Oleh: PAPPARAZZI SABAHKINI.NET
MENGGEMPARKAN!
 Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada 
seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk
 mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah 
bergegas ke Keningau.
Malangnya, salah 
seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua 
Puteri Umno salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah.
Agak
 memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu 
lalu terkejut melihat Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta 
dengan SUSK berkenaan.
Paparazzi
 kesal kerana Ketua Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup 
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan
 nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar 
dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat.
Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut  kerana
 mendapati bukan sahaja Ketua Puteri UMNO berkenaan yang keluar masuk 
bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan 
nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang 
kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.
Demi
 nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang 
untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi 
Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan 
juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban 
perawan!

No comments:
Post a Comment