Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

▼

Saturday, November 20, 2010

Banjir Serang Mekah, Raja Abdullah Sakit..


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - 20 NOV10: Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan. Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu. Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang. Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki. Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia. Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apa kena mengena banjir dengan sakit dengan umur Raja Abdullah? (AK)

Ibnu Hasyim at Saturday, November 20, 2010 9 comments:
Share

Friday, November 19, 2010

Bersiap Menjadi Jutawan Tokek..

CATATAN PERJALANAN: Indo 1 -Surabaya

Tribun Kaltim: Cecak atau tokek raksasa seberat 64 Kg yang ditemukan remaja di hutan perbatasan Kalimantan Timur dan Malaysia, laku Rp 179 miliar (Kira-kira RM61,664,000). Beratnya hingga 64 kilogram. Dibeli oleh pengusaha Korea melalui orang Malaysia. Berita 31 Ogos 2010 Kompas.com.

SEBENTAR lagi saya akan ke Surabaya Indonesia. "Eh, kalau hang pi Surabaya, cuba tengok-tengok peluang bisnes Cecak Gergasi.." kata seorang kawan, yang sudah 'patah kandaq' dalam berniaga, hendak cari peluang berniaga baru, beberapa hari lepas.

"Niaga Cecak, eh, betoi ke?" Saya terkejut. Baru dia jelaskan, dan menunjukkan berita gambar di atas. Maka saya pun cari maklumat lanjut. Maka dapatlah....

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah, seperti berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).

Lihat dulu gambar-gambarnya.










Saya gerodek-gerodek lagi dalam google, dapat maklumat tambahan..

Harga tokek berdasarkan berat:

  • Lebih dari 6 ons = 1 Miliar (RM344,492)
  • 5-6 ons = 200 Juta (RM68,898.3)
  • 3-5 ons = 40 Juta(RM13,779.7)
  • Dibawah 3 ons = tidak ada pasaran yang tetap
* 3 oz(ounce) sekitar 85gram.

Begitu harganya, makin bertambah saya tidak yakin. Saya cari lagi, dapat pula maklumat ini..

Sebuah fakta baru dalam dunia pengobatan ilmiah/bukan magic bahawa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral.

Begitulah maklumatnya. Jadi bila tokek yang anda ternak, simpan atau terjumpa telah memiliki berat minimal 4 ons++, maka bersiaplah untuk menjadi jutawan baru!

Mari kita lihat berita ini pula..

Mengapa Tokek Mahal Harganya?
Selasa, 31 Agustus 2010 | 00:08 WIB

KOMPAS.com — Tokek, hewan reptil yang suaranya sering muncul di rumah, kebun, gedung, atau bahkan hutan itu kini harganya makin mahal. Tokek berkaki empat mirip cicak itu lebih sering dijumpai di rumah dan kini makin mudah diperoleh di pasaran untuk berbagai keperluan.

Apa yang menjadikan tokek mahal harganya? Hal itu ternyata bukan karena suaranya yang sering bunyi tanpa diduga dan berulang-ulang satu periode, tetapi lebih pada kandungan dari tokek itu sendiri, yang otomatis untuk memanfaatkannya harus disembelih atau dimatikan.

Tokek rumah atau cicak besar bernama latin Gekko gecko dikenal di beberapa tempat dengan sebutan berbeda, misalnya tekek atau tokek, (Jawa), tokok (Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (Inggeris).

Tokek rumah memiliki bintil besar-besar di punggungnya dengan warna berbeda-beda dan hal ini satu di antara pembeda jika dibandingkan dengan cicak kecil. Warnanya bermacam-macam, dari warna abu-abu kebiruan sampai kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga.

Adapun warna perut tokek abu-abu biru keputihan atau kekuningan dan ekornya juga memiliki enam baris bintil belang-belang. Di bagian jari-jari kakinya terdapat bantalan pengisap sehingga ia bisa lengket di dinding tembok atau pohon.

Tokek menjadi mahal dan dicari orang karena konon bisa menyembuhkan orang yang mengidap HIV atau AIDS. Penyakit mematikan itu menyerang sistem imun tubuh dan belum ada obat medis yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari tokek dipercaya sebagai ramuan paling mujarab untuk hal itu.

Bagian lidah tokek dan darahnya dikabarkan mengandung zat yang bisa melawan virus HIV. Tokek yang memiliki khasiat itu adalah tokek berbobot lebih dari 3 ons dan dalam keadaan hidup.

Selain lidah, empedu tokek konon juga mujarab untuk pengobatan orang yang mengidap AIDS. Kabar beginilah yang membuat orang harus membelinya dengan harga mahal demi menyelamatkan nyawanya.

