tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post4853444493719541522..comments2024-03-29T07:46:41.177+08:00Comments on Ibnu Hasyim: Ini, Mereka Yang Menganggap DAP Lebih Penting Dari Hukum Allah..Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-88122128053569007552016-07-13T12:30:38.436+08:002016-07-13T12:30:38.436+08:00orang orang Melayu perlu banyak kerja kuat dan ber...orang orang Melayu perlu banyak kerja kuat dan ber fikir jauh

selagi Melayu malas dan tiada nilai ekonomi , selagi itu lah Melayu jadi BODOH LAHAP RASUAH aka DEDAK

Melayu sudah mahu ganti bebudak di SEPILOK Sabah

KasihanAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-32321091323089567232016-07-13T12:19:12.795+08:002016-07-13T12:19:12.795+08:00ISMA dah jawab dah
http://www.ismaweb.net/2016/0...ISMA dah jawab dah

http://www.ismaweb.net/2016/06/kenapa-dap-yang-dibela/

Kenapa DAP yang dibela?

DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidah atau ikatan yang satu.

Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.

Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.

Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.

Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.

Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.

Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.

Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama. Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.

DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.

Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.

Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.

Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.

Siapa DAP? DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.

DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.

Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura IsmaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-85179472803725200732016-07-13T12:17:12.923+08:002016-07-13T12:17:12.923+08:00Kerana sekarang DAP anti Islam.
Rakyat desak DAP ...Kerana sekarang DAP anti Islam.

Rakyat desak DAP pecat Nga Kor Ming atau berdepan hilang sokongan.
07/13/2016 by Editor in politik

Susulan membuat naik karikatur menghina umat Islam yang sedang menyambut perayaan Aidilfitri, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming terus menerima kecaman dari orang ramai apabila mereka mendesak DAP supaya mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak itu.

Orang ramai mendesak DAP untuk mengambil tindakan dengan menggantung atau memecat Nga Kor Ming dari parti sekiranya beliau masih berkeras untuk memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Padzli Yazit, DAP perlu menggantung atau memecat keahlian Nga Kor Ming sekira enggan memohon maaf kerana tindakan Nga Kor Ming memuat naik karikatur menghina umat Islam memang satu tindakan yang biadap.

Dalam masa sama, Padzli Yazit juga turut menggesa orang ramai khususnya rakyat di kawasan Parlimen Taiping supaya tidak terus menyokong Nga Kor Ming kerana Ahli Parlimen Taiping itu kerap menghina umat Islam.

“DAP perlu memberi amaran kepadanya dan jika Kor Ming masih enggan meminta maaf, beliau perlu dipecat daripada parti. Malah, seluruh rakyat Malaysia diingatkan agar tidak lagi menyokong Kor Ming kerana beliau telah melakukan perkara sama beberapa kali sebelum ini,” kata Padzli Yazit.

Seorang lagi pengguna Facebook Khai Beng, menganggap alasan Nga Kor Ming bahawa beliau mangsa cybertrooper adalah satu alasan yang bodoh untuk menyembunyikan kesalahan diri dan menggesa DAP mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Nga Kor Ming.

“Satu alasan yang bodoh…. digodam…. Anda tidak boleh menipu rakyat pada setiap masa. DAP perlu ambil tindakan segera terhadap Nga Kor Ming,” kata Khai Beng.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-3163509559653999462016-07-13T12:15:01.895+08:002016-07-13T12:15:01.895+08:00T.kasih semua pengomen.
Terutama kepada dua pengg...T.kasih semua pengomen.

Terutama kepada dua penggomen terakhir. Kita tunggu komen penjelasan lain lagi.Ibnu Hasyimhttps://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-60313160714511586222016-07-13T12:00:00.709+08:002016-07-13T12:00:00.709+08:00di malaysia sejak merdeka islam yang jadi perdana ...di malaysia sejak merdeka islam yang jadi perdana menteri ada ikut undang2 islam ke?Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-27183472391776810302016-07-13T11:57:32.596+08:002016-07-13T11:57:32.596+08:00saya ada pertanyaan
Dahulu PAS bertahalul dengan ...saya ada pertanyaan

Dahulu PAS bertahalul dengan DAP dianggap ok.
Kenapa AMANAH bertahalul dengan DAP dianggap tak ok?
sedangkan DAP tidak mengubah dasar sewaktu bertahalul antara kedua parti ini..

Gambar Mat Sabu bersalaman dengan Guan Eng / Jokowi dengan Ahok adakah sama seperti berpeluknya Hadi Awang dengan Kit Siang ?

p/s bila aku menulis ini, adakah aku dianggap menentang hukum Allah dan menjadi murtad?

Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-77102463972172026642016-07-13T11:37:32.681+08:002016-07-13T11:37:32.681+08:00PAN adalah Khadam DAP
DAP pula anti Islam
PAN pula...PAN adalah Khadam DAP
DAP pula anti Islam
PAN pula memuliakan DAP lebih dari Imam Syafie, Hanafi, Malik dan Hambal.

Bukti2 DAP anti Islam ada di sini, terbaik dari ISMA

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymousnoreply@blogger.com