Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Saturday, March 12, 2016

Persamaan Taktik Digunakan PKM Dan DAP.. Raja Petra.

lim-chin pengAwasi Strategi Komunisme Tanpa Senjata
AIDCNews – 12/3/16 –Walaupun Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletak senjata pada akhir tahun 1980-an, namun pengaruh fahaman komunis atau komunisme masih bertahan sampai ke hari ini.
Fahaman ini-Komunisme-dikenali sebagai komunis tanpa senjata yang fahamannya telah menyerap masuk dalam parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tertentu.
Lim Sian See mendedahkan satu strategi propaganda utama PKM untuk menawan hati dan minda masyarakat Cina adalah melabel pengkhianat kepada kaum itu yang tidak menyokong perjuangan PKM.
“Semasa zaman darurat komunis, salah satu daripada strategi propaganda PKM adalah melabelkan semua orang-orang Cina di Tanah Melayu sebagai “pengkhianat bangsa” atau “Chow Kow / Running Dog”.
“Ini adalah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan mereka yang tidak menyokong Chin Peng dan Parti Komunis pimpinannya.
“Adakah taktik propaganda ini biasa digunakan oleh pihak politik tertentu dan cybertrooper mereka hari ini ?” soalnya.
pkm
Lim Sian See berkata demikian ketika memetik satu keratan (di atas) daripada buku pengkisahan tentang gerakan PKM di Tanah Melayu.



chinpeng1
Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) bersama Abdullah CD @Cik Dat bin Anjang Abdullah (Pengerusi PKM)

Dua hari lepas, Raja Petra Kamaruddin yang lebih dikenali RPK, editor Malaysia-Today ketika diwawancara oleh New Straits Times mendedahkan terdapat persamaan di antara taktik yang digunakan PKM dan DAP dalam menawan minda pengundi masyarakat Cina.
“Kami menyokong kerajaan kerana kita ingin memastikan bahawa pembangkang Cina pimpinan DAP tidak akan merebut kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan DAP yang didominasi Cina dengan Melayu dari PAN dan PKR sebagai proksi dan boneka mereka.
“Kumpulan Melayu ini selalunya masyarakat Cina gelarkan sebagai ‘running dogs’. Pergi tanya mana-mana orang daripada kaum Cina apakah maksud sebenar ‘running dogs‘ dan mereka akan memberikan pencerahan kepada anda,” katanya.
RPK mendedahkan, Chin Peng telah memberitahu komuniti kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong PKM atau mereka akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Cina.
Begitu juga, DAP telah menggunakan taktik sama dengan memberitahu kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong Pakatan Harapan jika tidak, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa Cina.
“Jadi mengapa saya tidak boleh memberitahu bahawa orang Melayu mesti menyokong UMNO jika tidak anda seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu?,” soalnya.
Taktik DAP menggunakan propaganda ‘pengkhianat’ kepada sesiapa yang tidak menyokong parti itu telah didedahkan oleh Jason Chin tahun lalu.
“Nama saya Jason Chin dan saya adalah dari keturunan Cina. Namun, saya secara terbuka mengaku bahawa saya tidak akan menyokong serta membuang undi untuk DAP.
“Biar saya juga memberi jaminan kepada anda bahawa saya bukan satu-satunya orang Cina yang tidak akan menyokong DAP. Terdapat banyak orang lain seperti saya di luar sana yang tidak menyuarakan pendapat mereka, kerana mereka takut mereka akan diejek dan dilabel sebagai ‘Anti-Cina,” katanya dalam artikel bertajuk “Why i wil never support DAP”
“Dari 1952-1969 parti pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang telah diresapi oleh komunis. Dalam pilihanraya umum 1969 Parti Buruh memulaukan pilihan raya dan telah meninggalkan pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP / PAS.
“Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh telah memberikan sokongan kepada DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA mereka,”katanya lagi.
Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 22 comments:
Share

Kisah Kayuh Basikal Jual Nasi Lemak Di Australia. Jom Ambil Pengajaran..


JOM KREATIF
Kayuh Basikal Jual Nasi Lemak Di Australia Demi Meneruskan Kehidupan

Setiap insan ada onak duri yang harus di tempuh demi meneruskan kelangsungan hidup. Yang penting, jangan pernah berputus asa. Bak kata pepatah, susah dahulu, senang kemudian. 

