tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post8007182246047405132..comments2024-03-28T12:46:06.861+08:00Comments on Ibnu Hasyim: DAP Desak Jabatan Agama Henti Tangkap LGBT. Kurang Ajar..Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-1629958752103047372017-12-29T10:32:05.817+08:002017-12-29T10:32:05.817+08:00INILAH RAMASAMY YG GIGIH MEMANNGIL ZAKIR NAIK SYAI...INILAH RAMASAMY YG GIGIH MEMANNGIL ZAKIR NAIK SYAITAN. TETAPI BAGI PAN BIAR UMAT ISLAM DIHINA ASALKAN DAP BAHAGIA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gpms-p-pinang-kutuk-ramasamy-gelar-dr-zakir-naik-syaitan-102000

GPMS P. Pinang kutuk Ramasamy gelar Dr Zakir Naik 'syaitan'

GEORGE TOWN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang Azdy Mohd Arshad berkata sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook.

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-3571874621972555092017-12-29T10:29:53.776+08:002017-12-29T10:29:53.776+08:00INILAH DAP YG MENJADI JUARA POLITK LIBERAL SEKUAL....INILAH DAP YG MENJADI JUARA POLITK LIBERAL SEKUAL. JUARA HINGGA PAN SANGGUP JADI KHADAM

http://v2.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.Anonymousnoreply@blogger.com