tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post5158964176393906416..comments2024-03-28T12:46:06.861+08:00Comments on Ibnu Hasyim: Ini, Calon PAS PRK K/Kangsar. Lihat Ciri-cirinya..Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-28561247481734904622016-05-24T22:31:02.439+08:002016-05-24T22:31:02.439+08:00Undilah Parti PAS tak gitu. Undilah Parti PAS tak gitu. Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-63392055631383840662016-05-24T06:02:21.805+08:002016-05-24T06:02:21.805+08:00Adakah penduduk Islam di Kuala Kangsar dan Sungai ...Adakah penduduk Islam di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mahu nasib Malang penduduk Islam di Penang menimpa mereka ?

Orang Islam di Kuala Kangsar dan Sungai Besar wajib menolak parti DAP yg rasis dan kuncu2 mereka dari PAN. DAP adalah TAIKO besar dalam Pakatan Harapan

http://www.ismaweb.net/2014/07/penduduk-berhimpun-bantah-ternakan-babi-di-kampung-selamat/

Penduduk berhimpun bantah ternakan babi di Kampung Selamat

TASEK GELUGOR, 11 Julai – Lebih 200 penduduk Kampung Selamat, di sini mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain.

Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu.

Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ.

“Saya mewakili penduduk Kampung Selamat hari ini mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini.

“Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu, di sini hari ini.

Bantahan itu juga diadakan selepas seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) baru-baru ini.

Seorang penduduk Mohd Firdaus Daud, 29, berkata mereka juga mahu kerajaan negeri pimpinan DAP mempelajari kaedah menternak babi seperti yang dilakukan di Selangor iaitu menggunakan teknologi dengan sistem penghapus bau dan sisa kumbahan yang lebih baik.

“Kami menyeru kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera (isu penternakan babi) dan mendengar rintihan kami yang mahukan udara segar dan suasana nyaman. Mereka sepatutnya pelajari teknologi menternak babi seperti diamalkan di Selangor,” katanya.

Kamarudin Salleh, 46, pula berkata penduduk di Kampung Selamat telah sekian lama menderita dengan bau busuk dari kandang babi berkenaan terutama pada waktu pagi dan malam, dan ia mengganggu keselesaan penduduk.

Sementara itu, Dr Afif berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji pandangan dan suara penduduk Kampung Selamat itu.

“Isu memindahkan ladang babi ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kami sudahbawa kepada jawatankuasa aduan untuk meneliti perkara ini namun belum dapat direalisasikan kerana beberapa perkara berbangkit,” katanya.

Terdapat 84 ladang babi yang mempunyai populasi kira-kira 100,000 ekor babi di kawasan Kampung Selamat itu. – BERNAMAAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-54297743644870074702016-05-24T06:00:05.083+08:002016-05-24T06:00:05.083+08:00Lagi Nasib Melayu Kuala Kangsar dan Sungai Besar a...Lagi Nasib Melayu Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi semalang orang melayu Penang jika PH melalui taikonya DAP dan talibarut mereka PAN menang pilihanraya

http://www.ismaweb.net/2016/05/tanah-melayu-di-p-pinang-semakin-kecil-pensyarah/

Tanah Melayu di P.Pinang semakin kecil: Pensyarah

GEORGE TOWN, Rabu — Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata berikutan pembangunan pesat yang berlaku di Pulau Pinang, tanah milik orang Melayu di negeri itu semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Beliau berkata menerusi kajian yang dijalankan oleh USM pada 2008 mendapati keseluruhan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.41 peratus dan peratusan itu dipercayai semakin mengecil apabila orang Melayu sendiri menjualnya kepada bangsa lain.

“Ini merupakan manifestasi hasil daripada paradigma yang digunakan oleh negara sejak tahun 1957 iaitu untuk menjadi negara pembangunan. Ini disebabkan proses penjajahan yang lama yang telah berlaku.

“Dalam usaha itu, kita terlupa untuk mencari keseimbangan dan itulah yang berlaku sekarang iaitu pembangunan yang tidak seimbang yang akhirnya merugikan masyarakat sendiri,” katanya kepada pemberita sempena forum ‘Traditional Kampungs in Penang: The Need For Mindset and Policy Shift’ di USM di sini hari ini.

Sementara itu ahli akademik Prof Emeritus Datuk Hood Salleh berkata pembangunan dan pemodenan tidak perlu dilaksanakan dengan terburu-buru sehingga melenyapkan kewujudan perkampungan Melayu.

Beliau berkata kesederhanaan dan keseimbangan dalam pembangunan perlu diberi penekanan supaya tidak ada golongan yang menerima kesan buruk daripada pembangunan selepas tanah mereka dijual dan dibangunkan pemaju.

Katanya, pihak bertanggungjawab seharusnya membuat lebih banyak rujukan dan bertanya kepada rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan bagi memastikan ia lebih bersifat perikemanusiaan.

“Modenisasi atau membangunkan sesuatu penempatan mesti boleh perlahan sedikit, tak perlu terburu-buru buat bangunan besar-besar oleh kerana kita ada duit.

“Saya fikir rakyat ada hak untuk bertanya kenapa terburu-buru nak buat bangunan yang tinggi dan besar,” katanya.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff pula berkata pihaknya sedang merangka satu memorandum bagi menubuhkan tabung tanah menerusi qariah masjid untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata sebahagian wang kutipan zakat yang berlebihan juga boleh digunakan untuk membeli tanah khusus untuk orang Melayu.

Terdahulu semasa berucap, beliau berkata sembilan sebab mengapa orang Melayu menjual tanah mereka ialah disebabkan desakan hidup, gaya hidup, mudah ditipu, kurang kesedaran sejarah dan warisan, orang Melayu sendiri menjadi broker tanah, dasar pembangunan, tiada perancangan jangka panjang, agensi kerajaan yang gagal dan tidak ramai pemimpin Melayu yang benar-benar jujur.

Beliau berkata kajian mendapati kebanyakan orang Melayu telah kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka dibina di atas tanah milik orang bukan Melayu seperti di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

“Walau apa pun status tanah itu, sama ada tanah persendirian atau tidak, kampung-kampung di tanah ini akan hilang ditelan arus pembangunan jika kita leka dan tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya,” kata Mohd Yussof. — BernamaAnonymousnoreply@blogger.com