Bagian empedu tokek juga mengandung senyawa anti-tumor dan kanker sehingga bisa meningkatkan kekebalan tubuh.

Adapun sejak zaman nenek moyang, daging tokek secara keseluruhan bisa menyembuhkan berbagai penyakit gatal. Banyak orang memberikan kesaksian bahwa penyakit kulit gatal-gatal bisa sembuh dengan tokek yang dibakar atau digoreng.

Harga tokek bervariasi tergantung berat badan dan usia tokek itu sendiri. Lokasi khusus penjualan tokek ada di beberapa daerah, seperti Jakarta, Batam, Banjarmasin, Makassar, Pontianak, Surabaya, dan Solo serta kota lainnya.

Di Pasar Jatinegara, Jakarta, juga terdapat pasar hewan yang menyediakan berbagai macam satwa, dan langka sekalipun, dengan harga murah.

Harga tokek dengan berat badan kurang dari 1,5 ons masih pada kisaran Rp 200.000. Namun, bila sudah besar, sekitar 2 ons, dan sudah tua, maka harganya bisa mencapai Rp 5 juta.

Jika nasib mujur, maka penjual bisa melepas tokek seberat lebih dari 3 ons atau 4 ons dengan harga Rp 100 juta. Harganya akan lebih mahal lagi jika sudah mencapai 1 kilogram dan dibeli langsung dari pembeli Korea, China, atau Malaysia. Harganya bisa lebih dari Rp 200 juta.

Tokek raksasa yang pernah ditemukan di pedalaman Kalimantan memiliki berat hingga 64 kilogram dan terjual dengan harga Rp 179 miliar, dibeli oleh pengusaha Korea melalui orang Malaysia. Sekian berita itu.

Setakat saya sendiri masih belum yakin 100%. Apakah ini juga satu jenis penipuan? Kalau di Malaysia seperti ternak lintah, cacing, tanam serai dan lain-lain yang tidak berkesudahan hilang di tengah jalan. Atau juga seperti saham yang untung ruginya digoyangkan oleh isu, walaupun ada yang betulnya dan lain-lain.

Kalau tuan-tuan ingin memberi komen dan nasihat, silakan!

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 18, 2010
KL/Surabaya

Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 3 comments:
Share

Zaid Keluar Parti: Mengapa Tidak Pilih PAS?

Zaid berkata kemungkinan beliau akan menubuhkan parti sendiri . — Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 19 Nov 10: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS. Kenapa beliau tidak mahu sertai PAS?

“Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

“Lebih baik saya sendiri,” kata beliau kepada media ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini. Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. (AK)

Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 No comments:
Share

Penggodam M'sia Ditahan Di AS 'curi' 400,000 Kad Kredit



cyberterrorism

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

SEORANG penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

internet media and print mediaPasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.
- AFP
Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 No comments:
Share

Haji,Tidak Memada Dengan Gambar Ini..


Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Nampak dari atas sekitar 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul untuk melakukan ibadah haji tahun ini

MEMANG tidak memada atau cukup melihat gambar ini sahaja, tiap Muslim wajib pergi ke sana, bila mampu. Bagaimana anda mengatakan tidak mampu, sedangkan kehidupan harian anda masih membazir, berbelanja di luar keperluan? Sanggup melancong sedangkan kewajipan haji masih belum ditunaikan?

Ya. Renunglah gambar ini, bangkitkan rasa cinta kita untuk mengunjungi rumah Allah..

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di komplek Masjidil Haram Mekah

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H

Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji berziarah di gua Hira, nampak di puncak Jabal Nur

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah Haji disekitar Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Ziarah di Gua Hira yang sangat bersejarah bagi kaum muslim

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Ziarah di Gua Hira

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Kegiatan renovasi disekitar Mekah

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Petugas keamanan Arab Saudi mengamankan ritual Haji

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 HBerdoa di puncah Jabal Nur tidak jauh dari Kota Mekah

Jom ke Mekah tahun depan, insya Allah!

Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 No comments:
Share

Beda 5 Jam, Tapi Raya 2 Hari Lewat. JPM Jelaskan!


salahuddin ayub 01

KL 19 NOV 10: Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini. Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya. (Malaysiakini/AK)

Lihat teks ucapan penuhnya...
  • Usul tergempar bincang kekeliruan tarikh Aidiladha
Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 1 comment:
Share

5 Perkara, S'ngor Selamatkan Harta Rakyat, Alhamdulillah!


SHAH ALAM, 18 Nov 10: Alhamdulillah, Kerajaan Selangor bertindak wajar demi menyelamatkan harta rakyat dari pembaziran. Selangor arah anak syarikat bentang perbelanjaan sebelum anjur aktiiviti. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini..

