yang menjadi faktor pendesak yang kuat.

5) Kebanyakan tuntutan perjuangan PAS yang diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan selama ini banyak dibantu dan disokong oleh arus rakyat daripada pelbagai peringkat. Ini menunjukkan PAS lebih berperanan dan lebih cepat membina pemikiran rakyat berbanding membina pemerintah.

6) Suatu hari tuntutan ke arah sebuah kerajaan yang adil, bersih, cekap dan berintegriti akan pasti tercapai. Sukar untuk melihat cepatnya kerajaan berubah. Tetapi kerajaan pasti berubah dengan berubahnya minda dan pemikiran rakyat yang sedang bergerak begitu positif.

7) Gerakan Islam (PAS) usah gusar dengan tuduhan musuh bahawa mereka hanya tahu berbicara mengenai hukum dan syariah Islam tetapi membelakangkan bicara mengenai penyelewengan dan salah laku pihak kerajaan (BN) dalam pelbagai skandal ekonomi dan kewangan. Hakikatnya PAS-lah pemilik penentangan terhadap kerajaan yang korup sejak dulu lagi. Ia sejarah yang ditulis tinta emas. Ia tidak akan berubah dengan izin Allah.

8) Hanya sanya yang menakutkan musuh adalah kecenderungan rakyat untuk kembali kepada Islam yang syumul dalam pemerintahan negara.

9) Matlamat mereka adalah menukar kerajaan BN. Matlamat PAS ialah menukar atau membina sebuah kerajaan dengan nilai-nilai Islam yang sejagat dan syumul.

10) Menjadi kewajiban setiap individu muslim untuk terus memugar kesedaran dan kebangkitan Islam dalam negara. Ia perjuangan yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Jangan terleka daripada sejarah gemilang Islam di tanah air tercinta dengan tipu daya dan makar pihak yang memusuhi Islam. (IH)



Sila lihat..
  • Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekar...

Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.
Ibnu Hasyim at Saturday, June 11, 2016 21 comments:
Share

Awas, Baja Ammonium Nitrat Ini Boleh Buat Bom..


REUTERS - Sebuah bas polis yang menjadi sasaran serangan kereta bom di Turki awal bulan ini.

PENGGUNA
ISTANBUL – Turki mengharamkan penjualan baja mengandungi ammonium nitrat yang boleh digunakan untuk membuat bahan letupan susulan beberapa serangan bom kereta awal tahun ini, kata Menteri Pertanian, Faruk Celik semalam.
Tindakan itu diambil selepas 11 orang termasuk enam anggota polis maut dalam letupan bom kereta yang disasarkan ke atas sebuah bas polis di Istanbul pada Selasa lalu. Akhbar tempatan melaporkan bahan letupan itu dibuat menggunakan baja.
“Turki telah mengharamkan penjualan baja yang boleh digunakan sebagai bahan letupan,” kata Faruk kepada stesen penyiaran TRT Haber.
Menurutnya, sebanyak 64,000 tan baja jenis itu telah dirampas setakat ini. Saham pengeluar baja ammonium nitrat juga dilaporkan menyusut lebih tiga peratus di bursa saham Istanbul susulan pengumuman itu.
Katanya, sebelum pengharaman itu, baja dengan kandungan ammonium nitrat boleh dibeli di 9,700 lokasi di seluruh Turki.
Akhbar The Haberturk melaporkan, kerajaan juga merancang mengambil tindakan tambahan dengan mengetatkan kawalan pergerakan baja itu termasuk memasang cip pada pek pembungkusan dan meningkatkan audit terhadap syarikat pengimport.
Pengeluar baja tempatan, Bandirma Gubre Fabrikalari (BAGFAS) dalam satu kenyataan akhbar memberitahu bahawa pihaknya telah menghentikan pengeluaran baja dengan kandungan nitrat.
Turki yang merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara telah menjadi sasaran ancaman pengganas termasuk dua serangan pengeboman berani mati yang diakui dilakukan oleh kumpulan militan Islamic State dan satu serangan militan Kurdis. – Reuters
Sila lihat..
  • Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekar...
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.
Ibnu Hasyim at Saturday, June 11, 2016 1 comment:
Share

Awas Ayam Import China, Guna Sijil Halal Palsu.


