Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Monday, May 16, 2016

Mengapa Tiba-tiba Papua & Surabaya Haramkan Arak?

arak alkohol alcohol hukum haram dalam islam

JAKARTA - INDONESIA . Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Menurut Jakarta Post, bandar kedua terbesar di Indonesia itu telah meluluskan undang-undang kecil bagi mengharamkan minuman beralkohol dan undang-undang berkenaan akan digubal selepas mendapat pengendorsan daripada Gabenor Surabaya.

Akhbar berkenaan memetik Speaker Majlis Perundangan Surabaya, Armuji, sebagai berkata, di bawah undang-undang kecil itu, hukuman terhadap pesalah termasuklah amaran bersurat, denda pentadbiran, penutupan sementara perniagaan, pembatalan lesen perniagaan dan menutup perniagaan.

"Pesalah juga akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda tidak lebih daripada Rp50 juta (kira-kira RM15,000).
"Undang-undang kecil itu meliputi sebarang jenis minuman beralkohol yang mempunyai kandungan lebih 10 peratus alkohol, termasuk minuman tradisional dan minuman keras bercampur," katanya.

Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja. 

Kerajaan Tempatan Papua telah mengharamkan minuman alkohol di wilayah berkuat kuasa Mac lepas. Menurut data Polis Papua, 86 orang terbunuh, 264 cedera dan 839 cedera ringan sejak 2013 dalam kes berkaitan alkohol. - Bernama.

Atas: Jokowi (tengah) Presiden Indonesia minum jamu..

Bawah:Najib PM Malaysia pun minum jamu juga?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kedurjanaan arak kencing syaitan kepada rakyat dan negara. Sedarlah wahai negara umat Islam, bila lagi negara umat Islam ingin melaksanakan hukum dan perundangan Islam di negara kamu sendiri? 

Sila buat penelitian mengapa pemimpin Islam di negara umat Islam begitu degil menentang perundangan agama mereka sendiri?

Ikuti sambungan kisah ini seterusnya!
  • Kisah Gadis Dirogol 14 Lelaki Lepas Minum Arak. Jo...
Ibnu Hasyim at Monday, May 16, 2016
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.