Pertama: Kerajaan Selangor mengarahkan semua anak syarikat negeri supaya mendapatkan kelulusan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, termasuk sambutan perayaan ataupun ulang tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara lain ia termasuk kelulusan belanjawan bagi penganjuran majlis, senarai jemputan dan aturcara.

“Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau penganjuran aktiviti oleh anak-anak syarikat dan seterusnya mengawal perbelanjaan agar ia munasabah dengan majlis bagi mengelak pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keputusan itu dipercayai dibuat ekoran kontroversi perbelanjaan yang melanda anak syarikat kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor baru-baru ini.

Yayasan itu kini disiasat ekoran perbelanjaan RM300,000 untuk majlis ulang tahunannya ke-40 yang menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos penganjurannya amat tinggi.

Kedua: Selain itu, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk tajaan jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang dilaporkan bernilai lebih RM500,000.

Ketiga: Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan anak-anak syarikat menggunakan khidmat syarikat pengurusan acara bagi menguruskan majlis anjuran, sebaliknya menggunakan tenaga kerja dan kepakaran kakitangan yang sedia ada bagi mengeratkan hubungan antara pihak atasan dan kakitangan bawahan.

“Kerajaan negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini nanti dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang layak sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya. — Bernama

Kelima: Menurut Weblog Ibnu Hasyim, perlu dikikis habis perangai pemimpin-pemimpin dulu (BN) membazirkan wang rakyat, apalagi kalau digunakan untuk kepentingan individu. Tahniah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Sama-sama kita doakan semoga Pakatan dapat terus menguasai Putrajaya atau Kerajaan Malaysia. (AK)

Ibnu Hasyim at Friday, November 19, 2010 No comments:
Share

Thursday, November 18, 2010

China: Orang Tua Ramai Dari Orang Muda. Mengapa?

CATATAN SANTAI

China

Di China, penduduk tua lebih ramai dibanding yang muda

Cina

Bawah: Ibnu Hasyim di Maqam Abi Waqqas di China..

"KINI, jumlah penduduk menjadi problem di China, kerana rasio orang tua terus meningkat tajam, berbanding terbalik, dengan jumlah anak mudanya.." kata seseorang yang datang dari China sewaktu bertemu saya di KL baru-baru ini. Dia seorang pensyarah di sebuah universiti di China sewaktu saya melawat ke tempatnya tahun lepas.

Menurutnya, Cina juga menghadapi masa depan ketika ramai lelaki tidak dapat jodoh isteri kerana terjadi tidak seimbang jumlah lelaki dan perempuan. Penduduk Cina pula lebih suka dapat anak lelaki dibanding anak perempuan. Ramai yang menggugurkan kandungan bila tahu janinnya perempuan.

"Bagaimana pandangan anda?" Dia tanya saya.

Dilihat dari sudut sejarah, Mao Zedong yang berkuasa di Cina dari tahun 1949 hingga kematiannya tahun 1976 menganggap pertumbuhan penduduk yang pesat sebagai kekuatan produksi yang diperlukan Cina untuk menjadi negara kuasabesar. Beliau bertindak tegas kepada penentang yang mempertikainya.

Tetapi bila penggantinya Deng Xiaoping mengambil alih, lain pula jadinya. Deng merasa populasi Cina yang besar membebani pemulihan ekonomi yang masih rentan gara-gara kekacauan politik selama bertahun-tahun. Pada 25 September 1980, Biro Politik Partai Komunis mengeluarkan surat terbuka ke semua anggota partai dan liga pemuda komunis agar mereka hanya mempunyai satu anak saja.

Saya terang kepada kawan saya itu, "Pada saya, dengan terbitnya surat itu, saya anggap itulah bermulanya penerapan 'politik satu anak' (istilah saya sendiri) di China yang kontroversi. Kerajaan kamu telah mengumumkan bahawa politik itu telah membantu menurunkan angka kelahiran hingga 400 juta dalam 30 tahun terakhir.."

Pemerintahnya berulangkali menekankan bahawa projek politik satu anak itu dianggap berjaya membantu meringankan pembangunan ekonomi dan masyarakat, yang tetap akan diteruskan. Namun ada juga kritik-kritik yang mempertikainya.

Satu team termasuk dari akademisyen Cina telah menemukan faktor turunnya kelahiran adalah lebih disebabkan jatuhnya 'tingkat kesuburan' (atau jumlah anak yang akan dilahirkan oleh seorang perempuan semasa hidupnya) di tahun 1970an adalah kerana kerajaan menekankan projek tundaan perkawinan, meletakkan jarak lebih panjang antara kelahiran dan pengurangan jumlah anak.

