ORANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam. 
Teman lelaki buka mulut
NEW DELHI - Teman lelaki seorang gadis yang maut selepas dirogol 
secara beramai-ramai dan diserang dengan kejam sehingga mencetuskan 
ketegangan di India, menceritakan pengalaman ngerinya kepada media. 
Temuramah lelaki yang namanya tidak didedahkan itu disiarkan oleh saluran televisyen Zee News. 
Menurutnya, kejadian pada 16 Disember lalu itu berlaku apabila mereka
 menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mangsa di pinggir New Delhi 
selepas menonton wayang. Sebaik sahaja masuk ke dalam bas, dia dan kekasihnya diserang sebelum
 mangsa dirogol dalam bas oleh enam lelaki yang mabuk. Dia dan mangsa 
turut dipukul dengan batang besi. Insiden itu berlaku selama dua jam 
setengah. Mereka kemudian dicampak keluar dari bas terbabit dalam 
keadaan bogel.
"Serangan itu sangat ganas dan saya tidak sanggup menceritakannya 
kepada kamu. Binatang pun tidak akan bertindak sedemikian," katanya yang
 patah kaki. 
Lelaki itu mengkritik pihak polis kerana lambat tiba di tempat 
kejadian. Polis juga mengambil masa selama 30 minit berikutan 
percanggahan pendapat mengenai balai polis mana yang perlu mengambil 
tanggungjawab ke atas jenayah itu, sebelum membawa mereka ke hospital.
"Saya ada melawatnya di hospital. Dia memberikan semua maklumat 
terperinci mengenai penyerangnya dan mahu melihat mereka dibakar 
hidup-hidup," katanya lagi.
Berikutan siaran temuramah itu, polis India semalam telah membuka kertas siasatan ke atas Zee News. 
Kertas siasatan itu didadftarkan pada Jumaat. Polis mendakwa temu 
ramah itu boleh menyebabkan identiti mangsa diketahui, sekali gus 
melanggar undang-undang India. - AFP
Berita semalam...
Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Inside )http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/01/ahli-politik-ditahan-kerana-merogol.html#more)
Rakaman yang disiarkan menunjukkan seorang Ahli Politik dari Parti 
Kongress telah dibelasah dengan kayu, bajunya dikoyakkan dan mukannya 
telah ditampar berulang kali oleh penduduk tempatan.
Rakaman tersebut telah disiarkan oleh sebuah stesen 
televisyen di India dan ianya melibatkan seorang pemimpin dari Parti 
yang memerintah India.
Menurut Polis lelaki tersebut, Bikram Singh Brahma, dilaporkan telah 
melawat kampung Santipur di sempadan Bhutan, beliau didakwa memasuki 
rumah seorang wanita dan merogolnya pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan
 (2030GMT Rabu) 


No comments:
Post a Comment