Untuk terus  mendapatkan kehidupan yang senang itu susah, melainkan anda sudah ditakdirkan berada dala


m keluarga yang kaya dimana tidak perlu bersusah payah mencari wang, maka hargailah dan gunakanlah sebaik-baik mungkin rezeki yang diberi. Tidak semua orang bernasib baik seperti itu. Malah, mereka harus bersusah payah , perlu melakukan pengorbanan demi mencari sesuap nasi.

Satu kisah inspirasi yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Izzat Roslan dimana saudara ini merupakan seorang perantau yang sedang menetap di Australia. Tidak bersendirian, pemuda ini juga sudah mempunyai seorang isteri yang sedang menuntut PhD jurusan perakaunan di salah sebuah Universiti di Australia. 

Namun, kehidupan di negara orang tidak mudah seperti yang kita fikirkan. Sebagai insan yang bergelar suami, semestinya diri ingin mencari yang terbaik buat si isteri. Jadi, perlulah berusaha dengan lebih gigih sikit. 

Apa yang dilakukan oleh pemuda ini, beliau mencari sumber pendapatan dengan cara menjual nasi lemak dan menghantar pesanan pelanggan dari rumah ke rumah dengan mengayuh basikal. Kenapa basikal? Bukan untuk memudahkan urusan, tetapi saudara ini tidak mampu untuk memiliki kereta.




Orang tanya saya, apa kerja saya? (Mentang2 duk ostrolia kan) Saya cakap, inilah kerja saya... Saya hantar nasi lemak dari rumah ke rumah, ada yang dekat dan ada yang jauh macam dalam gambar ni. Dan cara saya hantar nasi lemak ni semua hanyalah dengan basikal sebab tak mampu pun nak beli kereta. 

Alhamdulillah, ada seorang isteri yang sangat faham dan tinggi pergantungannya kepada Allah, seorang isteri yang solehah sentiasa beri semangat dan bangga dengan kerja saya walaupun rezeki ni on & off. Ada order, ada lah.. 

Sebelum ni memang ada kerja proper tapi disebabkan kemalangan yang menimpa, saya terpaksa berhenti dan sampai sekarang belum fully recover.

Do I regret life?
Do I regret getting married?

Well, absolutely not.

Inilah part and parcel of getting married pada umur yang awal. Your responsibility will increase. Dlu duduk satu rmh 4-5 orang, byr sewa kongsi 4-5 orang. Sekarang ni berdua je. But Alhamdulillah, we started off with the right intention for the sake of Allah, and yes, He did helped us along the way. Rezeki datang pada masanya. 

I'm a very happy person, who have a very simple life alongside my solehah wife.

But to be honest, as a human being, we do wish for the best of this dunya.

Then, zaujati pesan, "takpe, nanti kat syurga nanti kita boleh enjoy macam-macam benda. Kat sana tak payah dah penat-penat hantar nasi lemak..."

Well, it's a temporary life after all :)

#lifeasahousehusband 
#roadtobaitulmuslim

Saudara Izzat Roslan ada memuat naik gambar menceritakan kisah kehidupan beliau di laman Instagram. Kisah yang sangat memberi inspirasi kepada orang ramai ini mula viral di media sosial. 

Berdasarkan apa yang dicerita, sebelum bermulanya perniagaan nasi lemak ini, beliau pernah mempunyai pekerjaan yang bagus, namun disebabkan kejadian malang menimpanya, Izzat Roslan terpaksa berhenti untuk pulih sepenuhnya. Nak tahu kisah seterusnya? Mari kita sama-sama baca dan manfaatkan nilai-nilai moral menerusi kisah saudara ini.


Diangkat dari http://bloglist-malaysia.blogspot.my.
Sumber - facebook

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.


E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 No comments:
Share

AS Perkauman: Tidak Suka 2 Muslimah Pakai Jubah Diusir Dari Pesawat.