Sebahagian ayam proses dari China yang mengguna logo halal palsu dirampas di Pelabuhan Senari Selasa lalu.

PENGGUNA
KUCHING – Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam proses di pasar-pasar ekoran rampasan bekalan ayam import 1 tan dari China menggunakan sijil halal palsu.
Satu sumber memberitahu, ketika ini Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat makanan sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu untuk menjual ayam yang diimport dari China.
Kata sumber itu, penipuan tersebut terbongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa JKDM, JAIS dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada pukul 8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan sebagai sayur brokoli dari China. (IH)

Sila lihat..
  • Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekar...
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.
Ibnu Hasyim at Saturday, June 11, 2016 No comments:
Share

Menyambut Puasa Dengan Bertelanjang Di Bazar Ramadhan. Salah Siapa?




BERPAKAIAN tetapi telanjang! Gambar wanita berpakaian seksi atau berpakaian 1/2 telanjang ke bazar Ramadan tiba-tiba mendapat perhatian masyarakat apabila ramai yang berkongsikan gambar seperti itu di laman sosial. 

Begitu kira-kira lapor Blog MYNEWSHUB.CC

"Di bawah, antara contoh pakaian kaum wanita yang mencolok mata, tidak sesuai dikenakan pada bulan yang mulia ini apatah lagi untuk mengunjungi bazar Ramadan.

"Jadi minta tolong para suami, abang kakak, kawa-kawan tegur kalau isteri atau orang terdekat anda masih mahu berpakaian begini di bulan puasa, apatah lagi pergi ke tempat tumpuan ramai ya..
"Penyebaran gambar contoh seperti di atas tentu sekali membuatkan golongan hawa tersinggung tetapi ini adalah sesuatu yang wajar ditegur.
"Satu persoalan yang boleh dikatakan sukar untuk di jawab, kalau ditegur berlebihan kita dipersalahkan, tapi kalau tidak ditegur kita yang memandang ini pahala puasanya berkurangan. Renung-renungkan dan selamat beramal! " Demikan sebut blog itu lagi.

Sila lihat..
  • Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekar...
Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.

Ibnu Hasyim at Saturday, June 11, 2016 15 comments:
Share

Friday, June 10, 2016

Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekarang. -Ibnu Hasyim



KL: PELUANG 'buat duit' bagi pekerja-pekerja pemetik buah dan ladang sayur di Australia kini terbuka lagi, walaupun umat Islam sedang menyambut puasa di bulan Ramadhan. 

Tinjauan Weblog Ibnu Hasyim.

"Walaupun di kawasan Melboune kini kurang pekerjaan kerana sudah masuk musim sejuk, tidak banyak musim petik buah, namun pihak kami sebagai perunding kerja-kerja ladang di negara kanggaru itu tetap mengusahakan supaya pekerja kita boleh buat duit." Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

"Ramai menelefon kita minta khidmat nasihat untuk dapatkan kerja yang boleh buat duit bagi membantu keluarga-keluarga di kampung sambut Hari Raya, maka kami terpaksa usahakan juga. 

"Bahkan ada pula yang terpaksa pulang ke Malaysia, kerana kerja sudah tidak lumayan lagi. Yang ada cuma kerja-kerja bersihkan pokok, buang buah-buah lama dan lain-lain." Tegasnya.

Tetapi menurut Hj Mohd Hasyim lagi..

"Sekarang kami dah temui kawasan-kawasan tersebut, dengan kontrektor-kontrektor yang boleh diharapkan. Pelanggan-pelanggan kami sudah mulai pergi ke situ. Ada yang dari Melboune dan ada yang dari Malaysia. 

"Jika ada yang berminat kerja di sana atau membantu rakan-rakan yang terkandas di sana sila hubungi kami segera." Jelasnya.


tips-travel-bajet-australia-22


Dapatkan maklumat lanjut  sila hubungi..


Ibnu Hasyim 9Jun 2016.
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel +6014 222 5865 (KL)

Wasap (Muaz) +6018 201 8842


Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)
Ibnu Hasyim at Friday, June 10, 2016 27 comments:
Share

Akta 355: Begini Cara Fikir Pemimpin Melayu DAP. Apa Hukum Kalau Dia Islam? PAN Pun Begitu?