Menurut Profesor Wang Feng dari Universiti California yang memimpin penelitian ini, turunnya tingkat kesuburan di Cina adalah kerana telah diperkenalkan alat kontrasepsi tahun 1978. Tingkat kehiran per keluarga rata-rata turun dari lima menjadi dua.

Setelah 30 tahun, kelemahan politik satu anak ini mula terserlah. Walau Cina masih memiliki populasi terbesar di dunia, sebuah laporan dari Asosiation Ilmuwan Sosial Cina yang diterbitkan bulan lalu menunjukkan pemerintah terlalu membesar-besarkan persoalan tingkat kesuburan ini, yang sepatutnya di tarik balik. Belum jelas bila Beijing akan mencabutnya. Tetapi ada kemungkinan persoalan ini akan dibincangkan dalam pertemuan komite partai bulan depan.

Pada saya sebagai seorang Islam, masih berpegang kepada pesan Nabi SAW, berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya beliau gembira dengan umatnya yang ramai. Apalagi di masa sekarang, di dalam suasana perang yang tidak dapat dielakkan, jumlah ramai dan orang-orang muda amat diperlukan. Kalau di Malaysia pertarungan melalui 'peti undi', kira satu kepala untuk satu undi, bukan kira nilai tinggi atau cerdik di dalam kepala.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 18, 2010
KL
Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 No comments:
Share

Gagal 2/3 Majoriti, Rampas Semula 2 Negeri PR - Dr M


KL 18 NOV 10: BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia. Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.

Anwar, yang dikatakan, merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula, seterusnya hingga ulasan-ulasan terakhir.
PRK DUN GALAS.
Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 1 comment:
Share

UMNO Makin Ekstream, Batalkan Pertunjukan Rap?

HALAMAN HIBURAN:
KL 18 NOV 10: UMNO nampaknya makin ekstream bila pertunjukan penyanyi rap kontroversi, Namewee yang dijadual Sabtu ini di sebuah pusat hiburan di Kuantan dibatalkan kononnya kerana mendapat bantahan banyak pihak.

Di Temerloh, Pergerakan Pemuda Umno Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini. Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimmi Samat berkata bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah menguris perasaan rakyat negara ini.

"Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia yang boleh menjadi idola kepada semua kaum," katanya.

Sementara itu, pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham. Beliau berkata pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.

"Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu," katanya.

Wong berkata beliau hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu. Lebih 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu yang pernah mencetuskan kontroversi mempermainkan lagu Negaraku dalam sebuah laman web pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Wong berkata beliau juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu. Tinjaun Bernama mendapati pemilik pusat hiburan terbabit telah mempamerkan kain rentang memberitahu pembatalan pertunjukan berkenaan. (AK)
Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 1 comment:
Share

Buku Wanita Gemparkan Saudi


RIYADH 18 NOV 10: Sebuah buku mengenai Wanita Muslim yang beredar di tengah masyarakat Arab Saudi menimbulkan kegemparan. Buku ini dicetak oleh Jabatan Pendidikan Riyadh dan membicarakan hak wanita di berbagai sektor di Arab Saudi.


Mantan Menteri Pendidikan Arab Saudi, Mohammad ar-Rashid, penulis buku ini menekankan pentingnya perana wanita di berbagai sektor dan lapangan pekerjaan di negara ini. Buku yang membangkitkan reaksi keras khusunya dari kelompok Wahabi. Demikian dilaporkan Televisyen al-Alam Rabu 17 NOV.

Ar-Rashid dalam bukunya mengkritik kebijaksanaan anti peranan wanita di berbagai sektor di Arab Saudi. Ia mendedakan, undang-undang yang melarang wanita menjadi jurukira, memandu kenderaan, yang menjadi undang-undang larangan wanita di tengah masyarakat. Sikap ar-Rashid ini mendapat penetangan kuat dari tokoh dan kelompok Wahabi di Arab Saudi dan menyebutnya sebagai pembangkangan terhadap fatwa ulama serta mufti negara ini. (AK)

Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 No comments:
Share

Kabut Tebal 24 jam Terakhir Menutup Merapi

Kabut Tebal Tutupi MerapiAwan Panas Merapi

MAGELANG 18 NOV 10: Kabut cukup tebal selama 24 jam terakhir menutup Gunung Merapi di perbatasan antara Jawa Tengah dengan Daerah Istimewa Yogyakarta.

"Hampir selama 24 jam terakhir Merapi dari pengamatan di sini tertutup kabut tebal," kata petugas pengamatan Gunung Merapi di Pos Bukit Ketep, Kabupaten Magelang, Yulianto, Kamis (18/11).