337

LOS ANGELES – Dua wanita Muslimah terpaksa diiringi keluar daripada sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue di sini setelah seorang pramugari “tidak suka dengan cara mereka merenung matanya.”
Menurut laporan portal Russia Today (RT), video insiden aneh itu turut disiarkan dan dimuat naik ke YouTube oleh Mark Frauenfelder pada Isnin lalu, yang menunjukkan suspek dibawa keluar oleh seorang pegawai polis.
Frauenfelder yang juga seorang wartawan dan bekas editor Wired, menulis keterangan mengenai video itu, bahawa “rakannya, Sharon Kessler sedang menaiki pesawat JetBlue penerbangan 487 dari Boston ke Los Angeles”.
Kessler dilaporkan terdengar “salah seorang pramugari memberitahu rakan kerjanya, bahawa dia tidak suka dengan cara dua wanita beragama Islam yang memakai jubah warna hitam itu merenung tajam mata dirinya.”
jetblue
RT melaporkan, Frauenfelder berkata rakannya itu menulis menerusi laman Facebook bahawa pramugari tersebut “tidak kelihatan takut atau gementar – hanya sombong”, dan menyifatkan reaksi beliau itu sebagai “keterlaluan.”
Portal berita itu melaporkan, sebaik sahaja pesawat syarikat kos rendah itu mendarat di Los Angeles, penumpang diminta kekal di tempat duduk mereka sementara polis mengiringi kedua-dua wanita itu keluar dari kapal terbang.
JetBlue namun menafikan dua wanita itu diusir keluar atas sebab tersebut sebaliknya menyatakan, mereka dilihat membuat rakaman video tentang prosedur keselamatan dalam pesawat, yang boleh menjadi isu keselamatan.
Jurucakap operator udara tersebut menambah dalam kenyataannya: “Jika seorang anak kapal percaya seorang pelanggan mungkin merakamkan prosedur keselamatan, dia boleh melaporkannya untuk proses siasatan lanjut.
LAX (1)
“Dalam kejadian ini, anak kapal kami bertindak menurut prosedur operasi standard keselamatan lazim. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama setiap pelanggan kami, dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan.”
Jetblue merupakan syarikat penerbangan kelima terbesar di Amerika Syarikat itu ditubuhkan pada 2000 berpusat di New York dengan memiliki 216 buah pesawat serta menawarkan 97 destinasi domestik dan antarabangsa.
Kedua-dua wanita tersebut dilaporkan disoal siasat oleh polis, namun kemudian dibebaskan tidak lama selepas itu selepas pegawai penyiasat amat berpuas hati dengan keterangan mereka berdua. 

Lagi bukti AS negara antara negara paling perkauman di dunia. (IH)

Lihat.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..


Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 2 comments:
Share

Bedak Talkum Punca Sakit Barah? Ini Penjelasan KKM


PENGGUNA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 10 Mac 2016 tentang isu bedak talkum dikaitkan dengan kejadian barah.


Bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai hydrated magnesium silicate yang wujud secara semulajadi.
Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal. Talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser).
Talkum digunakan di dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi.
Talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik. Ia digunakan secara meluas di dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuklah di negara-negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia. Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.
Bahan 1,4-dioxane yang dinyatakan dalam salah satu artikel berkaitan sudah sedia ada merupakan bahan larangan dalam produk kosmetik.
Manakala, formaldehyde dibenarkan sehingga kepekatan 0.2% sebagai bahan pengawet di dalam bedak talkum. Di samping itu, terdapat juga satu prospective cohort study daripada Women’s Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan di antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.
Bedak talkum bernotifikasi yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson adalah seperti dalam Lampiran 1.
Hasil semakan pada pangkalan data kosmetik bernotifikasi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati formulasi bedak talkum tersebut mematuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia.
Klik di sini untuk Lampiran 1
http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/LAMPIRAN18783.pdf
Penilaian secara berterusan akan dilakukan oleh KKM terhadap aspek keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan sesuatu produk kosmetik yang dipasarkan.
Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan pihak KKM akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan.
KKM juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaru.
Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi BPFK di talian 0378835533/5534 atau emel kepada kosmetik@bpfk.gov.my sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini.
Pengguna juga boleh menyemak status notifikasi produk-produk tersebut melalui laman web rasmi BPFK di http://portal.bpfk.gov.my/.
Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 2 comments:
Share

Mereka Ini Pejuang LGBT/Demokrasi Di Malaysia

Syed Saddiq Iktiraf Pejuang LGBT Malaysia ?

