
BARISAN  Nasional (BN) akan 
tumbang kali ini. Ini 
disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin 
yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.
Azrul
 menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati 
BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam 
pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140
 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun,
 dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang 
antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari 
segi ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini. Ia 
mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi 
parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak 
setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data 
ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data 
mereka.
Dari
 segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata
 ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar
 serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap 
kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah 
RM502 bilion tahun lalu.
Manakala
 dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif 
terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini 
berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu. Beliau
 menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas 
pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya 
perlahan.
BN 
kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan 
paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu 
lalu dari British. (IH/Jalan Pulang)
No comments:
Post a Comment