Pengamatan secara visual dari pos darurat di Bukit Ketep menunjukkan di antara Gunung Merapi dengan Merbabu tidak terlihat kepulan asap sulvatara, semburan awan panas, dan guguran material.

Tetapi, lanjut Yulianto, hingga kini Gunung Merapi masih berstatus 'awas', level tertinggi atas aktivitas vulkaniknya. ''Kalau terjadi hujan abu, umumnya karena abu vulkanik yang menempel di pohon dan daun beterbangan tertiup angin, sehingga terjadi hujan abu tipis," katanya.

Yulianto mengatakan, petugas pengamatan Merapi dari bukit itu sebanyak empat orang dengan dibantu sejumlah warga Ketep. Pos utama pengamatan Merapi dari sisi barat daya terletak di Desa Babadan, Kecamatan Dukun, sekitar empat kilometer barat puncak Merapi.

Seorang warga Dusun Tangkil, Desa Ngargomulyo, Kecamatan Dukun, Kabupaten Magelang, Jayus, mengatakan, sebagian warga dusun setempat yang berjarak sekitar 6,5 kilometer barat puncak Merapi telah pulang dari beberapa penampungan pengungsi di Muntilan ke kampungnya.

Mereka yang telah pulang ke dusunnya, kata Yulianto, hingga kini masih sibuk membersihkan rumah yang terkena abu vulkanik dampak semburan awan panas intensif Merapi. ''Selain itu, mereka juga mencari pakan sapi di kebunnya seperti ketela dan batang pohon pisang ,'' jelasnya.

Areal pertanian yang umumnya ditanami sayuran di kawasan Kali Lamat itu, katanya, rusak oleh abu vulkanik. Sementara itu di Gunung Kidul, Pengungsi letusan Gunung Merapi melaksanakan Shalat Idul Adha 1431 Hijriyah di posko Rest Area Bunder Gunung Kidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, dengan penuh keterbatasan, (REPUBLIKA/AK)

Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 No comments:
Share

Halal: Wardina Tolak Tawaran S/Israel. Syabas!

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 17 NOV 10: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal. Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu’min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

“Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

“Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka.”

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu’min. Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Wardina, demi halal dan Islam. Bukan ikut perut sahaja.

Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 1 comment:
Share

Taushiyah Ba'syir Dari Penjara: Adha & Perjuangan


Jakarta16 November 2010: Semasa di penjara Mabes Polri Usataz Abu Bakar Ba’asyir memberikan taushiyahnya kepada umat Islam yang sedang merayakan hari raya Idul Adha. Dengan ilmiah beliau menjelaskan apa saja hikmah hari raya idul adha dan apa kaitannya dengan perjuangan menegakkan Islam, dan berikut inilah taushiyah beliau itu...

Idul qurban, qurban di sini dalam bahasa arab asalnya (قَرُبَ) qoruba artinya mendekat. Jadi sebenarnya pelajaran dari idul qurban yaitu untuk menguji kebenaran iman. Kebenaran iman itu harus dibuktikan dan siap untuk berkorban, dalilnya mana? Yaitu ketika Nabi Ibrahim mulai punya anak, setelah diberi anak satu yaitu Ismail diperintahkan Ibu (Hajar) dan anaknya pergi;

(رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ) artinya; Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman (Q.S. Ibrahim : 37).

Menurut akal anak dan ibunya ini akan mati, tidak ada tumbuh-tumbuhan tidak ada air - yang sekarang jadi masjidil haram – nah itu ujian iman. Kalau menurut akal tidak akan mau melaksanakan perintah itu. Tapi kerena Nabi Ibrahim imannya itu di atas segala-galanya maka di letakkan betul anak dan istrinya di sana. Memang ada kesulitan, sampai Hajar berlari-lari dari shafa ke marwa terus mucul sumur zam-zam semua kan ujian itu. Jadi iman itu harus dibuktikan dengan ta’at meski perintah itu sepertinya berbahaya. Ini ujian yang pertama.

Dalam surat As-Shafat ayat 102; (فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ..) artinya; “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim…” Nabi Ibrahim yang mempunyai anak begitu baik sangat sayang, tetapi setelah dia dewasa, membantunya kerja dan akhlaqnya baik baik tiba-tiba ada lagi wahyu lewat mimpi, ayatnya;

(قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى) artinya; "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Nabi Ibrahim mendapat wahyu lewat mimpi untuk menyembelih Ismail. Bayangkan! orang yang sudah tua, baru punya anak satu yang begitu menyenangkan hati diperintahkan untuk menyembelih, disampaikanlah: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!". Dan ismail itu imannya sama dengan ayahnya, tidak banyak cakap; Ia menjawab:

(قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ) artinya; "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Nah ini ujian yang kedua.

