Thursday, September 04, 2014

KEMASKINI: MB S'gor. A/Hadi Calon 3 Nama EXCOnya..





Datuk Seri Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.
 
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.
(mStar)

6 comments:

  1. Dari segi akhlak Islam ini adalah satu kesalahan kerana mungkir pada janji dan tidak berlaku benar. Bagaimana hendak dapat redha Allah kalau politik melebihi perintah Allah.

    ReplyDelete
  2. Pada hemat saya, kehendak Sultan dan majoriti melayu Selangor. "Ada chance !" kata P.Ramlee...

    Jangan binasakan Selangor, Melayu, Islam dan Malaysia, sudah lah... paling bahaya U-turn dan pusing keliling ! Maka Dewan Ulama PAS akan jadi pisang goreng rangup campur plastik ! Bahaya kanser !

    Orang-orang Umno pun suka...he..he.. silakan...

    ReplyDelete
  3. Sampailah masanya keluar Dari PR Dan bertanding disemua kerusi dimasa akan datang . Yakinlah kemenangan itu milik Allah

    ReplyDelete
  4. Tuan Haji

    Kita bersabar dulu dengan berita ini walaupun agak memeranjatkan. Kita tunggu pengesahan. Benda macam ni tak boleh disorok, silap-silap surat yang maksudkan itu pun disebarluas di internet jika benar.

    Jangan hilang pertimbangan sebelum disahkan. Kalau sah nanti, kita bantailah sampai lumat.

    ReplyDelete