tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post2334614917650067803..comments2024-03-29T15:56:07.927+08:00Comments on Ibnu Hasyim: Perangkap Kasih: Cara Profesional Memerangkap Gadis.Ibnu Hasyimhttp://www.blogger.com/profile/15457271184427332378noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3721270538691005963.post-88338511950629018792009-07-20T20:58:22.188+08:002009-07-20T20:58:22.188+08:00Hujung-hujung dalam permasalahan ini adalah MURTAD...Hujung-hujung dalam permasalahan ini adalah MURTAD. Saya pernah terlibat beberapa kali di Pulau Pinang berkenaan kes murtad namun kes seperti yang Haji sebutkan saya hanya pernah dengar sahaja. Di Bukit Mertajam , dulu saya ada dengar ura-ura penyebaran hal seperti ini berlaku dan berpusatkan sebuah pusat membeli-belah iaitu Summit. Saya pernah memperolehi satu kes yang hampir seperti yang Haji katakan tetapi si gadis belum sempat 'dinodai' cuma digula-gulakan dengan cinta. Si gadis siang malam asyik sms dan kadangkala keluar ke Bukit Mertajam bertujuan berjumpa dengan lelaki yang dikatakan mahu mengenalinya dan mengenali Islam. Saya tidak pernah di temukan dengan lelaki ini namun dari maklumat yang diterima dikatakan lelaki ini berketurunan India kristian , bersubang satu disebelah kiri dan kononnya dikatakan masih belajar untuk keluar sebagai peguam. Berbekalkan solat hajat dan doa kami usahakan dari jauh bagi menyelamatkan gadis ini dan alhamdulillah setelah itu kira-kira hampir 2 minggu selepas solat hajat sigadis memutuskan perhubungan dengan lelaki India itu tanpa kami tahu apakah sebabnya. Sehingga sekarang gadis ini selamat dalam pengawasan orang tuanya. Mereka di katakan mula menjalinkan hubungan melalui sistem chat di internet.Qorie Afifihttps://www.blogger.com/profile/09872263293050915395noreply@blogger.com