tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post2807572864186831205..comments2024-03-28T12:46:06.861+08:00Comments on Ibnu Hasyim: DHPP Kota Raja, Lagi Serah Borang Mohon Jadi Ahli.. Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-29785170044682618482018-01-18T18:58:51.242+08:002018-01-18T18:58:51.242+08:00http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130308/p...http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130308/po_07/DAP-biadab-hina-masyarakat-India

DAP biadab hina masyarakat India

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta 'arak' dianggap sebagai sangat menghina dan menjijikkan.

Bekas Ketua Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya membela nasib semua kaum, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar tersebut.

"Mengapa beliau 'menuduh' kami dengan begitu keji? Adakah harga maruah kami hanya dengan sogokan sari dan todi? Mungkin Koo Ham tidak senang duduk melihat sokongan India berkurangan di kawasannya sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan sebegitu hina.

"DAP sudah semakin melampau. Ini juga bukan pertama kali mereka membuat kenyataan seperti ini. Masyarakat India perlu mengajar pemimpin biadab seperti ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan melampau Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

Kenyataan tersebut dibuat selepas Timbalan Pengerusi Gerakan, Chang Ko Youn mengadakan jamuan makan malam di sebuah restoran di Pantai Remis dengan menjemput pemimpin masyarakat India di kawasan berkenaan.

Vellasamy turut mempersoalkan sikap berdiam diri pemimpin-pemimpin India DAP lain yang seolah-olah tidak mengambil kisah terhadap kenyataan Koo Ham itu walaupun sebelum ini begitu lantang mengkritik kerajaan.

"Adakah mereka tidur? Apa guna pemimpin India diberi jawatan penting dalam parti itu jika hanya diperlakukan seperti boneka," tegasnya.

Beliau juga menyifatkan DAP seperti 'kacang lupakan kulit' kerana sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap masyarakat India yang banyak membantu sehingga parti itu menang besar dalam pilihan raya umum lalu.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130308/po_07/DAP-biadab-hina-masyarakat-India#ixzz54X5kgzTz
© Utusan Melayu (M) Bhd Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-13270141771549079062018-01-18T18:56:29.559+08:002018-01-18T18:56:29.559+08:00https://www.beritadaily.com/hina-perayaan-deepaval...https://www.beritadaily.com/hina-perayaan-deepavali-ahli-dap-digesa-minta-maaf/

Hina perayaan Deepavali, MP DAP digesa minta maaf

KUALA LUMPUR: MIC hari ini menggesa Ahli Parlimen DAP Charles Santiago supaya meminta maaf kepada semua penganut Hindu di Malaysia, susulan kenyataan beliau menyamakan perayaan Deepavali dengan Himpunan anti-kleptokrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 14 Oktober yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Bendahari Agung MIC, S Vell Paari mendakwa kenyataan Charles yang merupakan ahli parlimen Klang tidak bertanggungjawab, biadab dan tidak menghormati selepas menyamakan perhimpunan tersebut dengan semangat perayaan Deepavali.

“Selepas menyedari kegagalan epik ini, Charles Santiago sekarang cuba mengheret agama Hindu dengan berkata kononnya himpunan tersebut ialah satu “kemenangan atas kejahatan” yang juga merupakan salah satu kepercayaan penganut Hindu meraihkan perayaan Deepavali agama,” tegasnya.

“Dengan memberi kenyataan sedemikian, apa yang jelas menunjukkan adalah pemimpin-pemimpin PH cuba ‘merampas’ perayaan Deepavali kepada maanfat politik sendiri mereka. Adalah satu pengetahuan umum bahawa himpunan anti-kleptokrasi gagal selepas jumlah penghadiran yang sangat rendah,” katanya.

Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan.

“Saya di sini ingin mengingatkan semula kepada Charles bahawa ‘kejahatan’ itu berada di Pakatan Harapan sekarang di atas nama Dr Mahathir Mohamad seperti dikatakan oleh veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu tulisan diblognya pada 25 Ogos 2012,” tambah Vell Paari.

Menurutnya, beliau sangat kecewa dan marah dengan Charles menggunakan agama Hindu demi politik beliau.

“Kalau Charles sangat jujur dengan diri-sendiri, maka perlu mengakui bahawa hanya ada sedikit masyarakat India yang telah menghadiri ke perhimpunan ini. Malah, pemimpin pembangkang India yang menghadiri perhimpunan itu mungkin melebihi jumlah peserta-peserta India dalam rali tersebut,” ujar Vell Paari lagi.

“Akhirnya, saya menggesa Charles perlu meminta maaf kepada penganut Hindu kerana mengheret agama Hindu dalam permainan politik PH. Jangan mengheret perayaan Deepavali mengaitkan Deepavali dengan kebencian,” katanya.Anonymousnoreply@blogger.com