Ujian itu yang kalau dipikir pakai akal bias stress. Allah Cuma mau nguji mau taat atau tidak, itu saja!

Itulah hikmah idul adha, menguji ketaatan, iman itu prinsipnya pada ketaatan. Kemudian dilaksanakan betul (oleh Nabi Ibrahim); (فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ) artinya; “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).” (Q.S. As-Shafat : 103). Setelah dicelentangkan mau disembelih diganti oleh Allah dengan kambing, terus ayat selanjutnya itu kan Allah menguji (إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ) artinya; “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (As-Shafat : 106) Itulah iman.

Dalam surat Al-Ankabut ayat 2-3 Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ( ) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kalau dengan mulut semua orang bisa, tetapi ketika ada perintah Allah mau taat atau tidak? Itu persoalannya. Jadi idul adha itu titik beratnya pejaran iman untuk mengajarkan iman yang benar itu harus dibuktikan dengan taat, sami’na wa atha’na tidak boleh dibahas, dicocok-cocokan, hanya kita diberi kelonggaran menurut kemampuan. Sebab orang beriman itu modalnya percaya hanya kepada Allah dan RasulNya itu mutlak, pokoknya dari Allah dan Rasul itu benar titik! Apakah akal bisa memahami maslahatnya atau tidak, pokoknya dari Allah dan Rasul itu paling benar, paling ilmiah, paling modern titik! Sikap yang seperti ini namanya mukmin, sikap yang seperti ini yang dinamakan oleh orang-orang kafir itu ekstrimis, fundamentalis. Tapi memang begitu, iman itu harus begitu.

Maka dalam ayat yang lain;

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Q.S. An-Nur : 51)

Kami dengar kami taati. Bukan kami dengar kami koreksi, itu syaitan, takabur itu. Seperti iblis kan begitu tidak mau sujud karena mengoreksi perintahnya Allah; “wong saya dari api dan dia dari tanah ya Allah kok saya yang suruh sujud” (lihat Q.S. Al-A’raf : 12, Shad : 76). Itu kan mengoreksi namanya, diusir, dilaknat sampai hari kiamat karena itu takabur.

Jadi idul adha itu prinsipnya mengajarkan tentang iman, iman yang benar itu dibuktikan dengan taat mutlak kepada Allah dan RasulNya menurut kemampuan, tidak boleh membantah, tidak boleh dikoreksi, kita harus mempunyai modal (iman);

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (Q.S. Al-Hujarat : 15).

Keterkaitannya dengan perjuangan, di dalam ayat itu (Al-Hujarat ayat 15) karakter orang beriman itu ada dua.

Satu, imannya kepada Al-Qur’an dan Sunnah didasari yakin sehingga menimbulkan taat mutlak. Nah karakter semacam ini menimbulkan karakter yang kedua yaitu;

(وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ) artinya; “… dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah...” Hidupnya itu hanya untuk berjuang menegakkan Islam dengan harta dan nyawa. Berjuang dengan sistim perang, berjuang dengan sistim dakwah berjuang dengan harta masing-masing menurut kemampuan. Jadi otomatis orang beriman itu hidupnya untuk berjuang menegakkan Islam di luar itu tidak! Nah kalau sudah dua karakter ini ada baru ditutup ayat ini;

(أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ) artinya; “…mereka itulah orang-orang yang benar .“ itu kaitan idul adha dengan perjuangan.

Sekian.semoga Allah membebaskan beliau …! (Arrahmah.Com)

Ibnu Hasyim at Thursday, November 18, 2010 No comments:
Share

Wednesday, November 17, 2010

Jemaah Haji Mula Melontar Jamrah

Ribuan jemaah melontar batu di salah satu jamrah yang merupakan tugu batu di Mina semalam.

MINA, Arab Saudi 17 NOV 10:Hampir tiga juta jemaah haji semalam melontar batu di tiga tugu batu sebagai simbol merejam syaitan di sini.

Hari pertama melontar batu itu diadakan pada Hari Raya Aidiladha yang disambut di Arab Saudi semalam awal sehari dari Malaysia. Selepas melontar batu, sebahagian jemaah membeli baucer untuk membolehkan seekor biri-biri disembelih dan dagingnya diedarkan kepada penduduk miskin.

Hari melontar di tiga jamrah itu diadakan selama tiga. Musim haji berakhir pada Ahad ini. Sementara itu, umat Islam di beberapa negara lain seperti di Greece, Belarus, Bosnia, Bangladesh, Palestin, Iraq, Pakistan selain beberapa tempat di Indonesia menyambut hari raya korban semalam.