AIDCNews – 10/3/16 –Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Facebooknya mengiktiraf pejuang-pejuang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sebagai pejuang demokrasi di Malaysia.
Mereka adalah Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), Dato’ Ambiga Sreenevasan (bekas Pengerusi BERSIH 2.0) dan Ivy Josiah (Women’s Aid Organisation) yang diiktiraf Syed Saddiq sebagai heroin-heroin pejuang demokrasi di negara ini.
Namun, pengiktirafan Syed Saddiq terhadap wanita-wanita itu dipandang sinis oleh facebooker pro-PKR Hanisya Abdul Hamid.
saddiq2
sadiq1
hani1
hani2
syed saddiq
(IH)
Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 12 comments:
Share

Blok Baru PAS Gabung Lagi.. Parti Sosialis, Perkasa? Apa Kata PKR?



BLOK baharu pembangkang yang diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen pada 10 Mac dipercayai akan menyaksikan banyak kejutan di luar jangkaan banyak pihak sendiri.
Parti berjenama Islam itu bakal mencipta rekod apabila membentuk gabungan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan, Perkasa.
Gabungan ini akan membentuk pakatan pembangkang kedua selepas DAP, PKR dan PAN bergabung dalam Pakatan Harapan ekoran Pakatan Rakyat yang diwujudkan pada 2013 tiba-tiba drastik dibubarkan tahun lalu.
Sebuah portal politik tempatan, Agendadaily mendedahkan, walaupun Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan pembabitan partinya dalam gabungan tersebut, namun itu hanya helah ‘penafian politik’.
Beliau mendakwa Ikatan tiada menerima jemputan rasmi waima parti itu diketahui mesra PAS dan pada masa sama tidak terikut rentak kumpulan pro-Mahathir Mohamad yang memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Mesyuarat bulanan PAS pada Rabu yang dipengerusikan sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara dasarnya sudah memberikan ‘lampu hijau’ untuk PAS mengetuai gabungan pembangkang baharu tersebut.
PSM yang sebelum ini diketahui tegar pro-Pakatan Rakyat dilihat semakin menjauhi Pakatan Harapan selepas langsung diketepikan PKR, DAP dan PAN sehingga terpaksa mencari rakan baharu untuk memperkuatkan parti.
Manakala Ikatan yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman langsung dalam sebarang pilihan raya memerlukan kekuatan dari segi jentera ahli dan kader daripada PAS bagi mempromosikan agenda siasah parti kecil tersebut.
Sementara itu Perkasa merupakan NGO pro-Melayu dikecam baru-baru ini ekoran presidennya, Datuk Ibrahim Ali terlibat majlis kontroversi deklarasi ‘bodoh’ diketuai Mahathir Mohamad yang juga disertai tokoh DAP dan PKR.
Pada Khamis, Takiyuddin enggan mendedahkan nama parti sekutu PAS buat masa ini tetapi melahirkan keyakinan bahawa blok terbaharu itu bagi memastikan PAS kekal relevan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
“Kerjasama politik antara parti dengan parti untuk menghadapi PRU 14, semestinya pembangkang. Di Malaysia ada lebih 20 parti politik berdaftar, jadi ada yang kepunyaan satu kelompok dan ada parti kepunyaan satu bangsa.
“Namun semuanya diwujudkan untuk tujuan menghadapi PRU akan datang. Sebab itu kita sudah mengumumkan bahawa kita memang adalah blok pembangkang iaitu sebagai blok politik ketiga,” kata Takiyuddin lagi.
Ditanya sama ada parti sekutu itu merupakan salah satu parti dalam Pakatan Harapan, ujarnya PAS secara jelas memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada tahun lalu.
“Kita sudah beritahu bahawa dalam perlembangaan PAS sendiri, kita sedia malah boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai arah tuju politik yang sama dengan kepentingan PAS.
“Kecuali DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan, kami masih Pakatan Rakyat dengan kerjasama PKR. Kerjasama ini adalah berkonsepkan muafakat dengan satu parti politik dan bukan langsung dengan Pakatan Harapan.
“Kami adalah pembangkang dan ada parti lain yang akan sertai PAS,” jelas Takiyuddin tanpa mengulas laporan PSM dalam satu kenyataan media segera menafikan parti tersebut bakal bergabung dalam blok baharu itu.
Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugam berkata, pihaknya menyangkal sekeras-kerasnya cakap-cakap politik konon PSM akan bergabung dengan PAS pada 16 Mac depan sebagai tidak benar dan mustahil boleg berlaku.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik memberitahu sebuah portal tempatan bahawa pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ura PAS merancang bergabung dengan NGO dan parti tertentu.
“Tak tahu… Tidak dapat maklumat,” katanya. Ketika PRU pada 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA – parti serpihan PAS, namun, kesemua calon itu kalah. 