Pemimpin Melayu DAP Kritik Hukum Hudud
KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan di Malaysia akan mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.
Malah, beliau melahirkan kebimbangan jika kes curi, rompakan dan liwat akan terkeluar daripada undan-undang Persekutuan dan diletak di bawah undang-undang syariah.
Justeru, kata beliau, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak.
“Abdul Hadi menegaskan bahawa rang undang-undang itu hanya bertujuan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah dan bukan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Adalah salah untuk mengatakan bahawa rang undang-undang ini tidak berkaitan dengan hudud.
“Melalui rang undang-undang ini, jenayah yang jatuh di bawah undang-undang persekutuan seperti pencurian, rompakan dan liwat telah dikecualikan. Pemansuhan had dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) membolehkan kebanyakan daripada hukuman yang ditetapkan di bawah hukum hudud khususnya 100 sebatan untuk zina, 80 sebatan untuk qazaf (fitnah zina), 40-80 sebatan kerana mabuk dan hukuman penjara bagi mereka yang sesat dan murtad,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, kata Zairil, cadangan untuk mengangkat martabat mahkamah syariah seperti yang dibentangkan di Parlimen itu akan mengundang bahana kepada negara.
Menurutnya, ia bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam.
“Apakah jaminan bahawa sistem ini akan mengadili mereka dengan adil?” katanya.

Lapor Blog Mynewshub.cc

Begini cara fikir pemimpin Melayu DAP. Apa hukum kalau dia Islam? PAN pun berfiir begitu jugakah?


Ibnu Hasyim at Friday, June 10, 2016 20 comments:
Share

20 NGO Islam Gabung Tubuh JKK Akta 355 Tinggikan M/Syariah.



PUTRAJAYA, Rabu – Lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersepakat membentuk sekretariat khas Akta 355 bagi menyokong dan memastikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu, diluluskan.


Serentak itu, persetujuan bersama juga telah diputuskan menerusi perbincangan meja bulat, melantik Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai ketua sekretariat tersebut.

Malah anggota sekertariat yang diwakili oleh barisan NGO juga bersetuju bahawa pembentukan jawatankuasa khas itu berfungsi sebagai penyelaras dalam konteks mempertahankan Akta 355.

Perbincangan juga bersepakat bahawa pindaan Akta 355 tidak menyentuh orang bukan Islam di Malaysia mahupun mempunyai kaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

“Jadi, orang bukan Islam tidak perlu gusar atau bimbang dengan apa yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Itu tidak melibatkan mereka, ia hanya melibatkan orang Islam.
“Mereka tiada hak untuk mencampuri urusan orang Islam dan agama Islam,” kata Aminuddin kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang lanjut pada mesyuarat sekretariat yang dijadualkan minggu hadapan bagi merangka semula usaha dalam memastikan tujuan penubuhan jawatankuasa Akta 355 itu dilaksanakan.

Antara NGO yang hadir ialah MUAFAKAT, Pro Muslim, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). (IH)
Ibnu Hasyim at Friday, June 10, 2016 3 comments:
Share

Mengapa Papan Tanda Ini Diturunkan? Ini Kerja PANkah?

Post Pic
SHAH ALAM: PAS membidas mereka yang mendirikan papan iklan yang mendakwa parti itu bergabung dengan Umno malah bersekongkol dalam skandal 1MDB.

Papan iklan yang ditemui di Kuala Kangsar memaparkan imej muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti komponen BN antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Papan iklan itu juga tertera tertulis "BN, Pas sehati sejiwa..."

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan perbuatan itu sebagai fitnah kotor ketika kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang memasuki hari keempat hari ini.

"PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi. 
“PAS menyertai PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk bertentangan melawan Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Malaysia hari ini," kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bacul dan umpama 'baling batu sembunyi tangan', Idris mencabar pihak terbabit untuk membuat tuduhan secara terbuka bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. 