Penganut Islam di negara-negara itu menyembelih kambing dan lembu bagi mengingati kisah Nabi Ibrahim yang akur dengan perintah Tuhan supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Namun, semasa melakukan sembelihan Tuhan menggantikan tempat Nabi Ismail itu dengan seekor kibas. - Agensi

Ibnu Hasyim at Wednesday, November 17, 2010 2 comments:
Share

Nikah Sah, Juru Nikah Palsu, Denda RM800, Mudah ke Nikah?


MENGAKU SALAH...pasangan warga Indonesia Nordin (kanan) dan Uswatun (dua dari kiri) diiringi penguat kuasa Jawi selepas perbicaraan semalam.


Nurdin (kiri) dan Uswatun yang didenda RM800 kerana menggunakan jurunikah
sindiket di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.

Pasangan warga Indonesia Nordin (atas kanan) dan Uswatun (atas dua dari kiri) diiringi penguat kuasa Jawi selepas perbicaraan semalam.


KL 12 NOV 10: Sepasang 'suami-isteri' warga Indonesia yang berkahwin menggunakan khidmat jurunikah sindiket didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran.

Menurut kertas pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di No. 51, Lot 2242, Kampung Pantai Dalam di sini Sabtu lalu. Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor memutuskan demikian setelah mengambil kira pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh pertama, Uswatun dan tertuduh kedua, Nurdin (masing-masing berumur lingkungan 30-an) terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Sementara itu, menurut sumber lain, dua warga Indonesia (seperti di atas) yang terbabit dalam upacara pernikahan menggunakan sindiket diketuai ‘Pak Hashim’ empat hari lalu, terpaksa melupakan seketika hasrat mereka untuk bergelar suami isteri selepas kedua-duanya didenda RM800 setiap seorang atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Uswatun dan Nurdin (umur tidak dinyatakan) di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, selepas mahkamah menerima pengakuan salah mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka hanya perlu membayar RM150 setiap seorang kerana mereka dibenarkan menambah daripada wang jaminan yang dikenakan terhadap mereka sebelum ini iaitu masing-masing RM650.

Kedua-dua tertuduh yang hanya menundukkan muka turut berdepan hukuman penjara 12 hari sekiranya mereka gagal membayar denda seperti yang diperintahkan mahkamah. Mahkamah juga memerintahkan barangan hantaran milik pasangan itu dilupuskan. Mengikut pertuduhan, mereka di dakwa melakukan di sebuah rumah di rumah No 51, Lot 2242, Jalan Kubur, Kampung Pantai Dalam dekat sini, jam 7.45 malam pada 13 November 2010.

Pasangan itu masing-masing didakwa mengikut Seksyen 39 dan Seksyen 40 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 40 (2) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding semalam, kedua-dua tertuduh memohon supaya hukuman yang dikenakan kepada mereka diringankan kerana masih menanggung keluarga. Bagaimanapun, Pendakwa Syarie Mohd Sohibul Kahfi daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mereka bukan saja melakukan kesalahan berdasarkan undang malah turut melanggar hukum syarak.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Khairul Azwadi sempat menasihati kedua-dua tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan mereka dan mengikut prosedur serta undang-undang yang ditetapkan di negara ini.

“Perkahwinan adalah sesuatu digalakkan dalam Islam untuk menambahkan bilangan zuriat dan generasi yang akan mengembangkan Islam.

“Namun, perkahwinan itu perlu mengikut prosedur terutama hukum syarak. Jika kamu atau mana-mana pihak mempunyai masalah mengenai wali, kamu boleh merujuk kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih Tuan Hakim, nampaknya jurunikahnya palsu, nikahnya tidak palsu, tidak dengar pun kena nikah semula. Al-hamdulillah, mudah juga nikah, cuma kena bayar denda. Kalau tak mampu nak bayar kena masuk penjara? Jadi, susah juga nak buat kerja halal? Tidak mudah juga, sedangkan Islam suruh permudahkan perkahwinan.. (AK)

Sebelum ini..

  • Sendiket Nikah Diserbu, Mengapa Jadi Begitu?
Ibnu Hasyim at Wednesday, November 17, 2010 No comments:
Share

Wanita Bersekedudukan Dengan Lelaki Bukan Islam

TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin.Gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin.

SUBANG 17 NOV 10: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah bilik kecil yang disewanya di Kawasan Perindustrian Puchong Utama, di sini, malam kelmarin.