Sementara itu dilaporkan, keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.  (IH)

Ibnu Hasyim at Saturday, March 12, 2016 37 comments:
Share

Friday, March 11, 2016

Blok Baru Pembangkang Pimpinan PAS 'tidak akan membawa sebarang makna' -Guan Eng.

Lim Guan Eng
BUKIT MERTAJAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjangkakan bahawa pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh Pas tidak akan membawa sebarang makna jika ia gagal membawa perubahan kepada negara ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata ia adalah hak mereka untuk membentuk pakatan baharu pembangkang namun ingin tahu sama ada ia akan menjadi inklusif atau eksklusif.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kepimpinan Pas mampu memberikan tadbir urus yang cekap dan kekal tegas dalam membanteras rasuah.

"Ia tidak akan menjadi bermakna jika mereka gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat memandangkan apa yang mereka lakukan di Kelantan di mana mereka tidak dapat menyediakan tadbir urus yang baik, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baharu Atotech di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Pas akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu dengan sebuah parti yang tidak dinamakan menjelang pilihan raya umum yang akan datang. - Bernama
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 7 comments:
Share

PKR Pecah Kerana Mahathir. -The Straits Times S'pura.

Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan pakatan pembangkang berpecah dakwa akhbar Singapura, The Straits Times.
Sumber memberitahu akhbar itu perpecahan itu berlaku dalam satu parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PKR.
Menurut sumber itu, walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua hadir dalam sidang media bersama Tun Mahathir pada Jumaat lalu, namun Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah tidak hadir.
Salah satu punca ketidakhadiran Wan Azizah dan Nurul Izzah kerana Deklarasi Mahathir yang ditandatangi 45 individu Jumaat lalu tidak meletakkan secara jelas pembebasan Anwar Ibrahim daripada kesalahan liwat sebagai salah satu reformasi utama yang diperjuangkan.
Namun begitu sumber daripada kem Wan Azizah memberitahu akhbar Singapura itu bahawa langkah Tun Mahathir perlu dimanfaat untuk strategi jangka panjang.
“Ia sangat tidak mungkin untuk mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mengundi Najib keluar (daripada jawatan PM).
“Jadi ia adalah penting untuk menunjukkan Mahathir bersama kita, dan bukan sebaliknya. Untuk kita mendapatkan 4 hingga 5 peratus peningkatan undi Melayu yang boleh mencukupi untuk memenangi pilihan raya, “kata sumber itu.
Akhbar itu juga melihat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempunyai agendanya yang tersendiri dalam isu tersebut.
“Spekulasi telah bertiup kencang sejak tahun lepas bahawa jika Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin – yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu – jika pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan, Azmin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Walau bagaimanapun, beberapa segmen daripada DAP yang mempunyai blok Ahli Parlimen terbesar di kalangan pembangkang sedang memerhatikan kebangkitan Azmin di peringkat pusat sejak dua tahun lalu,” lapornya. (IH)
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 2 comments:
Share

Blok Politik Ke 3 Pembangkang: Pas Bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia?


KUALA LUMPUR - Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.

“Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat,” katanya.
Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.

“Sebenarnya perbincangan ke arah itu (bekerjasama) sudah lama dijalankan Pas iaitu sejak parti itu tidak menganggotai Pakatan Harapan.