Beliau juga meminta PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Papan iklan itu bagaimanpun kini sudah diturunkan. (antarapos)
Ibnu Hasyim at Friday, June 10, 2016 6 comments:
Share

Domontrasi Buat Kueh 1/2 Bogel Di Shanghai, Berkawan Dengan DAP Boleh Jadi Begini?

pix5

BAGI meraikan sambutan Festival Dragon Boat, sebuah universiti di Shanghai, China menganjurkan demonstrasi membuat kuih tradisonal masyarakat tempatan iaitu kuih Zongzi dengan cara yang cukup pelik.

Caranya, para mahasiswa yang terdiri daripada pasangan kekasih diminta berpakaian separuh bogel dan dilitupi dengan daun sebelum berpelukan satu sama lain.
Mereka kemudiannya digulung kononnya menyerupai kuih.
pix
pix1
pix2
pix3
pix4
Acara yang diperkenalkan sebagai demonstrasi ‘membuat’ kuih Zongzi itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar.
Walau bagaimanapun tidak semua setuju dengan aktiviti yang diadakan ini.
Antara respon netizen termasuklah, “Pasti semua pasangan ini tak akan kekal lama” dan “acara bodoh apa yang mereka lakukan, semua dah mabuk ke?”
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Negara China adalah bukan negara Islam, tiada undang-undang melarang rakyatnya melakukan perkara seperti di atas. Di Malaysia pun begitu, kalau bukan negara berteraskan Islam, juga akan boleh jadi begitu. Tak kiralah samada UMNO sekular atau BN sekular. Apa lagi kalau berkawan dan bertuankan DAP?  (IH)
Ibnu Hasyim at Friday, June 10, 2016 82 comments:
Share

Thursday, June 09, 2016

Ustaz Mad Kempen PAS Menyanyi Lagu Mandarin, Penghibur Pengundi Cina




SUNGAI BESAR: Ketika pemimpin PAS lain berceramah berapi-api semasa kempen pilihan raya, pemimpin PAS yang seorang ini mengambil pendekatan lebih santai.
Mohamad Ibrahim, 40, memikat kumpulan pengundi, khususnya pengundi kaum Cina dengan bakat dan kemahirannya menyanyikan lagu-lagu bahasa Mandarin dengan fasih.
Disebabkan sering mendendangkan lagu-lagu Tionghua di majlis-majlis anjuran PAS atau kempen-kempen pilihan raya di seluruh negara, tidak hairanlah beliau dipanggil ‘Ustaz Mad China’ oleh peminat-peminatnya.
“Penerimaan masyarakat Cina memang sangat bagus, mereka nampak terhibur setiap kali saya buat persembahan di pentas.
“Kadang-kadang mereka ikut sama menyanyi, ada juga masanya mereka melambai-lambai tangan sambil menyanyi dengan saya,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis berbuka puasa bersama komuniti Cina di sini, baru-baru ini.
Majlis itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman.
Ustaz Mad China yang juga Exco Dewan Pemuda PAS ini berkata, beliau senang menggunakan pendekatan ceramah sambil menyanyi dalam usaha meraih pengundi bukan Islam, khususnya pengundi Cina.
Katanya, dakwah tidak terhad kepada ceramah semata-mata tetapi ia boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan.
Antara lagu yang sering dinyanyikannya adalah lagu ‘evergreen’ yang diminati ramai masyarakat Cina berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang bermaksud ‘bulan mewakili hatiku’.
“Lagu ini berkisar tentang bulan, kebetulan selepas belajar saya terlibat dengan PAS dan PAS pun menggunakan lambang bulan,” katanya yang juga boleh bertutur dan faham bahasa Mandarin.
Mohamad berkata, beliau mempelajari lagu ini ketika belajar di sebuah universiti di Guangzhou pada 2006.
“Pensyarah saya kata kalau mahu mahir bahasa Cina saya boleh mempelajarinya melalui lagu dan nyanyian. Tak susah untuk melakukannya jika kita ada minat,” katanya.
Mempunyai enam anak, Ustaz Mad China berkata, seorang anaknya telah dihantar ke sekolah jenis kebangsaan Cina bagi menyambung kemahirannya, manakala lima lagi anaknya dihantar ke sekolah tahfiz. (mStar)
Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 14 comments:
Share

Wanita Muslim Dihina. Perkauman Di AS Terus Menjadi-jadi.

