myMetro Online, MAC27,10: Potong elektrik kafe siber judi
KUALA LUMPUR: Pemilik kafe siber yang menyalahgunakan premis mereka  untuk kegiatan judi diberi amaran keras supaya tidak mengulangi kegiatan  mereka atau berdepan bekalan elektrik dipotong.
“Kami akan meningkatkan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menanggalkan meter elektrik premis masing-masing dan seterusnya dalam kerjasama dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya bekalan air premis dipotong.
“Tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram tumbuh kembali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum ini, MPSJ  menghapuskan kegiatan seumpama itu dan akan memastikan ia terus berkubur  melalui operasi bersepadu.
 
Adnan berkata, pihaknya sentiasa memantau setiap kawasan dengan menjalankan operasi berterusan dan akan terus ke lokasi yang dilaporkan serta-merta jika menerima aduan.
      “Kami mempunyai lebih 200 pegawai yang sentiasa memantau  seluruh Subang Jaya, malah mereka juga ditempatkan bergilir-gilir 24 jam  mengikut sesi atau syif.
“MPSJ turut bekerjasama dengan Polis  Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan operasi membanteras kegiatan haram  ini selain meminta Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) membantu menyalurkan  maklumat jika terdapat operasi kafe siber yang mencurigakan,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 99 pusat siber tanpa lesen di Subang Jaya  diserbu dan hampir keseluruhannya menjalankan kegiatan judi haram dari  Januari hingga Februari lalu. Daripada jumlah berkenaan  1,060 sitaan dilakukan pihaknya memerlukan kerjasama orang ramai untuk  membantu membasmi kegiatan kafe siber yang menjadi tempat perjudian  haram.
Manakala, Rabu lalu enam premis di USJ 21 dan USJ 1 diserbu  MPSJ dalam operasi bersepadu membabitkan 25 anggota penguatkuasa MPSJ  yang diketuai Pengarahnya, Mohd Zulkarnain Che Ali.
Sebanyak 109 mesin perjudian dari enam premis berkenaan disita dan semua  premis dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3, Undang-Undang Kecil Pusat  Siber MPSJ 2007 termasuk pemotongan bekalan elektrik.
No comments:
Post a Comment