“Mereka (pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan Pas) menunggu masa untuk kita buat satu persefahaman dalam masa terdekat. Cuma saya tidak boleh umum kena tunggu pengumumannya," katanya. (SH)
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 16 comments:
Share

Tolak DAP, Ini 10 Bukti-bukti Anti-Islam..



TULISAN ini diangkat dari komen dari artikel di blog ini bertajuk  

  • MP DAP & PKR Pertikai Islamisasi. A.Hadi Jawab... .

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-
bukti-Anonymous said.dap-anti-islam-semakin-viral/


Anonymous said.

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. 

Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: 

Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: 

Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: 

Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: 

DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: 

Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: 

DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: 

DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: 

DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: 

DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: 

Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.


March 10, 2016 at 
11:44 AM
 Delete
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 8 comments:
Share

Dakwaan DAP Terima RM1.2 Billion Sedang Disiasat SKMM- Ahmad Zahid

zahidAIDCNews – 10/3/16 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dipertangungjawabkan menyiasat dakwaan DAP menerima dana Israel sebanyak RM1.2 billion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang meminta maklumat terkini berkenaan dakwaan tersebut.
“Pihak polis telah menerima dua laporan berhubung kes itu iaitu dari Menggatal dan Jalan Patani.
“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Agensi-Agensi Lain (RLA)… di bawah bidang kuasa SKMM,” kata Ahmad Zahid dalam jawapannya.
dapLim dalam soalannya juga turut meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan senarai undang-undang jenayah yang sedia ada untuk membendung budaya fitnah politik.
“Dalam hal fitnah, undang-undang yang boleh digunakan untuk siasatan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 (Akta 286) dan menerusi saman awam,” kata Zahid.
Pada 2012, seorang bekas aktivis DAP, Mohamed Razali bin Abdul Rahman, mendedahkan beliau pernah menemani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menemui wakil Israel di Singapura sebelum Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13).
Dalam pertemuan itu, Razali berkata wakil Israel di Singapura telah bersetuju untuk memberikan dana sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) kepada DAP bagi menghadapi PRU 13 dan Guan Eng juga turut bersetuju memberikan Port Dickson sebagai pangkalan tentera Israel yang baharu jika Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU itu.
“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
“Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
“Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
“Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
“Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel,” dedah Razali.
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 9 comments:
Share

Bandar Jengka Layak Dinaikkan Taraf



BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Lazimnya sesebuah bandar dikaitkan dengan Cina kerana tradisi komuniti bangsa tersebut mengusahakan perniagaan.


Berdasarkan ukuran itu, di sinilah terletaknya keistimewaan Bandar Pusat Jengka, Pahang kerana ia sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu 100 peratus. 


Dengan nama rasminya Bandar Tun Razak Jengka, ia terletak di tengah-tengah gugusan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Jengka Tiga Segi kerana meliputi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut.


Bandar tersebut pada mulanya merupakan sebuah penempatan pekerja-pekerja Kilang Syarikat Jengka Sdn Bhd. (SJSB) anak syarikat kerajaan Pahang sekitar tahun 1969. Namun beransur-ansur menjadi penting sebagi pusat perniagaan bagi menampung keperluan puluhan ribu warga peneroka pada ketika itu. 



‘Bandar Felda’ ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau. 

Bermula pada tahun 1983 pembangunan Bandar Jengka telah diurustadbir oleh sebuah agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Pada ketika itulah Bandar Jengka membangun dengan pesat menyamai sebuah daerah. Di situlah terletaknya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang iaitu universiti pertama di negeri ini. Terdapat dua buah kolej, empat buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan maahad tahfiz. 

Kemudahan lain ialah hospital Jengka, Masjid Sultan Ahmad Shah, lima buah bank perdagangan, Tabung Haji serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Islam, balai polis, bomba, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan pejabat Bekalan Air Pahang. 

Namun setelah LKWJ dibubarkan pada Oktober 2000, Bandar Jengka yang diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) kelihatan tidak terurus dan sudah tentu memberikan imej negatif kepada bandar Melayu terbesar ini di mata umum. Semak samun di kebanyakan tempat, longkang yang tersumbat dan dipenuhi semak, bangunan rumah pangsa yang menakutkan serta perumahan terbengkalai semua itu menyakitkan mata dan tidak menggambarkan ia bandar Felda, sebuah agensi yang kaya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan (1999 – 2004) telah acap kali mendesak kerajaan agar Jengka yang kini dihuni penduduk hampir 300,000 diwujudkan daerahnya sendiri bagi menjaga kebajikan penghuninya. 

