tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post3838100817842604588..comments2024-03-28T12:46:06.861+08:00Comments on Ibnu Hasyim: Rejim Mesir Larang Guna Pembesar Suara Sepanjang RamadhanIbnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-47085568564733172262018-04-24T09:42:14.893+08:002018-04-24T09:42:14.893+08:00http://www.mynation.news/2015/10/pembesar-suara-di...http://www.mynation.news/2015/10/pembesar-suara-di-masjid-dan-surau-di-pulau-pinang-langkah-ke-arah-asimilasi-menindas-seperti-di-singapura/

PEMBESAR SUARA DI MASJID DAN SURAU DI PULAU PINANG – LANGKAH KE ARAH ‘ASIMILASI MENINDAS’ SEPERTI DI SINGAPURA?

Oleh Arissa Mohd Noor
Di media perdana dan laman sosial sudah disiarkan mengenai arahan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September berkaitan Penggunaan Pembesar Suara di Masjid dan Surau bagi kegunaan selain daripada azan dan ia menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Berdasarkan laporan Bernama dua hari lalu, keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap Pulau Pinang tidak lama lagi akan menjadi Singapura.
Dengan penguasaan parti DAP yang bermiripkan prinsip serta pendekatan parti pemerintah Singapura, People’s Action Party (PAP) di republik itu, tidak mustahil Pulau Pinang melangkah ke arah pembentukan satu entiti pentadbiran yang serupa.
Tahukah anda, di Singapura, satu-satunya masjid yang dibenarkan melaungkan azan ialah Masjid Sultan yang terletak di Kampung Glam, Singapura biarpun terdapat sekurang-kurangnya 69 masjid di republik itu.
Menurut aktivis anti diskriminasi Islam kelahiran Singapura, Zulfikar Shariff (https://www.facebook.com/Zulfikar71) berkata, sebelum 1950, terdapat lebih 200 masjid dan surau di Singapura manakala pada 1988, hanya tinggal 99 masjid di republik itu.
“Malah sebuah masjid di Angullia Park di Singapura turut ‘dikorbankan’ atas nama pembangunan dan kini dikenali sebagai Wheelock Place,” katanya.
Bukan itu sahaja, azan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan dalam masjid itu sendiri dan pembesar suara yang ada di masjid tertua itu dan hanya boleh digunakan untuk azan sahaja.
Apakah persamaan ini secara kebetulan?

Adakah ia secara kebetulan, bantuan kepada sekolah agama di Pulau Pinang ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Di Singapura, bagi bekas Perdana Menteri republik itu, Mendiang Lee Kuan Yew, orang Melayu yang minum bir bersamanya dianggap satu integrasi. Dan Kuan Yew turut mendakwa, untuk melaksanakan ‘integrasi’ itu, orang Melayu perlu berhenti makan dan minum di premis halal.

Manakala anak didik Kuan Yew, Goh Chok Tong yang juga bekas Perdana Menteri republik itu pula mempersoalkan, orang Melayu yang mencari makanan dan minuman halal menjejaskan integrasi itu.Anonymousnoreply@blogger.com