1354995_1280x720

PERKAUMAN di Amerika Syarikat (AS) terus menjadi-jadi. Memang kerap kita dengar tentang layanan buruk yang diterima oleh masyarakat Islam yang tinggal di negara-negara Barat disebabkan masalah ‘Islamophobia’.

Terbaharu, dua wanita muslim Nura Takkish dan Malaak Ammari telah dihina seorang lelaki rasis ketika sedang menikmati aiskrim di sebuah kedai, Ice Cream & Dessert di Orange County di Amerika Syarikat.
Dalam kejadian 24 Mei lalu, seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kedai tersebut sebelum menghina mereka dengan berkata, “I don’t want them in my country”( Aku tidak mahu mereka tinggal di negaraku).
Bagaimanapun, seorang pekerja aiskrim pantas mempertahankan wanita muslim tersebut dengan mengarahkan lelaki rasis tersebut keluar dari kedai tersebut.
wanita-muslim-dihina-2
1354995_1280x720
Video insiden itu dirakam oleh Nura sebelum dimuat naik ke media sosial, seterusnya menjadi viral.
Rata-rata mengecam perbuatan lelaki tersebut, selain memuji sikap pekerja kedai yang sanggup mempertahankan wanita muslim tersebut.
Menerusi video, lelaki tersebut dilihat menuding jari ke arah kedua wanita muslim itu sebelum diiringi keluar pekerja kedai tersebut kerana tindakannya yang rasis.
Pekerja berkenaan turut memohon maaf kepada kedua wanita susulan kejadian yang tidak diingini itu. 
Pada masa sama, Nura dan Malaak mengucapkan terima kasih kerana pekerja tersebut kerana sanggup mempertahankan mereka.  (IH)
Lihat.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..


Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 No comments:
Share

Ceramah PAN Diserang, Ganggu Umat Islam Bertarawih. Benarkah? Lihat Ini.

Ceramah PAN Diserang Ganggu Umat Islam Bertarawih

KUALA KANGSAR – Inilah padahnya setelah enggan menerima teguran secara sopan termasuk daripada petugas media yang beragama Islam sendiri berhubung waktu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) kurang sesuai.

Malangnya nasihat itu bukan sahaja dijawab seumpama acuh tidak acuh, malah urusetia PAN meminta wartawan Muslim pula agar menyesuaikan diri dengan jadual program diaturkan mereka waima memang tidak masuk akal.
Bayangkanlah waktu ceramah PAN termasuk ada yang disusun sendiri oleh pihak DAP sengaja dibuat ketika umat Islam baharu sahaja menikmati juadah berbuka puasa dan kemudian sibuk menunaikan solat fardu Maghrib.
Isu ini turut dimaklumkan kepada pihak urusetia PAN oleh pengamal media tempatan sendiri menerusi perbualan dalam kumpulan WhatsApp disediakan parti tersebut iaitu Media AMANAH P.067 tetapi lihatlah layanannya.
Ramai kesal dengan perangai PAN yang bukan sahaja tidak matang, bahkan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila sanggup membuat ceramah pada waktu tersebut sempena demam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar.
Screenshot_2016-06-09-00-31-15
Screenshot_2016-06-09-00-29-34
Akhirnya apa dibimbangi terbukti meletus apabila ceramah PAN bertempat di Taman Sri Emas di sini lewat Rabu bertukar kecoh setelah diserang dua pemuda Melayu yang berang ia diadakan ketika solat sunat Tarawih.
Insiden terjadi tanpa diduga ketika seorang penceramah DAP berada di pentas dan lelaki tersebut memberi amaran keras supaya menghentikan ceramah jika tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Apa yang sedihnya, waima diberi teguran, pihak PAN difahamkan masih enggan berganjak tetap meneruskan ceramah itu namun dengan memperlahankan paras bunyi pada alat pembesar suara di kawasan pentas.
Video pemuda tempatan ini yang memberi amaran terhadap tindakan biadap PAN itu menjadi viral menerusi media sosial dan ramai netizen menempelak cara berkempen parti tersebut sebagai agak kurang ajar.
Mungkin tindakan lelaki tersebut dianggap tidak sopan, namun siapa boleh bersabar jika maruah agamanya diganggu hanya kerana kepentingan politik apatah lagi dalam bulan suci Ramadan.  