“Dengan penduduk yang menjangkau 300,000 dan hasilnya yang tinggi kita mahu Jengka ini menjadi satu daerah baru bagi menjana ekonomi penduduk dan supaya perkhidmatan perbandaran dapat ditumpukan secara berkesan.”

“Pada masa ini bandar dan tanah rancangan dengan hampir seratus peratus penduduk Melayu itu berada dalam kawasan Majlis Daerah Maran. Namun rata-rata merungut kerana perkhidmatan perbandarannya seperti pembersihan sampah, semak samun dan longkang jauh daripada memuaskan,” katanya.

Sebenarnya kedudukan strategik Bandar Jengka sememangnya layak dinaikkan taraf menjadi daerah sendiri kerana terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau. Lagipun selama ini penduduk persekitaran sememangnya berurusan di Bandar Jengka yang sudah lengkap dengan pra-sarana dan keperluan sebuah daerah. 

Dengan siapnya jambatan baru Kuala Krau merentasi Sungai Pahang, Bandar Jengka menjadi semakin penting. (LWRPP)
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 No comments:
Share

‘Saya Tidak Rela DAP Perintah M'sia Melalui Proksi ‘Melayu’ PAN & PKR -Raja Petra.


Raja Petra Kamarudin berkata beliau tidak rela kerajaan Malaysia bakal diperintah oleh DAP dengan menggunakan proksi ‘Melayu’ daripada PAN dan PKR.
Raja Petra yang lebih dikenali RPK, editor Malaysia-Today berkata demikian ketika diwawancara oleh New Straits Times hari ini.
“Kami menyokong kerajaan kerana kita ingin memastikan bahawa pembangkang Cina pimpinan DAP tidak akan merebut kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan DAP yang didominasi Cina dengan Melayu dari PAN dan PKR sebagai proksi dan boneka mereka,”kata RPK.
Beliau turut membuat perbandingan persamaan teras perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) pimpinan Chin Peng dengan DAP pimpinan Lim Kit Siang bersama anaknya, Lim Guan Eng.
Menurutnya, Chin Peng memberitahu komuniti kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong PKM atau mereka akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Cina.
Begitu juga, DAP telah memberitahu kaum Cina bahawa mereka mesti menyokong Pakatan Harapan jika tidak, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa Cina.
“Jadi mengapa saya tidak boleh memberitahu bahawa orang Melayu mesti menyokong UMNO jika tidak anda seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu?,” soalnya. (IH/AIDCNews)
pkm baru
dap-pap
Ibnu Hasyim at Friday, March 11, 2016 19 comments:
Share

Thursday, March 10, 2016

PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu 16 Mac. -SU PAS



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari mengumumkan parti Islam itu akan membentuk satu gabungan baharu pembangkang pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti susulan keputusan mereka enggan menyertai Pakatan Harapan.


"Pada 16 Mac depan, kami akan umum satu muafakat dengan parti politik.
"Ia muafakat bagi menghadapi pilihan raya umum depan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana politik selagi ia selari dengan perjuangan dan objektif mereka, tapi menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Dalam perlembagaan kami boleh bekerjasama dengan sesiapa asalkan objektif dan perjuangan serta tuntutan mereka sama dengan kami.
"Kami masih bersama Pakatan Rakyat tapi dengan PKR, semestinya bukan dengan Pakatan Harapan," katanya.

Takiyuddin menolak untuk bekerjasama dengan bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Pakatan Rakyat secara rasminya sudah terkubur akibat pertikaian dan tidak sefahaman sesama ahli parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun lepas satu gabungan baharu pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara membentuk gabungan dikenali sebagai Pakatan Harapan bagi menggantikan gabungan terdahulu, tetapi tanpa penyertaan PAS. (TKO)
Ibnu Hasyim at Thursday, March 10, 2016 5 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.