tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post4864868213842876120..comments2024-03-29T15:56:07.927+08:00Comments on Ibnu Hasyim: "Bukan Teologi/Perdebatan Agama Membawa Saya Ke Islam.. -Mustafa DavisIbnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-72220143584419567202017-10-26T15:11:22.967+08:002017-10-26T15:11:22.967+08:00LONDON, 6 Safar 1439H, Khamis – Pemimpin kanan ker...LONDON, 6 Safar 1439H, Khamis – Pemimpin kanan kerajaan Britain berkongsi pentas dengan aktivis Hindu yang menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengawal kadar kelahiran umat Islam, memuji penghapusan etnik Rohingya dan menyokong dakwaan sejuta kanak-kanak United Kingdom dirogol oleh orang Islam.
Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd dan Menteri Kabinet, Damian Green adalah antara ahli politik kanan parti Konservatif yang menyertai aktivis Hindu, Tapan Ghosh di Parlimen Britain, menyambut Deepavali awal bulan ini.
Ghosh memuji tindakan terhadap muslim Rohingya di Myanmar yang disifatkan oleh PBB sebagai tindakan pembersihan etnik.
Dalam Twitternya, dia berkata: “Lelaki Rohingya memalukan. Islam memalukan. Melihat kepada kadar kelahiran, bagaimana kita boleh menyalahkan orang Buddha Myanmar kerana mengusir mereka?”
“Kami kecewa dengan PBB. Kenapa tidak cuba mengawal kadar kelahiran orang Islam di dunia? Kenapa PBB tidak cuba mengurangkan fanatik Islam?”.
Ghosh adalah pengasas parti politik kanan India, Hindu Samhati, meninggalkan pergerakan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) kerana menganggap pertubuhan itu kurang agresif.
Ketika lawatannya ke London awal bulan ini, dia dilihat bersama pemimpin nasionalis kulit putih Britain, Tommy Robinson berbincang mengenai demografi dan rintangan global menentang keganasan dan pencerobohan Islam di London.
Presiden Forum Hindu United Kingdom, Trupti Patel yang menganjurkan sambutan Deepavali di Parlimen Britain berkata, pertubuhannya sudah menyemak semua latar belakang Ghosh dan mempertahankan pandangan aktivis Hindu itu berkaitan Islam.
Bagaimanapun, Pejabat Setiausaha Dalam Negeri Britain dalam satu kenyataan berkata, Rudd pada asasnya tidak bersetuju dengan pendapat Ghosh mengenai Islam.
“Setiausaha Dalam Negeri menerima jemputan daripada Forum Hindu Britain untuk hadir pada majlis di Parlimen minggu lalu untuk menyambut Deepavali. Dia tidak bercakap dengan Ghosh dan tidak hadir ketika Ghosh berucap,” kata kenyataan itu.
Jurucakap Majlis Muslim Britain berkata, melihatkan cara dia menanam kebencian terhadap Islam, amat mengejutkan apabila aktivis Hindu itu diberi penghormatan di Parlimen Britain.
“Ghosh adalah pengasas parti politik kanan India dan tahun ini kami terkejut apabila berlaku kekejaman dan pembunuhan terhadap umat Islam India, selalunya dikaitkan dengan puak anti-Islam seperti Ghosh,” katanya.
Ahli Parlimen Parti Buruh, Wes Streeting berkata, mereka tidak mengetahui latar belakang semua orang yang ditemui, namun berharap Ghosh tidak lagi diberi penghormatan hadir di Parlimen Britain. – Agensi
- ismaweb
celahgelegar at 8:20 AMjalil backernoreply@blogger.com