KAMPAR, 16 Feb -- TERBAKAR... Kelihatan asap menyelubungi puncak
Gunung Tempurung yang terbakar dipercayai akibat panahan kilat sejak
petang kelmarin semasa tinjauan fotoBernama di Kampung Sungai Siput
Selatan di sini hari ini.
Kelihatan sebahagian daripada 1.6 hektar hutan
tersebut telahpun padam dengan sendirinya tetapi hari ini kebakaran
telah merebak ke sebelah kiri gunung yang melibatkan kawasan seluas 0.8
hektar.
Pihak bomba mengalami kesukaran memadamkan kebakaran dan
berdepan dengan risiko keselamatan berikutan permukaan gunung yang
sangat curam dan berbahaya.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment