tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post9004135286668937171..comments2024-03-29T15:56:07.927+08:00Comments on Ibnu Hasyim: Pengkayaan Al-Quran, Kisah Cabaran Dr Gary Miller.Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-2742069282727437042016-02-12T10:10:14.954+08:002016-02-12T10:10:14.954+08:00Pada hari Jumaat ini, mari kita flashback bagaiman...Pada hari Jumaat ini, mari kita flashback bagaimana DAP mencerca, mengugut dan menghina Khutbah Aidil Adha, Khatib dan Mufti Pahang pada tahun 2015. Masalahnya PAN Imayam masih mahu menjadi talibarut DAP yg sah2 anti Islam. Dr Dzul kata PAN adalah Islam Democrat. Pada Saya dan ramai lagi PAN adalah orang Islam yg menjadi Talibarut DAP, demi sedikit Pangkat

Yaaaaaaaa Mari kita Flashback. Mana Mujahid, Mat Selfie, Din Pudu, Nipah, Mariah Kari dll. Bila isu DAP menghina Islam, tak pulak Mat selfie campak mikrofon

http://www.ismaweb.net/2015/09/khutbah-aidiladha-kita-tak-akan-mohon-maaf-daripada-dap-kata-mufti-pahang/

Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

BANGI, Ahad – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan memohon maaf daripada parti rasis dan cauvinis DAP berhubung isi kandungan khutbah Aidiladha yang dibaca di masjid-masjid negeri itu pada Khamis lalu.

“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah.

“Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya kepada Antarapos semalam.

Khutbah Aidiladha yang disiarkan dalam versi PDF di laman web Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk kegunaan para khatib antara lain menyebut:

“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara.

“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka,” kata khutbah itu.

Teks khutbah ini masih boleh diakses di pautan berikut:
http://mufti.pahang.gov.my/images/khutbah/2015/rumiseptember/aidiladha.pdf
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-88336046652123477632016-02-12T10:02:40.602+08:002016-02-12T10:02:40.602+08:00Tanpa mengira fahaman politik kita mesti akur yg D...Tanpa mengira fahaman politik kita mesti akur yg DAP memusuhi orang Islam berketurunan Melayu di Malaysia

Petikan dari Blog ISMA

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-15104143274526377792016-02-12T09:59:43.583+08:002016-02-12T09:59:43.583+08:00Yaaaaa mengenai pakaian itu ADUN Paya Jaras dah mi...Yaaaaa mengenai pakaian itu ADUN Paya Jaras dah minta maaf, bukan macam Mat Sabu yg pandai lempar mikrofon sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tahniah Adun Paya Jaras, kita manusia tak lepas dari buat silap. Dah buat silap minta maaf dan minta ampun dari Ilahi. Jangan tiru gang PAN Imayam Alapucit, Presidentnya Selfie d Amoy, baling mikrofon dan menjadi hamba abdi DAP

Berpakaian Seperti Dewa Cina: Saya Tiada Niat Persendakan Agama Islam - ADUN Paya Jaras
SHAH ALAM, 10 Feb (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman hari ini sekali lagi memohon maaf dan menegaskan bahawa beliau tiada niat mempersendakan agama Islam berikutan kesilapannya berpakaian menyerupai dewa Cina, Dewa Cao Guo Jiu pada sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, Ahad lepas.

Sebaliknya beliau berkata, kehadirannya pada program kemasyarakatan Cina itu hanya semata-mata atas kapasitinya sebagai ADUN dan bukan berniat untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.

"Itu program kemasyarakatan Cina, program bantuan dan edar limau sempena Tahun Baharu Cina...semua orang buat. Cuma bezanya saya pakai baju maharaja (yang didakwa menyerupai Dewa Cao Guo Jiu).

"Masyarakat juga sebahagian daripada tugas kami, malah Dewan Himpunan (Penyokong PAS) juga sebahagian daripada kami, tetapi kalau saya tersilap pandangan, saya mohon maaf," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Khairuddin dalam pada itu berharap isu itu tidak terus diperbesar dan dipanjangkan serta memohon diberi ruang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Foto Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PAS Selangor berpakaian menyerupai Dewa Cao Guo Jiu dalam satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Wangsa Permai dekat Sungai Buloh pada Ahad lepas, menjadi viral dan dipertikaikan banyak pihak kerana dianggap tidak sensitif dengan kedudukannya sebagai pemimpin dan wakil rakyat sebuah parti Islam.

ADUN Paya Jaras itu dalam kenyataan susulannya, telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa beliau mengenakan pakaian berkenaan selepas penduduk di situ memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.

"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina, dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.

"Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya. Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya dan kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan daripada Allah dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan pula berkata PAS memerlukan satu garis panduan terperinci mengenai budaya dan agama masyarakat bukan Islam.

Tambahnya, beliau akan mengarahkan Dewan Ulama PAS Selangor dan Lajnah (Biro) Perpaduan Nasional PAS Selangor menghasilkan kajian serta garis panduan tersebut kerana ia penting bagi PAS di negeri itu yang berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam sepanjang masa.

-- BERNAMAAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-40223757400296713502016-02-12T08:59:30.136+08:002016-02-12T08:59:30.136+08:00KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan ...KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan pemakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

“Sebagai muslim, pakaian seperti Santa Claus, sami Buddha dan dewadewa agama lain memberi gambaran kerosakan akhlak pemakai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rahman menegaskan, pakaian itu boleh membawa kepada pemahaman umum yang melihat pemakainya adalah seorang bukan muslim, memandangkan pakaian tersebut tidak sinonim dalam masyarakat Islam.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu pakaian itu tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu agama, maka perkara tersebut dibenarkan.

“Orang Islam dibenarkan memakai pakaian seperti tali leher atau pakaian tradisional kaumkaum lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan agama atau kepercayaan lain kerana pakaian berkenaan tidak menafikan keislaman seseorang,” tambah Rahman.

Pendapat tersebut turut disokong Mufti Kelantan, Datuk Muhd. Shukri Muhammad yang menyatakan seseorang yang melakukan perkara tersebut harus memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah.

“Perbuatan tersebut tidak sampai jatuh syirik, namun hukumnya haram dan pelaku tersebut dikira berdosa,” katanya.

Beliau berkata, pakaian yang tidak melibatkan unsur keagamaan adalah dibenarkan seperti memakai pakaian cheongsam atau sari.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Jaras memohon maaf selepas dikritik kerana memakai pakaian menyerupai Dewa Chai Sen pada majlis Tahun Baru Cina di Wangsa Permai, Sungai Buloh Isnin lepas. Anonymousnoreply@blogger.com