Tuesday, February 08, 2011

Lagi Amaran Bahaya Rosnah Mansur Isteri PM


IPOH, 8 Feb 11: Lagi suara memberi amaran tentang bahaya tindakan Rosmah Mansur isteri PM Malaysia. Disuarakan oleh Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar), menurut Harakahdaily hari ini.

"Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” kata Drs Khalil Idham Lim yang juga Adun Titi Serong.

Menurutnya, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.

Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat. Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya. Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

Sebelum itu, beliau menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal sama, sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. (IH)

Lihat kehebatan isteri PM ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

5 comments:

  1. Dia tak akan dapat menjadi PM punya.....sekarang kami semua hanya tunggu lampu hijau dari para pemimpin besar PR.....nk biar mereka letak jawatan cara elok atau nak kena guling dengan rakyat.....

    ReplyDelete
  2. ANON,

    NAK TERMUNTAH PULAK AKU. SAPE PEMIMPIN BESAR PR. SEMUA SIBUK BERKELAHI SESAMA SENDIRI LA NI.

    BEREBUT TAK NAK JADI CALON MERLIMAU.

    ReplyDelete
  3. macam confirm je PR boleh buat mcm kt Mesir nk gulingkan kerajaan dengan cara camtu... pirah mabok.

    ReplyDelete
  4. pr ka bn ka semua parlimen kat dunia ni lakonan saja sbb yahudi yg hati jahat dendam islam tak maw stu pon terlepas dri bebas mmrintah..cba tak payah pkai sstem kapitalis aman mcm zaman Rasullah sollowahalaihiwasalam..

    ReplyDelete
  5. kita sedar sistem dunia memang terikat dgn yahudi...tp bukan cara islam namanya membiar dn menunggu imam mahadi saja.

    apa paltfom dan saluran yg ada digunakan sepenuhnya. bukan mengharap dan redho dgn sistem yahudi tp menjauhkan diri kunun hanya mahu mengikut sistem Rasulullah saw adalah bukan cara pejuang.

    jgn hanya retorik. sistem Rasulullah tidak dtg mengolek bersama imam mahadi begitu saja tanpa perjuangan umat.

    jgn bayangkan imam mahadi sama mcm santa claus yg ditunggu penuh kegembiraan kerana dia membawa hadiah.

    takde jalan tunggu dan selesa senang lenang dlm perjuangan.

    jgn berkhayal disiang hari.

    ReplyDelete