Gadis itu dicekup penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika berbaring bersama pasangannya dalam bilik berkenaan. Dalam operasi bersepadu bermula kira-kira jam 11 malam itu, dua lagi wanita yang bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam ditahan dalam bilik berasingan di kawasan sama.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan ketika ditemui berkata, semua wanita itu dipercayai sudah dua tahun menginap di bilik berkenaan. Menurutnya, tiga gadis yang dicekup itu akan diserahkan kepada Jais untuk tindakan lanjut. (AK)

Ibnu Hasyim at Wednesday, November 17, 2010 No comments:
Share

Tuesday, November 16, 2010

SH Al-Attas, Anaknya Bercinta Dg B/Permaisuri Agung



KL 16 NOV 10: Agenda Daily melaporkan... Sudah sekian lama kisah kehidupan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tidak begitu diketahui umum. Namun beberapa hari kebelakangan ini kisahnya meletup dalam internet.

Ini berikutan tersiarnya gambar-gambarnya dalam laman blog uncleseekers.blogspot.com yakni Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas.Ia jelas ada kaitan dengan kisah cinta terhalang antara mereka berdua.

Syed Abdullah terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.Cik Puan Aishah ialah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.

Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini. Selain gambar mereka berdua, dia juga menyiarkan gambar skrin telefon bimbit yang tertera SMS antara mereka berdua.

Sejak disiarkan laman blog itu telah dilayari oleh lebih 100,000 orang setakat ini. Sementara itu bapanya, Syed Hussein ketika dihubungi Agendadaily petang Isnin mengesahkan anaknya itu sedang bercinta dengan Cik Puan Aishah.Katanya bekas Permaisuri itu ada datang ke rumahnya di Janda Baik beberapa kali.Menurutnya bekas Permaisuri itu juga ada memberitahunya ingin berkahwin dengan anaknya.

Ditanya pula bagaimana situasi terbaharu hubungan mereka ,Syed Hussein kata dia tidak tahu. “Saya terlalu sibuk dengan banyak hal lain dan tak tahu perkembangan terbaru mengenai mereka,” katanya.

Apapun katanya dia memberi restu jika mereka hendak berkahwin.Syed Hussein berkata Syed Abdullah berkenalan dengan bekas Permaisuri itu sejak dua tahun lalu.Syed Abdullah adalah duda setelah bercerai dengan isterinya tidak lama dulu. Ada gambar dalam blognya tunjuk Cik Puan Aishah melawat anak Syed Abdullah di hospital. Hadir sama ialah bekas isterinya.

Ditanya di mana anaknya sekarang, Syed Hussein kata Syed Abdullah tidak mahu angkat telefon setelah timbul kehangatan ekoran penyiaran kisahnya dengan bekas Permaisuri itu di laman blognya. Sementara itu dalam komen pembaca di laman blog berkenaan timbul polimek pro dan kontra Syed Abdullah menyiarkan kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Ada yang menghentamnya kerana bimbang ia akan menjejaskan imej bekas Permaisuri itu dan institusi diraja. Syed Abdullah bagaimana pun mempertahankan penyiarannya ‘kerana kebenaran’. Katanya dia sedia menghadapi risiko apa sekalipun atas tindakannya itu.-15/11/2010 (AK)

Sebelum ini..

  • Cinta Rahsia Bekas PermaIsuri Agung, Bukti Gambar?
Ibnu Hasyim at Tuesday, November 16, 2010 3 comments:
Share

Cinta Rahsia Bekas Permaisuri Agung, Bukti Gambar?

gambar uncle seekers dan siti aishah

Uncle Seekers Dedahkan Hubungan Cinta Rahsia Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah

SIAPA yang tidak kenal dengan Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu. Alkisahnya, Uncle Seekers di dalam blognya telah membuat satu pendedahan ekslusif kisah cinta rahsianya dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Memang sukar untuk dipercayai tetapi gambar-gambar Uncle Seekers bersama Siti Aishah memang agak menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Setakat hari ini, sudah 5 blog post sudah ditulis oleh Uncle Seekers untuk mendedahkan hubungan “cinta syhhh” antara mereka berdua. Kami tak mahu beri komen apa-apa. Mungkin anda sendiri perlu membaca pengakuan part 1, part 2 , part 3, part 4 dan part 5 dari Uncle Seekers. Kemudian anda buatlah penilaian anda sendiri.

Lagi gambar Uncle Seekers bersama mantan permaisuri Agong, Siti Aishah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

gambar uncle seekers dan siti aishah

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan ini bukan pendapat Ibnu Hasyim, hanya diangkat dari Blog beautifulnara.com moga-moga terdedah punca penyelesaian dan kesalahanggapan.

Ibnu Hasyim at Tuesday, November 16, 2010 18 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

Biodata Blogger

My photo
Ibnu Hasyim
Malaysia
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
View my complete profile
Powered by Blogger.