Lapor Mynewshub.cc

Sementara menurut Sinar Harian pula.. 

‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu

Ceramah Pakatan Harapan diganggu

KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini.


Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini. Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.


Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam. Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.


Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam. Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.


Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.


"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya. (SH)

Lihatlah antara dua sudut pandangan.
#PRKKUALAKANGSAR
Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 12 comments:
Share

Wanita Didakwa Miliki Barang Berkait Pengganas. Apanya?

Foto Berita Harian

LUMUT – Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memiliki buku dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rafidah Juma’at, 26, yang kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.
Rafidah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung, pada 24 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 28 Julai depan bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 No comments:
Share

Ambil Tindakan Segera, Sayuran Meningkat 350% Sambut Ramadhan. -CAP

Hasil carian imej untuk SM Mohamed Idris,
PENGGUNA
BANGI, Khamis – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan segera bagi mengawal harga sayur-sayuran yang dilaporkan meningkat berkali ganda ketika Ramadan.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) juga perlu menurunkan segera harga sayuran yang kini dilaporkan meningkat sehingga 350 peratus.
“CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.
“CAP juga berulang kali menggesa Fama agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyenaraikan harga sayuran yang meningkat sempena Ramadan ini.
Harga untuk daun sup yang asalnya RM4 kini naik kepada RM18, daun bawang daripada RM6 kepada RM12, manakala serai daripada RM3.50 naik kepada RM8. (IH)
Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 5 comments:
Share

Jinq En Cipta Sejarah Menangi P/Emas. Beginikah Pakaian Atlet Sukan N/Islam M'sia?

SUKAN

MONACO – Perenang negara, Phee Jinq En melakar sejarah buat Malaysia selepas memenangi pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Jelajah Mare Nostrum, semalam.

Perenang berusia 18 tahun itu berdepan finalis Kejohanan Dunia, Marina Garcia Urzainqui dari Sepanyol, mencatatkan masa 31.66s dengan memecah rekodnya sendiri yang dicipta pada Kejohanan Piala Dunia di Dubai,November lepas.
Marina melakukan catatan masa 32.51s untuk menduduki tempat kedua.
Jinq En merupakan perenang Malaysia pertama meraih pingat emas dalam saingan kejohanan di Eropah dan meraih pingat perak dalam acara 100m kuak dada dalam kejohanan yang sama pada Ahad lalu.
“Saya tidak menjangka dengan catatan masa saya, ini merupakan perlumbaan kelima saya dalam tempoh dua hari, dan saya telah berenang dalam acara 100m dan 200m kuak dada di sebelah pagi.
Perenang kelahiran Sarawak itu menatatkan 1:49.29s untuk menduduki tangga ketiga manakala pemenang pingat emas acara 200m Devon Brown hanya sekadar menamatkan saingan di tempat keempat (1:49.67s).
Juara Olimpik and Komanwel Chad Le Clos dari Afrika Selatan meraih pingat perak dengan catatan 1:49.28s.Pemegang rekod acara 200m, Paul Biedermann dari Jerman membawa pulang pingat emas dengan masa 1:46.71s.
Skuad renang negara akan menjalani dua lagi kejohanan di Canet-en-Roussillon, Perancis (8-9 Jun) dan di Barcelona, Sepanyol (11-12 Jun).
Beginikah pakaian ahli sukan negara umat Islam Malaysia, yang di dalam perlembagaannya Pasal 3 tertera Islam Agama Bagi Persekutuan? 1/2 Abad lebih kita merdeka dari penjajah masih tak boleh selesai masalah ini? Dalam hal-hal agama nampaknya 'Malaysia Tak Boleh'! Tak boleh harap, bukan tak boleh buat.

Kerana itu, ajar mereka, undilah PAS di PRK di Sg Besar dan Kuala Kangsar.
(IH)


Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadzan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-58: Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 2014

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3.

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014
Ibnu Hasyim at Thursday, June 09, 2016 14 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.