Sibu: 12nApr 11:Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter  yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di  Hospital Sibu. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.
Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Shafie  berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan  sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin  melakukan tinjauan mesra di sana. Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.
Hilang kawalan
"Tiba-tiba  helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu  dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya  kepada pemberita di Sibu hari ini.
  
Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.
  
"Empat  orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah  digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya. 
  
"Punca  kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar  sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.
  
Sementara  itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat  Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira jam 4  petang.
  
Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.
  
"Saya  rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi.  Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan," katanya kepada  pemberita di Hospital Sibu.
- Bernama
sapa suruh kempen pakai aset kerajaan. kan dah mati. Kalau Pakatan, jangan kan helicopter, Kerusi JKR pun korang x suruh guna. Harap2 lps ni ada YB yang mati naik heli kerajaan untuk kempen.
ReplyDelete